Episod 4 : Debaran Bermula

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Debaran Bermula

Seawal jam 6 pagi, saya sudah bangkit dari tidur. Seusai solat, saya alunkan Surah Al-Waqiah, surah kegemaran saya. Saya tarik nafas dalam-dalam seperti selalunya untuk tenangkan diri. Berkali-kali mengingatkan diri sendiri, “Hari ini, aku akan jadi isteri orang.”

Saya keluar dari bilik dengan senyuman. Ketika ini, keyakinan sudah bertambah dalam. Saya sudah yakin dengan langkah yang diambil. Inilah pilihan saya sendiri… Akhirnya… Terdetik juga ia di pangkal hati.

Saya cari sarapan. Oh! Memang tak bisa masuk apa-apa. Terus ambil sepeket Radix dan bancuh. Mak andam datang selang beberapa minit kemudian. Saya teruja untuk didandan. Sebelum ini hanya mendandan orang sahaja… Kini, giliran saya pula. Weehuu! Menjerit suka di dalam hati.

“Keluarlah, Pak Imam nak minta tandatangan.”

Beberapa soalan di jawab, banyaknya diakhiri dengan “InsyaAllah, Pak Imam.”

Pak Imam bergurau, mungkin mahu meredakan taufan debaran di dalam dada ini, “InsyaAllah, InsyaAllah… betul ke nak kahwin ni?”

“InsyaAllah, Pak Imam.”

InsyaAllah lagi… Ya, mudah-mudahan dengan izin Allah.

Tersipu-sipu dibuatnya. Apatah lagi bila Pak Imam menyebut nama bakal suami. Saya sendiri segan untuk menyebut namanya. Biasanya saya gelarkan dia, “Pakcik.” Panggilan itu memang glamour di kalangan sahabat-sahabat terdekat dan ahli keluarga. (^_^)

Dalam kurang 5 minit, rombongan sudah sampai. Debaran makin kuat… Tangan digenggam, dan tisu diminta. Aisyah selaku pengapit, sudah setia di sisi. Emak dan abah sudah mengambil tempat.

Dan kelibat sesusuk jejaka berbaju putih, bersongket petak, dan bersongkok tinggi, sudahpun kelihatan. Dialah orangnya…

Debaran kian terasa.

YaQeen Ahmad : Hanya tunduk, dan sekejap-sekejap menoleh ke Emak.

Dikirim dalam Ceritawara. 3 Comments »

3 Respons to “Episod 4 : Debaran Bermula”

  1. Salwah Says:

    Ketika akak tiba…terus terdetik dihati “Dah jadi isteri orang budak ni…patutlah muka berseri-seri dan amat ceria sekali…”
    Tahniah ya…

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih kak. Muka ceria sebab banyak orang yang gembira pada hari itu. “Dah jadi isteri orang dah saya ni…” Hehe… Alhamdulillah, nikmat yang Allah beri.

  3. jalanakhirat Says:

    selamat berbahagia hingga akhir hayat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: