Episod 5 : Lafaz Ajaib

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Episod 5 : Lafaz Ajaib

“Aku terima nikahnya, Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.”

Just a sentence…” Bait inilah yang berlagu sekejap dalam sarat dada saya saat kedua-dua saksi mengangguk dan mengesahkan lafaz ijab dan kabul antara Abah dan suami. Terasa sungguh ajaib, dengan satu ayat sahaja, raja di hati saya telahpun beralih jawatan tersebut.

Air mata memang tidak terbendung lagi. Tidak tahulah, apa yang harus ditangiskan, tapi ia berlinang tanpa disuruh.

Perasaan menjadi lega dan gembira melihatkan semua orang pun gembira. Hati ini juga gembira, sedar Allah telah memberikan saya peluang dan platform untuk saya tingkatkan ibadat melalui perkahwinan juga selain daripada yang lain.

Syukur, Alhamdulillah…

Semoga pernikahan ini menjadikan kami semakin dekat dengan yang Maha Pemberi Kasih dan Sayang...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca dan sahabat-sahabat yang mendoakan kami dan perjalanan majlis perkahwinan kami di Taman Bukit Mutiara dan Kg. Pt. Jambol pada 6 Feb dan 13 Feb yang lepas.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada yang sudi hadir, tak kira datang dari jauh mahupun dekat. Kehadiran antum dan doa-doa kalian amat kami hargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas selayaknya.

Ucapan istimewa kepada ahli keluarga di Taman Bukit Mutiara dan Kg. Pt. Jambol, terima kasih kerana menjadi tulang belakang kepada majlis yang diadakan. Segala persiapan dan perancangan ahli keluarga amatlah kami hargai. Terima kasih banyak-banyak.

Buat suami tercinta, terima kasih menerima diri ini seadanya. Tiada yang istimewa, hanya Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad seadanya yang tidak pandai bermain kata…

YaQeen Ahmad : Bahagia meniti hari-hari…

-Tamat-

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

6 Respons to “Episod 5 : Lafaz Ajaib”

  1. farah Says:

    selamat berbahagia buat kalian berdua..

    ikhlas dr : khairul & farah

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih, Farah & Abg Khairul. (^_^) Selamat berbahagia buat kalian juga.

  3. sil Says:

    Tahniah buat hamim & yaqeen. semoga bahagia sampai ke syurga🙂
    * saya ex-jkm ktc batch hamim.

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Sil : Terima kasih banyak-banyak. Amiin. Hingga ke Syurga hendaknya seperti yang diharap-harapkan. Moga kita semua berada dalam rahmat-Nya.

  5. muhammadridwanto Says:

    tahniah juga dari kami sekeluarga

  6. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih Abg Wanto, k. Maisurah, Alya, dan Rifa’ie.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: