Perhatian! Perhatian! Perhatian!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Wah, macam begitu suspen bunyinya. Apa yang perlu di’perhatian’kan?

Pada 1 Jun ini, saya sudah bergelar seorang isteri kepada seorang jejaka Pt. Jambol, ibu kepada bayi berusia 3 bulan, anak kepada ibu dan bapa yang sudah hampir pencen, dan anak menantu kepada ibu dan bapa yang penyayang!

Oleh yang demikian, dengan ini secara rasminya saya akan menukar keseluruhan skop tema kepada blog ini. Saya akan membuat rombakan secara keseluruhannya. Intipatinya bakal menjadi cerita-cerita saya sahaja. Dan saya akan membuat blog lain untuk tujuan formal.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jeng! Jeng! Jeng!

Ini disebabkan, saya mahu eksklusifkan blog ini. Banyak cerita nanti kalau dirojak-rojak. Baik saya fokus kepada diri sendiri dahulu. InsyaAllah, ia boleh juga dibuat pedoman untuk sekelian umat. Moga-moga para pembaca dapat mengambil apa sahaja yang baik daripada blog ini. Seandainya ada yang anda tidak suka, bacalah blog lain yang anda suka. (^^,)

Blog rasmi akan saya bangunkan juga. Saya mahu jadi penulis seperti suami saya! Saya mahu jadi editor juga. Tetapi, saya tidak mahu jadi penterjemah (kalau diberi peluang, boleh saja. Saja jual mahal!~)

Perhatian! Perhatian! Perhatian!

Oleh yang demikian, blog ini bakal cacamerba buat sementara waktu. Tidak sabar untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Baiklah! Saya mahu mulakan dengan menukar fesyen baju blog ini.

Tunggu~~~

Yaqeen Ahmad: Sudah hendak masuk maghrib, saya masih memangku anakanda tercinta kerana dia akan terjaga bila dialihkan. Oh, saya belum masak lagi, mandi apatah lagi, baju tak siap gosok!, dan suami belum pulang….

Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

Penantian Mummy, Abah, Abang, dan Sayang…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Penantian Mummy dan Abah

Alhamdulillah, hari ini genap 38 minggu 1 hari kesayangan Mummy dan Abah berada dalam rahim. Kami dan keluarga menanti kehadiran anak sulung kami dengan sabarnya.

Demam tempoh hari telah membuatkan semua hati kelam kabut juga. Abah terus pulang ke Batu Pahat setelah mendapat khabar daripada Cik Ani. Tok Mad dan Nenek CTJ dengan keadaan relax dan cool sahaja. Buyut Sipah dengan rupa yang agak cuak menantikan cicitnya…

Dua jam Mummy di Dewan Saringan Bersalin. Mula-mula diminta air kencing untuk pemeriksaan, kemudian buat pemeriksaan perut, pemeriksaan bukaan bersalin, dan akhir sekali denyutan kesayangan Mummy. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan Doktor mengatakan kesayangan Mummy masih belum sedia untuk melihat dunia. Baru buka 1 cm. Ditanya adakah mahu menunggu di hospital sehingga bersalin, Mummy jawab tidak mahu.

Syukurlah rumah Tok dekat dengan hospita, tak sampai 5 minit boleh sampai. Jadi Mummy ambil keputusan untuk tidak ditahan dan balik sahaja ke rumah. Masa tu, sakit-sakit perut sahaja. Rasa memulas dan mahukan Abah kesayangan Mummy. (^_^)

Abah? Ketika ditelefon semula, beliau sudahpun berada di Ayer Keroh, terus menuju ke Taman Bukit Mutiara, rumah Tok. Datangnya ke Mummy dengan 3 kuntum bunga ros, 1 ros merah dan 2 ros putih. 2 ros putih mewakili Mummy dan Abah dan sekuntum ros merah itu mewakili kesayangan kami yang bakal lahir ini. Terima kasih Abah, Mummy tak tahu nak menzahirkan bagaimana perasaan gembira itu. Namun, hati Mummy berbunga-bunga dapat bunga. Senyum kera tak boleh lekang dengan kebaikan dan keprihatinan Abah…

Terima kasih juga kepada adik-beradik yang ambil berat, keluarga mertua, Cik Ngah dan Ayah Ngah (‘Uyun dan Taib), Ayah Uda (Azim), Cik Usu (Fiqrah), Mak Ngah (Kak Yah), dan keluarga Cik Ani.

Kesayangan dan Cik Usu.

Penantian…

Dengan iringan doa, Sang Suami sanggup berjauhan dengan isteri yang dikasihi. Terima kasih, Abang. Diharap ucapan ini cukup untuk mengalas kesabaran penantian yang ada. InsyaAllah, kami di sini, di Batu Pahat baik-baik saja. Kami juga rindu pada Abah… =)

Bakal ibu.

Ber'dating' di Gunung Lipur Bukit Soga.

YaQeen Ahmad: Sesungguhnya, penantian ini membuahkan muhasabah yang besar kepada saya iaitu, PERSEDIAAN.

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

Tamat sudah… Kelas BBK5101

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

 

Tamat sudah Kelas BBK5101

Kelas dah habis! Sedih dan yeay!

Di dalam kuliah, di bilik pensyarah.

 

Apa Cerita BBK5101?

Kelas BBK5101 adalah kod bagi subjek Falsafah dan Pemikiran Sastera Melayu. Macam pelik budak Matematik sesat ke dalam kursus ini. Namun, dari awal semester hinggalah ke hujung semester, kedatangan saya disambut baik oleh semua ahli keluarga kursus ini.

Dalam sebuah bilik pensyarah, kami menerima kuliah saban minggu pada waktu kemuncak kelaparan, 11 pagi hingga 2 petang. Ceritanya tentang falsafah dan pemikiran sastera Melayu, ke mana arah tuju sastera Melayu, teori-teori yang membangunkan setiap falsafah, bagaimana sistem sastera dibina, bagaimana corak pemikiran sastera moden dan klasik, serta banyak lagi.

 

Terima kasih Dr. Abdul Rahim b. Marasidi

Jutaan tidak terhingga kepada Dr. Rahim yang sangat sporting dan banyak mencurahkan buah fikiran serta nota kuliah yang santai tetapi berkesan.

Penyampaiannya yang bersahaja membolehkan dan menggalakkan kami sebagai pelajar berjaya menyertai komunikasi dua hala.

Inilah wajah pendidik kami, Dr. Abdul Rahim b. Marasidi, Fakulti Bahasa Moden, UPM.

Saban minggu jugalah, saya membuat mini laporan kepada Tuan Hamim, apa yang saya dapatkan dari dalam kuliah. Itu adalah ringkasan daripada ulangkaji.

Kesemua ujian dibuat di luar kuliah.

Tugasan 1             30%

Tugasan 2             30%

Tugasan akhir     40%

Jumlah                100%

 

Terima kasih Abg Hamim!

Dari saya mula kelas pertama hinggalah kelas yang terakhir, Abang Hamim adalah orang yang paling setia menemani saya. Adakalanya dia mengambilkan saya kerusi untuk dibawa ke bilik pensyarah. Saban minggulah dia menemani saya selama 3 jam perkuliahan. Syukur… Syukur kepada Allah yang Maya Penyayang… Saya mempunyai suami yang sangat prihatin.

 

Blog oh Blog!

Sudah hampir 4 bulan blog ini bersawang lagi. InsyaAllah, akan diupdate dari masa ke semasa. Saya sudah mula boleh bergiat aktif semula selepas melepasi trimester kedua kandungan. Alhamdulillah…

 

Baik-baik anakku sayang

Mummy mahu bekerja semula

Melakukan setiap aktiviti bersama

Dalam kandungan mummy, anak setia

Macam abah, yang prihatin menjaga kita…

 

YaQeen Ahmad: Due 6 Mac 2011. Moga dimudahkan segala urusan… Amiin…

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Menu Menu Menu!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Profesion surirumah

Pengurus rumah (Manager)

Sejak Jun 2010, saya bergelar seorang surirumah yang masih belajar. Sejak itu juga, saya lebih banyak masa diam (tinggal)  di Vista Seri Putra.

Kasihan pada blog saya yang sunyi sepi. Tiada apa untuk dikongsikan. InsyaAllah, saya akan mulakan semula menulis tentang catatan kehidupan seharian sama ada perkongsian ilmu, diari, monolog, dan nota-nota yang lain.

Suka Memasak

(^_^) Apabila berada di rumah, secara tak langsung saya lebih kerap memasak di rumah. Baik pagi, tengahari, dan pada waktu petang.

Tidak sangka juga, rupa-rupanya saya gemar memasak. Boleh kata sudah jadi hobi sekarang. Saya suka mencuba untuk mencipta resepi-resepi yang saya tidak tahu sebelum ini. Ianya berbentuk percubaan inovasi walaupun menggunakan bahan-bahan asas sahaja.Maklumlah, orang baru belajar duduk di rumah. Kalau dahulu, sewaktu masih bekerja, saya akan masak menu yang asas, yang ada di dalam kepala sahaja.

YaQeen Ahmad: Banyak rehat, banyak fikir… InsyaAllah, cuti dari kesibukkan sekejap.

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Penulisan Bergaya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimana bentuk penulisan bergaya?

Poin Pertama ialah bahasa penulisan yang menggunakan tatabahasa yang betul. Ia diibaratkan jika kita ke suatu majlis, kita mestilah mengenakan pakaian yang sesuai. Atau kita boleh juga gunakan konsep ‘adil’ iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya.

Saya tidak sabar untuk ke bengkel PTS lagi pada minggu hadapan. Moga-moga Allah berikan saya kekuatan untuk menulis dari rumah. Sekali gus memenuhi impian suami tercinta untuk saya bekerja dari rumah sahaja. Amiin. Moga Allah makbulkan doa saya ini.

YaQeen Ahmad: Banyak idea, tapi tak fokus.

Saya amat merinduinya…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Rindu yang perlu ditanggung

Ketika menulis entri ini, saya memang sedang melayan emosi sendiri. Saya tak tahu dari mana datangnya banyak air mata ini. Ia seolah-olah datang dari satu tempat yang sudah sarat ditelan masa. Meskipun telah sebulan lebih adik kesayangan kami meninggalkan dunia yang penuh cabaran ini, ingatan padanya tak pernah surut. Ia seperti selalu. Segar seperti dia masih ada dulu.

Muhammad Anas Kamil b. Ahmad

Lagu-lagu nasyid yang sedang saya putarkan ini adalah daripadanya. Bila dengar lagu nasyid, teringatkan Anas.

Entahlah, saya sedih bila teringatkan waktu saya bermanja dan bergurau dengan Anas. Berkepit tangan bila berjalan berdua di luar, menumpang bahunya bila di dalam kereta, mengusap kepalanya bila dia baring. Dan ini memang saya lakukan kepada adik-adik.

YaQeen Ahmad: Al-Fatihah…

Dikirim dalam Ceritawara. 5 Comments »

Entri Bersawang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjunga besar Nabi Muhammad s.a.w.

Entri Bersawang

Memang sudah lama blog ini tidak dikemas kinikan. Kenapa? Banyak jawapannya, dan salah satunya ialah K.U.S.U.T.

Berkusut fikiran, tindakan, dan jari-jemari.

Banyak perkara berlaku semenjak ini.

Apa yang berlaku, semuanya kehendak yang Maha Pencipta segala makhluk di alam semesta ini. Saya belajar menerima dan menghayati qada’ dan qadar. Ia sukar diterjemah.

YaQeen Ahmad: Masih sebak untuk menulis. Blog yang dirindui, jangan dikau berkecil hati denganku…

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Suatu tika dulu...

Suatu tika dulu...

Suatu tika...

Saya rindu tim Nisa’~ Rindu mesyuarat~ (^_^) Harap semua sejahtera. Doakan Aqeen dimudahkan dalam urusan belajar. Moga dengan berkat Doa Rabitah yang dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, ukhwah silaturrahim kita berkekalan hingga ke Syurga. Jumpa di sana sahabat-sahabat Nisa’ku…

YaQeen Ahmad : Di sini kenangan indah tercipta…

Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Cerita pada hujung minggu

Pada hujung minggu lepas, emak, abah, atuk, Fiqrah dan Anas datang ke rumah kami, menjenguk anak dan menantunya.

Alhamdulillah, semua dalam keadan sihat belaka kecuali Anas yang masih perlu diberi perhatian pada tahap kesihatannya. Mujur emak adalah seorang jururawat keluarga yang baik dan efisien. Anas bertuah!

Hujung minggu lepas juga, saya cas semula bateri rindu keluarga hingga penuh buat bekalan hari-hari mendatang.

Semoga hari-hari seterusnya saya dapat menguruskan perihal keluarga sendiri dengan lebih baik lagi. Daripada dua contoh terdekat dan terbaik dalam pengurusan keluarga, “Datin CTJ” dan “Mama Mia”, saya perlu banyak belajar daripada mereka.

(^_^)

Doa

Ya Allah, I’m still trying to manage my time wisely. Please give me strength, Allah…

::: Household chores + Work + Study :::

Ya Allah, serapkanlah semua sifat malasku ini ke laut yang dalam. Dan serapkanlah supervitamin rajin ke saluran darahku agar ia memberikan keefisienan yang optimum.


YaQeen Ahmad : Ada “backbone” yang kuat menyokong segala perjuangan yang berada di hadapan.

Austin Steak Seksyen 7, BBB

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Austin Steak

Tidak tahu kenapa terpanggil untuk menulis entri ini. Dalam kesibukkan dan banyak benda perlu dibereskan, jari-jemari ini mahu meluncur laju menekan kekunci untuk mencatat sesuatu.

[Hilangkan sekejap perkataan FOKUS… (^_^)]

Tekak saya masih terasa-rasa hidangan makan malam semalam.

Memang antara hobi lama dan masih lagi sampai sekarang, saya suka mencuba rasa masakan di tempat-tempat makan yang belum di’terjah’. Asalkan ada testimoni dahulu. Kalau baik, apalagi? Meh la cuba kan?

Alang-alang En. Suami mahu membelanja (selalu memang diapun yang belanja) makan malam sempena hari jadi semalam, saya pun seperti biasa, merancang plan B @ plan C sekiranya plan A tidak menjadi.

Jam 8.30 malam, pabila sampai ke tempat yang dirancang, nyata kami berdua sepakat mencari tempat makan lain. Mungkin perasaannya lebih kepada rasa tak berbaloi untuk ke situ.

Dalam kerangka akal, sudah ligat berputar-putar untuk mengajak En. Suami makan di suatu tempat.

Terbaca di blog Kak Rozlin, terliur rasanya mahu ‘pekena’ steak. Memang dah lama tidak meratah daging-daging panggang bersos barbeku lada hitam. Paling akhir, seingat saya mungkin pada 3/4 tahun lepas.

Dengan bantuan info daripada Kak Rozlin, akhirnya sampai juga di sana, di Austin Steak, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Hidangan saya ialah Lamb Legs Steak dan air bali suam dan En. Suami memilih Fillet Steak, French Fries, dan air limau nipis suam. Banyak lagi pilihan daging-daging panggang yang ada. Menariknya, sos barbeku lada hitamnya sangat sedap!

Terima kasih En. Suami kerana membelanja makanan kegemaran saya kali ini. Ada masa nanti, bolehlah En. Suami belanja lagi ya~ (^_^)v

Austin Steak di penjuru bangunan

Dinding Restoran Austin Steak

Dinding Restoran Austin Steak

Ini Beef Steak. Rupanya lebih kurang sama dengan Lamb Legs Steak.

Ini Beef Steak. Rupanya lebih kurang sama dengan Lamb Legs Steak.

Pemandangan dalam restoran

YaQeen Ahmad : Makan sampai licin!~

Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

Darjah 24 ke Darjah 25

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Darjah 24 ke Darjah 25

Cik Puan Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad

” Naik satu darjah umur. Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan daripada Allah s.w.t. untuk menjalani hari-hari mendatang dan terpelihara keimanan. Semoga diri kerdilku ini dipandang Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Dan semoga amalku, hidupku, dan matiku di dunia ini berada  dalam keredhaan En. Suami, ibu-ibu, bapa-bapa, adik-beradik, dan sahabat-sahabat yang mengenali. Saya minta ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap selama antum mengenali diri ini. (^_^)v”


YaQeen Ahmad : Hadiah hari jadi yang terbesar pada tahun ini adalah 1) En. Suami, 2) Keluarga Abah Nasoha yang ramai 3) Keluarga Abah Mad yang semakin ceria 4) Doa daripada yang mengenali diri ini. Terima Kasih Allah!~ Seronok-seronok!

Bunga-bunga Cinta

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Buih-buih CINTA

Anak-anak Ahmad

Buih-buih Kasih Sayang

5 Feb 2010, Seusai Majlis Berkhatam

6 Feb 2010, Cinta Hati YaQeen Ahmad

13 Feb 2010, Hijau sehijau hati kami.

YaQeen Ahmad : Dulu bertujuh, sekarang berlapan. (^_^)

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

Episod 5 : Lafaz Ajaib

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Episod 5 : Lafaz Ajaib

“Aku terima nikahnya, Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.”

Just a sentence…” Bait inilah yang berlagu sekejap dalam sarat dada saya saat kedua-dua saksi mengangguk dan mengesahkan lafaz ijab dan kabul antara Abah dan suami. Terasa sungguh ajaib, dengan satu ayat sahaja, raja di hati saya telahpun beralih jawatan tersebut.

Air mata memang tidak terbendung lagi. Tidak tahulah, apa yang harus ditangiskan, tapi ia berlinang tanpa disuruh.

Perasaan menjadi lega dan gembira melihatkan semua orang pun gembira. Hati ini juga gembira, sedar Allah telah memberikan saya peluang dan platform untuk saya tingkatkan ibadat melalui perkahwinan juga selain daripada yang lain.

Syukur, Alhamdulillah…

Semoga pernikahan ini menjadikan kami semakin dekat dengan yang Maha Pemberi Kasih dan Sayang...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca dan sahabat-sahabat yang mendoakan kami dan perjalanan majlis perkahwinan kami di Taman Bukit Mutiara dan Kg. Pt. Jambol pada 6 Feb dan 13 Feb yang lepas.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada yang sudi hadir, tak kira datang dari jauh mahupun dekat. Kehadiran antum dan doa-doa kalian amat kami hargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas selayaknya.

Ucapan istimewa kepada ahli keluarga di Taman Bukit Mutiara dan Kg. Pt. Jambol, terima kasih kerana menjadi tulang belakang kepada majlis yang diadakan. Segala persiapan dan perancangan ahli keluarga amatlah kami hargai. Terima kasih banyak-banyak.

Buat suami tercinta, terima kasih menerima diri ini seadanya. Tiada yang istimewa, hanya Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad seadanya yang tidak pandai bermain kata…

YaQeen Ahmad : Bahagia meniti hari-hari…

-Tamat-

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

Episod 4 : Debaran Bermula

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Debaran Bermula

Seawal jam 6 pagi, saya sudah bangkit dari tidur. Seusai solat, saya alunkan Surah Al-Waqiah, surah kegemaran saya. Saya tarik nafas dalam-dalam seperti selalunya untuk tenangkan diri. Berkali-kali mengingatkan diri sendiri, “Hari ini, aku akan jadi isteri orang.”

Saya keluar dari bilik dengan senyuman. Ketika ini, keyakinan sudah bertambah dalam. Saya sudah yakin dengan langkah yang diambil. Inilah pilihan saya sendiri… Akhirnya… Terdetik juga ia di pangkal hati.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ceritawara. 3 Comments »

Episod 3 : Debaran…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Debaran…

Sehari sebelum hari pernikahan, tiada debar di hati. Saya bungkam. Apakah ini benar untuk diriku?

Ya Allah, apakah ini normal? Aku hanya seperti pelaksana program… yang menurut sahaja kehendak-kehendak disekelilingku…

Aku ini, AJK sambutankah? AJK Logistikkah? AJK Makanankah? Atau AJK Kesenian dan Kebudayaan?

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »