Episod 3 : Debaran…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Debaran…

Sehari sebelum hari pernikahan, tiada debar di hati. Saya bungkam. Apakah ini benar untuk diriku?

Ya Allah, apakah ini normal? Aku hanya seperti pelaksana program… yang menurut sahaja kehendak-kehendak disekelilingku…

Aku ini, AJK sambutankah? AJK Logistikkah? AJK Makanankah? Atau AJK Kesenian dan Kebudayaan?


Saya termenung, muhasabah dan sekuatnya mengumpul kesediaan. Apabila masuk ke dalam korum rewang, saya kembali becok seperti selalu, bergelak ketawa seperti biasa dengan saudara mara yang telah mula hadir.

Saya sudah mula belajar untuk membiasakan diri untuk tidak memancarkan apa yang bergelodak di jiwa raga ini.

Namun apa yang membuatkan saya berasa semakin tenang apabila saya lihat muka mak, abah, ‘Uyun, Azim, Anas, Fiqrah, dan Atuk. Saya tenung satu persatu raut wajah mereka. Jelas terpancarnya keceriaan ingin menyambut orang baru ke dalam keluarga.

Saya nekad untuk tidak sia-siakan ikatan restu daripada dua keluarga ini. Justeru, saya harus cepat-cepat bersedia untuk bergelar seorang isteri kepada suami… Saya punyai masa kurang dari 24 jam pada waktu ini.

Tarik nafas dalam-dalam…

Pada sebelah malamnya, selesai Majlis Berkhatam, saya menyemak peti masuk mesej. Ada mesej daripadanya. Saya membalas.

Deringan telefon berkumandang. Nama gelarannya terpapar.

Saya mengeluh, “Aduh, malasnya nak angkat…”

Dalam tempoh dua tahun sebulan perkenalan kami, itu adalah kali ketiga kami bercakap di corong telefon. Dan ia merupakan kali terakhir kami mendengar suara di telefon sebelum bergelar pasangan suami dan isteri.

Dia mahu mengesahkan waktu pernikahan pada esok hari.

Dalam hati terdetik, “Betulkah masing-masing mahu berkahwin ni? Seorang lupa waktu nikah, seorang tiada mood… Apa-apalah!”

Malam terakhir, saya mengajak emak tidur di sisi. “Nak mak juga!” Saya akhirnya tertidur dengan tenang melihatkan empat beranak semua tidur keletihan. I love you mak… ‘Uyun… Fiqrah… And to myself… Thanks all! Good night my night…

Ya Allah, kudambakan restuMu jua...

YaQeen Ahmad : Debaran bermula esoknya…

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

6 Respons to “Episod 3 : Debaran…”

  1. amy Says:

    normal kak qeen.. kak qeen bukan ajk, tetapi sepasang sayap dan sebuah bahtera yang bernakhoda.. dan kepada nakhoda itu, bawalah bahtera itu memecah lautan yang terdampar luas.. nikmatilah keindahan yang damai, demi menuju satu destinasi yng abadi..dan jaga la ia kerana nakhoda tanpa bahtera tiada pelayaran, dan jika bahtera tanpa nakhoda, terdamparla ia dipersisiran lautan.. tahniah atas masjid yang terbina..

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Syukur pada Allah yang tidak terhingga. Segalanya kekusutan terungkai begitu sahaja setelah sah ikatan suami isteri.

    Ingat pesan daripada sahabat, “Jangan terburu-terburu, jangan pula lambat-lambat.”

    Tempoh pertunangan yang ada cukup memberikan kesediaan, walaupun agak lewat sedikit rasa bersedia itu.

    Syukran ukhti.

  3. muhammadridwanto Says:

    Salam,
    tahniah.
    Semoga kalian di rahmati Allah

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih. Sama-sama. Moga Allah merahmati kita semua.

  5. salopet Says:

    eiii….ni doktor yaqeen ker…

  6. YaQeen Ahmad Says:

    salopet : Saya bukan Doktor Yaqeen.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: