Nafkah Isteri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Nota ini disalin terus dari: http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.viewcustom&friendId=597700&blogId=462269605&swapped=true

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara’. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
*Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara’ dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
*Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’, tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
*Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
*Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara’ demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
*Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
*Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5. Kerja Sebagai Syarat
*Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
*Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
*Tidak harus, pada pandangan syara’ bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
*Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
*Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara’.
*Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
*Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. Tamat terjemahan


Firman ALLAH SWT; “dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (surah Ar-Rum: ayat 21)

Read more: http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.viewcustom&friendId=597700&blogId=462269605&swapped=true#ixzz0xUGOvjjF

YaQeen Ahmad: Buat nota kalau berkesempatan.

Dikirim dalam Suci Nurani. 1 Comment »

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Suatu tika dulu...

Suatu tika dulu...

Suatu tika...

Saya rindu tim Nisa’~ Rindu mesyuarat~ (^_^) Harap semua sejahtera. Doakan Aqeen dimudahkan dalam urusan belajar. Moga dengan berkat Doa Rabitah yang dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, ukhwah silaturrahim kita berkekalan hingga ke Syurga. Jumpa di sana sahabat-sahabat Nisa’ku…

YaQeen Ahmad : Di sini kenangan indah tercipta…

Wanita Ibarat Pohon Semalu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Wanita Ibarat Pohon Semalu.

Aku sedang mengharapkan Redha Tuhan...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah .a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

YaQeen Ahmad : Sudah ada alasan untuk pulang ke rumah sebelum senja.

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

engan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Daripada lanjutan emel : Saudari Wani AR. Tulisan oleh Saudara Amirullah.

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

http://api.ning.com/files/czNgqUQ1z1RNjLJJN5U-xjvuLb1Nn5Wpw49qx-5uYQn82wO*vuRFjDpbKoIXSszB61uim2JOJeKd51*-7s-C0*pLjxplDJxD/4567.bmp

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

http://farm4.static.flickr.com/3626/3427910878_74316d865f.jpg?v=0

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

http://www.apisbp.com/wp-content/uploads/2009/08/solat-jamaah.jpg

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

http://1.bp.blogspot.com/_IvB2xhVGz1A/SUSoy5ePs9I/AAAAAAAAAHQ/kT570M4ases/s320/Al-Fatihah.png

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

http://maalimfitariq.files.wordpress.com/2009/09/iktikaf21.jpg

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

subuh-berjamaah.png masjid al akbar surabaya image by detbucket

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

http://i257.photobucket.com/albums/hh206/3asfuura/Prayers/Trust.jpg

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

http://innerinspiration.files.wordpress.com/2009/10/sedekah.jpg

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

http://dunianopy.files.wordpress.com/2009/09/sahur.jpg

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

http://1.bp.blogspot.com/_T6zvb3eHIEY/SDd976RkjrI/AAAAAAAAASc/KUy6djw8W7I/s400/KG-Orang+Sakit-19+Mei.JPG

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah…

YaQeen Ahmad : Mahu jadi 11 jenis manusia itu. Amiin…

Dikirim dalam Suci Nurani. 2 Comments »

Episod 2 : Dekat di mata, jauh di hati…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dekat di mata, jauh di hati…

“Kerjanya di mana?”

“Di Menara Daya Bumi, Kuala Lumpur.”

“Oh, selalulah dating ya?”

Saya gelak kecil, 2 saat kemudian, gelak besar sedikit…

“Eh, tak adalah. Kami macam kenalan sahaja. Tak perlu lagi itu semua. Bergayut pun tidak.”

“Kamu ni peliklah…”

“Kalau ada jodoh, InsyaAllah tak ke mana.” Itulah acapnya untuk menenangkan hati sendiri.

Baca baki entri ini »

Episod 1 : Jawapan Istikharahku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Episod 1 : Jawapan Istikharahku

Niat Solat Istikharah

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Bunga di Taman Teman

Kegembiraan yang dikongsi...

Berkongsi Kegembiraan

Ahli keluarga yang selalu hadir dalam hidup ini... Terima kasih, moga Allah membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan

Baca baki entri ini »

Tazkirah Jumaat : Antara Fakta mengenai Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Antara Fakta mengenai Surah Al-Fatihah

1. Surah ini diwahyukan di Makkah.
2. Surah ini adalah surah pertama daripada 114 surah dalam Al-Qur’an.

3. Maksud AL-FATIHAH adalah PEMBUKAAN.

4. Surah ini mengandungi 7 ayat.

5. Surah ini juga berada dalam Juz 1.
6. Surah Al-Fatihah mempunyai sepuluh nama :

i) Al-Fatihah.

ii) Ummul Quran.

iii) Ummul Kitab
iv) As-Sab’ul Mathani
v) As-Syafiah
vi) Al-Hamdu.
vii) Al-Wafiah.
viii) Al-Kafiah.
ix) Al-Kanzu.
x) Asasul Quran.

7. Pembicaraan umum surah ini ialah tiga perkara:

i) Tauhid.
ii) Kerasulan (Risalah).
iii) Pembalasan (Mujazah).

8. Di dalam Al-Quran terdapat dua jenis kandungan :

i) Perkara-perkara kepercayaan (Iktiqadilah).
ii)Perkara-perkara ibadah (Ibadiah).

9. Tafsiran :

(i) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(ii) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

(iii) Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

(iv) Yang menguasai hari pembalasan.

(v) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

(vi) Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.

(vii) Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; dan bukan jalan mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat (Nasrani).

10. PENUTUP

Surah “Al-Fatihah” ini melengkapi unsur-unsur pokok syari’at Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al-Quran dalam  113 surah berikutnya.

Penyesuaian surah ini dengan surah “Al-Baqarah” dan surah-surah seterusnya ialah surah Al-Fatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surah Al-Baqarah dan surah-surah sesudahnya.

Di bahagian akhir surah “Al-Fatihah” disebutkan permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah “Al-baqarah” dimulai dengan penunjukan “Al-Kitab” (Al-Qur’an) yang sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.

Sumber dipetik dari :

– Al-Quran dan Terjemahannya.

http://haizam.tripod.com/kulasha/fatihah.htm

Tunjukilah daku jalan yang lurus, Ya Allah...

YaQeen Ahmad : Pembukaan hidupku di dunia bermula dengan iqamat…

Dikirim dalam Suci Nurani. 3 Comments »

Fikir-fikirkan…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Fikir-fikirkan…

Pada suatu petang yang sayup-sayup cuacanya, sementara menunggu janji temu dengan-Nya pada waktu Asar, benak tergoda untuk berpandangan jauh dari biasa. Berfikir…

Dendangan nasyid menjamah pendengaran… Kicauan burung, awan menari di langit biru, hamparan hijau mendamai mata… dalam khayalanku, desap desup terlintas…

Dosa atau Pahala?

Hidup atau mati?

Syurga atau Neraka?

Moga aku terus istiqamah di bumi yang penuh pancaroba ini…

YaQeen Ahmad : Kiamat sudah dekat, mati tak tahu bila… Tapi hidup mesti diteruskan…

Hikmah Sakit

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kesihatan terjejas

Sejak Ahad, sudah 8 kali saya muntah-muntah. Masuk hari Rabu, lebih kurang 13 kali. Isi perut sudah kosong. Yang keluar hanya asid-asid hijau yang sudah tak betah duduk di tempatnya.

Tak boleh masuk sebarang makanan pun. Kepala masuk angin, perut dah gastrik. Yang pasti, apabila makan, semuanya keluar semula. Oh, Tuhan! Ku tidak tahu punca…

Sehinggalah klimaks, pada malam Selasa, saya meminta bantuan kawan serumah untuk ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, BBB selepas waktu maghrib. Dengan keadaan longlai, saya dimasukkan air sebagai penambah tenaga (air garam). Dengan izin, jururawat menyuntik ubat tahan muntah pada saluran air itu.

Sekali lagi, kesan ubat membuat saya bertambah pening sehinggakan visual menjadi kabur dan kedudukan pandangan mata tidak fokus. Pandangan melayang dan sangat silau.

Jururawat menasihatkan saya apabila saya mula tidak tenteram dengan pandangan yang semakin goyang. “Ingat Allah dik… Istighfar.”

Di corong telefon saya mengadu kepada mak dan ‘Uyun. Kepada mak saya pohonkan supaya doakan kesihatan saya beransur pulih dengan segera. Banyak kerja saya terbengkalai! Ouh!

Beberapa sahabat ucapkan kata-kata semangat. Dan acapkalinya, mereka merasakan saya terlalu penat dan terlalu stress. Mungkinkah itu puncanya?

Ataupun kerana terlalu terkejut? Kerana pada malam Ahad itu, saya terserempak dengan kemalangan jalanraya yang mengerikan yang menyebabkan saya sendiri hampir-hampir telanggar serpihan mayat/bangkai kenderaan yang terbabit! Astaghfirullah… Saya lemah semangat…

Betulkah itu puncanya? Adakah terlalu banyak dosa??? Astaghfirullah… Ya Allah, ampunkan dosaku yang terlalu banyak ini… Kepala saya ligat mencari kesalahan diri…

Sesungguhnya aku redha dengan ujian ini ya Allah.

“Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim…” Saya baca berulang-ulang supaya saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Redha. (Gambar Hiasan)

Saya legakan hati bila kawan mengingatkan, sakit ini menghapuskan dosa-dosa kecil.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)

Saya ambil petikan artikel daripada saudara Zaldy Munir.

“Setiap orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

“Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.””

“Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)”

Berubat

Berubat adalah proses

Alhamdulillah, dikurniakan teman sekeliling yang amat prihatin, saya dijaga baik oleh rakan sekampung dan rakan serumah.

Saya cuba mengurangkan pengambilan pil yang diberi doktor. Hanya makan ubat bila betul-betul pening sahaja. Selainnya, saya banyakkan minum milo dan horlicks panas, madu, dan mengambil makanan tambahan, Scott’s Emulsion. Saya juga menggunakan Cool Fever untuk dewasa bagi mengurangkan suhu badan. Baru tiga hari, berat badan saya turun 3 kilo!

Diri ini digagahkan ke rumah Cik Mah (Sek. 2, BBB) untuk berurut. Badan terlalu lemah dan tak berdaya. Segar sedikit setelah itu.

Pada senggang masa ketika di pejabat, saya telah ke Darrusyifa’ (Sek. 1, BBB) untuk mengambil air. Dengan bantuan ustaz (tak tahu nama) yang merawat, saya mencari ikhtiar untuk memulihkan semangat. Ustaz membekalkan saya sebotol air doa dan sepeket daun bidara.

Ustaz tersebut sempat berpesan, sekiranya hendak keluar rumah, bacalah

“Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim…”

Sekiranya kita baca dalam keadaan tersekat-sekat, tangguhkan untuk keluar rumah beberapa ketika. Sekiranya hati dah kembali tenang, bacanya semula dan keluarlah dari rumah.

Menambahbaik Prestasi Menjaga Kesihatan

Jom post-mortem!

Saya sudah masuk ke pejabat pada Khamis lepas. Syukur Alhamdulillah, kini badan bertambah sihat dan sudah berjaya makan perlahan-lahan. Kalau sebelum ini, hanya bubur sahaja berjaya menembusi anak tekak, kini saya sudah boleh makan nasi lembut berlauk.

Saya betul-betul mahu ambil iktibar daripada episod hidup kali ini. Saya berazam untuk merombak dan menambah baik struktur pemakanan. Saya menggariskan beberapa perkara buat panduan diri.

1. No more ICE!

2. Bawak air masak setiap masa, ke mana-mana.

3. Ambil madu dan Scott’s Emulsion di pagi hari dan sebelum tidur.

4. Gunakan permata hijrah untuk mengurangkan silau mata, pening kepala, dan resdung.

Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.

Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.

Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.

Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.

Selain itu, saya juga belajar tentang erti persahabatan. Kerana sahabat yang baik tidak akan bersama kita pada waktu senang sahaja. Saya cukup terjaga. Thanks to my dear Mom, ‘Uyun, Shida, Aini, Mai! I love you all! Thanks for other’s support! (^_^)v

Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.

Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!

Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.

Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.

Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…

Ceritawara

Saya bukannya menulis untuk menulis cerita yang sedih-sedih belaka. Anggaplah anda harus belajar sesuatu di sini. Kerana saya juga suka belajar daripada pengalaman dan kisah-kisah teladan yang ada.

Hidup seperti program, selesai program, kita buatlah post-mortem. InsyaAllah, faedahnya besar kerana Allah takkan turunkan sesuatu yang sia-sia…

Saya juga perlu ubah prinsip berkerja. PUSH TO THE LIMITS tidak boleh digunapakai lagi. Saya perlu belajar rehat dan relax.

I dare to learn my dear (healthy), no problem! (^_^)

Saya berasa lega apabila mengeluar apa yang tersulam di minda ini. Sesungguhnya kekusutan terkadang terlerai begitu sahaja dengan penulisan spontan… Kalaupun seperti bercerita pada orang yang tidak faham, pun tak mengapa… Saya ikhlas bercerita…

Ambillah sedikit waktu...

YaQeen Ahmad : Nak kena kurangkan ais dalam hati juga.

Kita teruskan je…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pilih-pilih kawan biar anda mendapat sahabat...

Dipetik dari : http://nuruluyunahmad.blogspot.com/2009/12/kita-teruskan-je.html#comment-form

Kita teruskan je………..

Satu petang di dalam lab.

“Bilalah nak habis projek ni yun… i’m already exhaust with this long journey. give up… conference belum pegi lagi…. duit projek tak dapat2.. aku give up yun…..” nano mengeluh.

(sigh)………

“nano, aku dah tak bergantung pada sesiapa dah no…bergantung pada Allah and ask him more and more… Aku rasa dah infiniti tabah dah ni. Kita go on je….” sambil memegang grinder.

(sigh)…….

“kadang2 aku rasa macam nak berhenti je yun, dah tak larat dah.. tapi berhenti pun bukan gerenti dapat kerja pun….duit pun bukannya boleh beranak sekarang ni dalam bank. Aku tension macam ni lama2…”

(sigh)……

“……we share the same difficulties no… and sometimes we lose our way jugak kan….hmmm…. ….let’s turn around and see what we have left behind, maybe kita ada tertinggal something yang Allah suruh kita buat, but we missed it…. Mungkin ni kafarah yang mana Allah uji untuk tingkatkan iman kita.. Betul tak no?”

“….to Allah we should turn rite?…. when the time gets hard, kita baru muhasabah semula… kita ni manusia yang selalu terlupa kan yun” nano membalas..

“… yep….the hardness, difficulties ini semua datang dariNya. So now kita kena fight. Fight dengan masa dan malas kita….”

“…I can see your good spirit yun… Tapi…”

“….sebab tu no, belajar ni dipanggil jihad…. tak semua orang boleh buat, yang buat pulak jumlahnya sikit, tak ramai….kita cuba2 lah pujuk hati sendiri sekarang ni… aku tak nak complaint byk2 dah… …. just go on dear..” (cuba menenangkan diri sendiri)

“… betullah ko cakap tu… (sigh).. tapi kau dah nak grad.. nanti tinggal aku sorang2..” nano is now crying loud.

” No matter how far I might be, I’m always gonne be your lab mate forever no. Share my good spirit ha….” memujuk nano yang beremosi.

Nano,
hold my hand my friend,
we can save the good spirit of you and me,
and let’s pray for a superb journey…..
Ameen..

p/s : Life is shorter than most have thought..

Comments

Mohd Taib Bin Miskon said :

This is courage..
being afraid and exhausted..
but GOING ON anyhow..
keep on going..no matter how hopeless..
May Allah bless you all.

Nurul ‘Uyun Bin Ahmad said :

Thank you. Selama maju jaya dari saya dan nano.

Semoga diberkatiNya.

Yaqeen Ahmad said :

click here

Motivasi diri juga macam roda, adakala di atas, adakala di bawah. Jadilah teman yang baik pada setiap masa.

Hargailah dia sebelum kehilangannya...

YaQeen Ahmad : Menghargai untuk Allah hargai…

Jujur

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Jujur

Jujurlah kepada Allah, orang di sekeliling kita, dan kepada diri sendiri…

Ganjaran orang yang berkata jujur

YaQeen Ahmad : Berusaha untuk dapatkan  1. kepercayaan, 2. cinta, 3. rasa hormat. Amiin.

Dikirim dalam Suci Nurani. 1 Comment »

Nota : Tanggungjawab suami dan isteri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Nota Wajib Baca : YaQeen Ahmad (22/12/09, Tmn. Bukit Mutiara, BP)

Tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya


Taat

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: “Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya” – HR Abu Daud dan al-Hakim.

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW: “Tidak boleh mentaati mahkluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT” – HR Ahmad.

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, dia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW: “Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu” – HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal.

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

Melayan suami

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan agar dia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi dia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh” – HR sebahagian Ahli Sunnah.

Untuk mengelakkan daripada digolongkan ke dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

Mengurus rumahtangga

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya dengan hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah untuk keluarganya.

Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat-cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

Menjaga maruah diri, suami dan keluarga

Sebagai seorang isteri, dia hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah: (Hai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha Pengampun lagi maha Penyayang.”) – Al-Ahzab; 59.

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlu dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

Mnyenangkan hati suami

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut: “Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis” – (Imam al-Ghazali).

Untuk menyenangkan hati si suami melihat isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya: “Oo my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you.

Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words” – (Imam al-Ghazzali).

Pendorong dan memberi motivasi

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi ‘teman hidup’. ika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri.

Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja.

Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul.

Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan.

Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Note: Petikan dari laman http://ubmhkpt.blogspot.com

YaQeen Ahmad : Ingin belajar ilmu rumahtangga dengan tenang dan penghayatan…

Tanggungjawab suami di rumah

Utusan Malaysia 31 mac 2002


Tanggungjawab suami uruskan rumah

1001 Kemusykilan Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN:
Saya membaca sebuah buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karangan Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga, tahun 1981, halaman 184-185. Buku ini menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja-kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.

Jika isteri melakukan semua itu, ia berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah. Kewajipan isteri, menurutnya, hanya taat dan menyerah diri kepada suami bagi memuaskan kehendaknya serta tinggal dalam rumah dan tidak boleh keluar tanpa izin.

Soalan saya, benarkah pendapat ini? Setahu saya apa yang disebutkan itu bertentangan dengan amalan dalam masyarakat Melayu hari ini. Saya harap tuan jelaskan kewajipan sebenar suami, isteri sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. – SALMIAH, Seksyen 14, Petaling Jaya.

JAWAPAN:
Saya turut membaca buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor seperti yang disebutkan dalam soalan di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum Datuk Syed Alawi al-Haddad (meninggal dunia 1962). Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Johor (1934-1961).

Pada saya, fatwa mufti itu kurang jelas menyatakan tanggungjawab siapa menjalankan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak, menyediakan makanan, mengasuh anak, menyidai kain dan sebagainya.

Saya membaca lagi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu. Saya dapati, kebanyakan menyatakan kerja-kerja rumah seperti yang disebutkan di atas adalah tanggungjawab suami.

Saya tersentak seketika apabila membaca kerja-kerja seperti itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan.

Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.

Buku-buku itu antara lain menjelaskan lagi, isteri tidak harus berpuasa sunat, kecuali terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan suami, kerana khuatir nanti suatu panggilan kecemasan akan berlaku, sedangkan dia tidak dapat menyahutnya kerana berpuasa.

Dinyatakan lagi, jika isteri tidur bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tidak melayani kehendak suaminya, maka sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.

Kesetiaan isteri terhadap kehendak suami semacam boleh ditafsirkan dengan ada bayarannya, iaitu kerja-kerja rumah seperti mengasuh anak, memasak, membasuh pakaian, menyidai kain dan sebagainya hendaklah dijalankan oleh suami. Kecuali jika isteri dengan rela hati sedia melakukannya.

Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri, seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.

Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya, benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada buku-buku yang saya baca.

Saya berpendapat hukum ini adalah hasil ijtihad ulama pada beberapa abad terdahulu. Ijtihad boleh berubah dari masa ke masa mengikut perubahan zaman, keadaan dan tempat. Ijtihad ulama juga tidak selalunya tepat dan betul, kadang-kadang boleh disanggah oleh ulama melalui ijtihadnya yang dihasilkan pada waktu dan masa yang lain pula. Dalam hadis menyebut: Sesiapa yang silap dalam ijtihadnya maka ia memperoleh satu pahala dan siapa yang betul, akan mendapat dua pahala.

Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya. Beberapa alasan berikut boleh dijadikan hujah:

Pertama: Allah berfirman kepada para isteri yang membawa maksud: Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (al-Baqarah: 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain.

Saya beranggapan tidak adil jika urusan yang dilakukan di luar rumah seperti mencari nafkah makan minum, kediaman, pakaian, perubatan menjadi kewajipan suami sepenuhnya, kemudian kerja-kerja di dalam rumah juga menjadi kewajipan suami.

Isteri seolah-olah tiada sebarang kerja, selain melayan suami dengan tubuh badannya sahaja. Cara yang lebih adil ialah kerja-kerja di luar rumah menjadi kewajipan suami, sementara dalam rumah pula hendaklah diambil tanggungjawab oleh isteri.

Kedua: Dalam pergaulan sesama manusia dan juga keluarga, setiap hak yang wajib ditunai hendaklah ada balasan yang diterima. Suami dipertanggungjawab memberi nafkah dengan jalan yang terbaik, seperti yang dinyatakan terdahulu. Apakah hak ini telah dibalas oleh isteri dengan cara yang terbaik juga seperti yang sepatutnya? Apakah kewajipan menyara hidup yang disempurnakan oleh suami terhadap isteri dan anak-anaknya itu dianggap sebagai percuma dan tidak perlu dibalas apa-apa? Islam dan juga budaya Melayu tidak menyatakan begitu.

Mungkin ada orang menjawab, tubuh badan isteri yang diserah kepada suami itu sendiri bayarannya. Suami berhak mendapat kepuasan sesuka hati dan pada bila-bila waktu sahaja. Alasan ini boleh ditolak dengan mudah, kerana kepuasan itu bukan hak suami semata-mata, tetapi hak bersama.

Jika tubuh badan isteri dianggap hak suami, maka tubuh badan suami juga boleh dianggap hak isteri. Sesetengah orang menyebutnya sebagai nafkah batin yang wajib disempurna oleh suami, sekalipun saya tidak setuju dengan istilah nafkah batin itu.

Ketiga: Suami dikira sebagai qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri, dengan itu isteri hendaklah menjaga kepentingan suaminya. Jika suami bertanggungjawab dengan memasak dan membasuh pakaian isteri, bermakna isteri sebagai pengawal suami.

Ini bertentangan dengan maksud ayat 34 surah al-Nisa. Oleh itu jalan yang paling serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah, manakala suami hanya membantu.

Mungkin ada suami yang bersedia melakukan kerja-kerja itu. Ada suami yang sangat berminat dengan kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, sementara isteri pula berminat dengan kerja-kerja di luar rumah seperti berniaga dan sebagainya. Amalan ini tidak salah dari segi hukum jika suami isteri rela dengan cara itu.

Keempat: Banyak riwayat menyatakan kehidupan harian para sahabat sebagai suami atau isteri, masing-masing memberi khidmat dan bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma’ binti Abu Bakar, isteri al-Zubayr Ibn al-Awwam, selalu membantu suaminya dengan memberi makan kuda, mengangkut air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya.

Tidak pula kedengaran Baginda Rasulullah melarang Asma’ berbuat demikian dengan alasan semuanya itu adalah kewajipan suami.

Fatimah al-Zahra, isteri Ali Abu Talib dan puteri Nabi, juga melakukan sendiri kerja-kerja memasak dan membakar roti, menyediakan makanan dan mengisar tepung, sehingga menjadi pecah-pecah pada tangannya. Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah atau khadimah.

Tetapi Nabi menyuruh agar Fatimah terus melakukan sendiri kerja-kerja itu. Baginda tidak pula mengatakan, serah saja kepada Ali, kerana itu tanggungjawabnya sebagai suami.

Mungkin ada orang menjawab, sumbangan Fatimah yang membuat kerja-kerja rumah itu hanya sukarela, bukan sebagai kewajipan atau tugas. Saya katakan, kerja-kerja itu adalah kewajipan Fatimah bukannya sukarela, kerana Nabi tidak menerima cadangannya untuk mendapatkan pembantu rumah bagi menjalankan tugas-tugas itu.

Jawapan Rasulullah s.a.w. kepada puterinya Fatimah adalah suatu perakuan yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah, suami atau isteri. Dalam ilmu Mustalah Hadis, perakuan ini disebut taqrir (perakuan Nabi).

Saya berasa penting juga dinyatakan di sini bahawa tugas isteri pada hakikatnya ditentukan oleh adat resam dan budaya hidup sesuatu bangsa itu sendiri. Masyarakat Melayu telah mewarisi satu budaya yang agak kukuh, iaitu kerja-kerja berat yang biasanya menjadi kewajipan suami, manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi tanggungjawab isteri.

Ditakdirkan ada isteri merasakan adat dan budaya Melayu ini tidak perlu lagi dipertahankan, sudah tiba masanya lelaki dan wanita disamakan. Suami harus menyediakan sendiri makan minumnya, membasuh dan mencuci sendiri pakaiannya.

Bagaimana pula jika dia kesuntukan masa untuk melakukan kerja-kerja itu, lalu menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji? Tidakkah hati tersentuh melihat orang lain berada di samping suami kerana menyediakan makan minum dan mencuci pakaian dan menyentuh barang-barang yang akrab dengannya?

Adat resam dan budaya Melayu tidak pernah menerima cara itu. Janggal sekali jika orang yang tidak ada kena-mengena itu bebas melakukan apa sahaja yang disukainya.

YaQeen Ahmad : Tidak salah sekiranya isteri dibenarkan dengan izin keluar rumah mencari rezeki, suami turut membantu isteri di rumah, walaupun hanya dengan menyenangkan hati isteri sahaja.

Selamat Pengantin Baru K. Kinah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Selamat Pengantin Baru

Tanggal 19 Disember 2009, pada tepat 10.07 Jumaat malam Sabtu, kakakku Sakinah bt. Ahmad Akhri telah selamat menjawat jawatan baru sebagai seorang isteri kepada saudara Mohammad Samawi b. Mamat.

Dengan sekali lafaz, saudara Samawi sah menjadi suami kepada K. Kinah

Dengan tenang mendengar ijab dan kabul.

Sentuhan terakhir dari YaQeen Ahmad untuk Majlis Makan Beradab. (K. Kinah gelarkan, solekan Kasih Sayang.)

Pelamin sentuhan penduduk setempat.

"Terima kasih menjaga Aqeen sepanjang di Al-Hamra' kak.."

YaQeen Ahmad : “Selamat Pengantin Baru!

Otak dan akal

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Otak dan akal

Satu orang, dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, 1 hidung, 1 mulut, 1 badan… Macam mana nak bergerak kerja dengan banyak benda? Sebab tu Allah kurniakan kita 1 otak untuk berfikir yang mencipta banyak akal… – (YaQeen Ahmad, Dis 2009)

YaQeen Ahmad : …

Dakwah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dakwah

Sumber: http://fatba.blogspot.com

Dakwah adalah proses mengkomunikasikan materi dakwah kepada sasaran dakwah. Oleh kerana itu, harus ada pelakunya, iaitu seorang daie atau pengembang dakwah (hamilud dakwah). Seorang daie tentu harus mempersiapkan diri dalam melakukan aktiviti dakwah.

Disamping penguasaan materi dakwah dan teknik-teknik dan komunikasi untuk penyampaian materi dakwah, seorang daie harus mempersiapkan diri dengan membentuk karekter daie atau pengembang dakwah dalam dirinya, sehingga menjadi sifat yang melekat yang senantiasa menjadi akhlak dan perilakunya sehari-hari baik saat ia menyampaikan dakwah maupun saat ia melaksanakan tugas-tugas kehidupan lainnya. Allah SWT berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?”(QS. Fushilat 33).

Imam Ibnu Katsir mengatakan bahawa dakwah kepada Allah maksudnya adalah menyeru para hamba Allah kepada Allah. Sedangkan mengerjakan amal soleh maksudnya bahawa seorang dai yang menyeru manusia kepada Allah itu juga mendapatkan hidayah dari apa yang dia katakan dan kata-katanya itu bermanfaat bukan hanya kepada orang lain, tapi juga kepada dirinya sendiri.

Seorang daie itu bukanlah orang yang memerintahkan orang kepada perbuatan yang ma’ruf sementara dia sendiri tidak mengerjakannya. Juga dia bukanlah orang yang mencegah perbuatan munkar sedangkan dia sendiri mengerjakannya. Seorang daie tunduk pada perbuatan baik yang dia dakwahkan dan meninggalkan perbuatan buruk dan menyeru manusia kepada AL Khaliq Tabaraka wa Ta’ala.

Ayat ini bersifat umum pada setiap orang yang menyeru kepada kebaikan (Islam) dan dia sendiri mendapatkan petunjuk dan Rasulullah SAW. adalah manusia yang paling utama melakukan hal itu. Abdur Razaq mengatakan dari Ma’mar dari Al hasan al Bashri bahwa dia telah membaca ayat di atas lalu berkata:

هذا حبيب الله هذا ولي الله هذا صفوة الله هذا خيرة الله هذا أحب أهل الأرض إلى الله أجاب الله في دعوته ودعا الناس إلى ما أجاب الله فيه من دعوته وعمل صالحا في إجابته وقال إنني من المسلمين هذ خليفة الله.

Ini adalah orang yang dicintai Allah. Ini adalah wali Allah. Ini adalah pilihan atau teman sejati Allah. Ini adalah pilihan Allah. Ini adalah penduduk bumi yang paling dicintai Allah. Allah menjawab seruannya dan dia menyeru manusia kepada apa yang dijawab (diterima) Allah dari dakwahnya dan beramal salih dalam menjawab seruan Allah dan mengatakan aku termasuk orang muslim. Ini adalah wakil Allah.

Dengan demikian jelaslah betapa mulianya kedudukan seorang dai. Dan betapa seorang daie yang memiliki integriti antara ucapan dan perbuatannya merupakan orang-orang pilihan yang dalam bahasa Imam Al hasan Al Bashri (seorang Imam yang sangat terkenal di masa Khalifah Harus al Rasyid di Baghdad) orang-orang seperti dia gelari dengan habibullah (kekasih Allah), waliyullah (wali Allah), shafwatullah (pilihan Allah) , khairatullah (pilihan Allah), dan khalifatullah (wakil Allah).

Bagaimana menjadi seorang daie yang memiliki integritas antara kata dan perbuatannya? Apa saja karakter yang mesti dimiliki seorang daie yang mengajak manusia kepada jalan Allah, kepada dinul Islam, dengan metode dakwah Islam tanpa kekerasan sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah SAW? Bagaimana cara mebentuk karekter itu dan bagaimana cara merawathnya? Tulisan ini mencuba menguraikannya.

YaQeen Ahmad : Suka curi masa untuk diisi dengan apa-apa aktiviti yang mengiburkan hati. Hadiri seminar adalah salah satu daripadanya.