Perhatian! Perhatian! Perhatian!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Wah, macam begitu suspen bunyinya. Apa yang perlu di’perhatian’kan?

Pada 1 Jun ini, saya sudah bergelar seorang isteri kepada seorang jejaka Pt. Jambol, ibu kepada bayi berusia 3 bulan, anak kepada ibu dan bapa yang sudah hampir pencen, dan anak menantu kepada ibu dan bapa yang penyayang!

Oleh yang demikian, dengan ini secara rasminya saya akan menukar keseluruhan skop tema kepada blog ini. Saya akan membuat rombakan secara keseluruhannya. Intipatinya bakal menjadi cerita-cerita saya sahaja. Dan saya akan membuat blog lain untuk tujuan formal.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jeng! Jeng! Jeng!

Ini disebabkan, saya mahu eksklusifkan blog ini. Banyak cerita nanti kalau dirojak-rojak. Baik saya fokus kepada diri sendiri dahulu. InsyaAllah, ia boleh juga dibuat pedoman untuk sekelian umat. Moga-moga para pembaca dapat mengambil apa sahaja yang baik daripada blog ini. Seandainya ada yang anda tidak suka, bacalah blog lain yang anda suka. (^^,)

Blog rasmi akan saya bangunkan juga. Saya mahu jadi penulis seperti suami saya! Saya mahu jadi editor juga. Tetapi, saya tidak mahu jadi penterjemah (kalau diberi peluang, boleh saja. Saja jual mahal!~)

Perhatian! Perhatian! Perhatian!

Oleh yang demikian, blog ini bakal cacamerba buat sementara waktu. Tidak sabar untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Baiklah! Saya mahu mulakan dengan menukar fesyen baju blog ini.

Tunggu~~~

Yaqeen Ahmad: Sudah hendak masuk maghrib, saya masih memangku anakanda tercinta kerana dia akan terjaga bila dialihkan. Oh, saya belum masak lagi, mandi apatah lagi, baju tak siap gosok!, dan suami belum pulang….

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

4 Respons to “Perhatian! Perhatian! Perhatian!”

  1. amanda Says:

    Aqeen~ alang2 aqeen sedang buat perubahan ni kan..dy nak bagi suggestion je. since blog aqeen ni dah lama dan ramai followers yang knal aqeen, dy rasa kekal je rojak2 pun. Just buat Label macam kat “Layar” tu. So mana yang pasal life aqeen, aqeen label life, klau psal penulisan, aqeen label penulisan. lagi senang. hihi. Tapi ni cadangan je. Apapun ur decision i sokong ^^

    selamat jadi ibu yang comel~ hihihi

  2. amanda Says:

    lagi satu..hope nama dy ada la..kat Laman Kenalan tu..huhu.. Ni dyana leham la..

  3. farah Says:

    salam kembali menulis…
    hee..fatih sht? da besar da tgk dlm FB..Ammar ok aje..da masuk 7 bulan da..alhamdulillah..masih merasai susu umminye ini..

  4. hamimnasoha Says:

    Sudah genap setahun bersawang. Mari bersihkannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: