Penantian Mummy, Abah, Abang, dan Sayang…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Penantian Mummy dan Abah

Alhamdulillah, hari ini genap 38 minggu 1 hari kesayangan Mummy dan Abah berada dalam rahim. Kami dan keluarga menanti kehadiran anak sulung kami dengan sabarnya.

Demam tempoh hari telah membuatkan semua hati kelam kabut juga. Abah terus pulang ke Batu Pahat setelah mendapat khabar daripada Cik Ani. Tok Mad dan Nenek CTJ dengan keadaan relax dan cool sahaja. Buyut Sipah dengan rupa yang agak cuak menantikan cicitnya…

Dua jam Mummy di Dewan Saringan Bersalin. Mula-mula diminta air kencing untuk pemeriksaan, kemudian buat pemeriksaan perut, pemeriksaan bukaan bersalin, dan akhir sekali denyutan kesayangan Mummy. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan Doktor mengatakan kesayangan Mummy masih belum sedia untuk melihat dunia. Baru buka 1 cm. Ditanya adakah mahu menunggu di hospital sehingga bersalin, Mummy jawab tidak mahu.

Syukurlah rumah Tok dekat dengan hospita, tak sampai 5 minit boleh sampai. Jadi Mummy ambil keputusan untuk tidak ditahan dan balik sahaja ke rumah. Masa tu, sakit-sakit perut sahaja. Rasa memulas dan mahukan Abah kesayangan Mummy. (^_^)

Abah? Ketika ditelefon semula, beliau sudahpun berada di Ayer Keroh, terus menuju ke Taman Bukit Mutiara, rumah Tok. Datangnya ke Mummy dengan 3 kuntum bunga ros, 1 ros merah dan 2 ros putih. 2 ros putih mewakili Mummy dan Abah dan sekuntum ros merah itu mewakili kesayangan kami yang bakal lahir ini. Terima kasih Abah, Mummy tak tahu nak menzahirkan bagaimana perasaan gembira itu. Namun, hati Mummy berbunga-bunga dapat bunga. Senyum kera tak boleh lekang dengan kebaikan dan keprihatinan Abah…

Terima kasih juga kepada adik-beradik yang ambil berat, keluarga mertua, Cik Ngah dan Ayah Ngah (‘Uyun dan Taib), Ayah Uda (Azim), Cik Usu (Fiqrah), Mak Ngah (Kak Yah), dan keluarga Cik Ani.

Kesayangan dan Cik Usu.

Penantian…

Dengan iringan doa, Sang Suami sanggup berjauhan dengan isteri yang dikasihi. Terima kasih, Abang. Diharap ucapan ini cukup untuk mengalas kesabaran penantian yang ada. InsyaAllah, kami di sini, di Batu Pahat baik-baik saja. Kami juga rindu pada Abah… =)

Bakal ibu.

Ber'dating' di Gunung Lipur Bukit Soga.

YaQeen Ahmad: Sesungguhnya, penantian ini membuahkan muhasabah yang besar kepada saya iaitu, PERSEDIAAN.

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

6 Respons to “Penantian Mummy, Abah, Abang, dan Sayang…”

  1. 'Uyun Says:

    pewittttttttttttt!!

  2. farah Says:

    salam..
    insyaAllah..moga dipermudahkan..sabar yer..penantian itu bakal membuahkan satu nikmat yg terindah…..
    harap yaqeen tabah dan sabar…bykkn zikir dan doa…pinta redha suami sentiasa…
    mungkin sedikit tips ..lakukan pernafasan yg betul semasa dlm usaha melahirkn…ia membantu… insyaAllah…

  3. Yaqeen Ahmad Says:

    ‘Uyun: Fewwit untuk ‘Uyun juga!

    Farah: Terima kasih Farah. Sikit-sikit belajar cara-cara bersalin di Youtube juga. =)

  4. farah Says:

    salam aqeen,
    insyaAllah farah cube yer utk tulis entri yg aqeen pinta..
    sebelum ni mmg ada entri yg farah da tulis..aqeen try tgk dibawh label permata hati kami..insyaAllah..mungkin farah akan tambah sedikit tips2 nyer yer..

    take care..moga dipermudahkan yer..

  5. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih, Farah!

  6. farah Says:

    salam aqeen..sht? baby ok?
    mcmane temph berpantang? hope baik2 aja..hee..
    mcmane pula dgn penyusuan..? harap sgt2 aqeen dpt teruskn penyusuan susu bdn sepenuhnye kpd baby..smpi umur 2 thn..insyaAllah..moga dipermudhkn yer.. jgn lupe update gambar Fatih Isqandar yer..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: