Austin Steak Seksyen 7, BBB

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Austin Steak

Tidak tahu kenapa terpanggil untuk menulis entri ini. Dalam kesibukkan dan banyak benda perlu dibereskan, jari-jemari ini mahu meluncur laju menekan kekunci untuk mencatat sesuatu.

[Hilangkan sekejap perkataan FOKUS… (^_^)]

Tekak saya masih terasa-rasa hidangan makan malam semalam.

Memang antara hobi lama dan masih lagi sampai sekarang, saya suka mencuba rasa masakan di tempat-tempat makan yang belum di’terjah’. Asalkan ada testimoni dahulu. Kalau baik, apalagi? Meh la cuba kan?

Alang-alang En. Suami mahu membelanja (selalu memang diapun yang belanja) makan malam sempena hari jadi semalam, saya pun seperti biasa, merancang plan B @ plan C sekiranya plan A tidak menjadi.

Jam 8.30 malam, pabila sampai ke tempat yang dirancang, nyata kami berdua sepakat mencari tempat makan lain. Mungkin perasaannya lebih kepada rasa tak berbaloi untuk ke situ.

Dalam kerangka akal, sudah ligat berputar-putar untuk mengajak En. Suami makan di suatu tempat.

Terbaca di blog Kak Rozlin, terliur rasanya mahu ‘pekena’ steak. Memang dah lama tidak meratah daging-daging panggang bersos barbeku lada hitam. Paling akhir, seingat saya mungkin pada 3/4 tahun lepas.

Dengan bantuan info daripada Kak Rozlin, akhirnya sampai juga di sana, di Austin Steak, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Hidangan saya ialah Lamb Legs Steak dan air bali suam dan En. Suami memilih Fillet Steak, French Fries, dan air limau nipis suam. Banyak lagi pilihan daging-daging panggang yang ada. Menariknya, sos barbeku lada hitamnya sangat sedap!

Terima kasih En. Suami kerana membelanja makanan kegemaran saya kali ini. Ada masa nanti, bolehlah En. Suami belanja lagi ya~ (^_^)v

Austin Steak di penjuru bangunan

Dinding Restoran Austin Steak

Dinding Restoran Austin Steak

Ini Beef Steak. Rupanya lebih kurang sama dengan Lamb Legs Steak.

Ini Beef Steak. Rupanya lebih kurang sama dengan Lamb Legs Steak.

Pemandangan dalam restoran

YaQeen Ahmad : Makan sampai licin!~

Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

4 Respons to “Austin Steak Seksyen 7, BBB”

  1. danishahumaira Says:

    harga pun not bad kan, boleh la mintak belanja lagi hahahaha

  2. YaQeen Ahmad Says:

    A’ah. Harga pun okey. Standard. Boleh kata berbaloi~. Masih terasa lagi sos barbeku lada hitamnya Kak Lin. Hehe

  3. farah Says:

    salam..
    sedapnye..alhamdulillah ada org belanja..!!

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Alhamdulillah~ Farah, bila nak datang sini. Kalau ke area Lembah Klang, jangan lupa menjenguk kami di perbukitan Bandar Seri Putra ni. (^_^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: