Saya amat merinduinya…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Rindu yang perlu ditanggung

Ketika menulis entri ini, saya memang sedang melayan emosi sendiri. Saya tak tahu dari mana datangnya banyak air mata ini. Ia seolah-olah datang dari satu tempat yang sudah sarat ditelan masa. Meskipun telah sebulan lebih adik kesayangan kami meninggalkan dunia yang penuh cabaran ini, ingatan padanya tak pernah surut. Ia seperti selalu. Segar seperti dia masih ada dulu.

Muhammad Anas Kamil b. Ahmad

Lagu-lagu nasyid yang sedang saya putarkan ini adalah daripadanya. Bila dengar lagu nasyid, teringatkan Anas.

Entahlah, saya sedih bila teringatkan waktu saya bermanja dan bergurau dengan Anas. Berkepit tangan bila berjalan berdua di luar, menumpang bahunya bila di dalam kereta, mengusap kepalanya bila dia baring. Dan ini memang saya lakukan kepada adik-adik.

YaQeen Ahmad: Al-Fatihah…

Dikirim dalam Ceritawara. 5 Comments »

5 Respons to “Saya amat merinduinya…”

  1. puteri Says:

    akak…biarpun saya kenal akak dalam blog.. saya sedih sgt baca. terkejut sgt saya bila tahu,,menangis2 baca entry kak uyun. saya tahu anas seorg yang baik. akak selalu cerita pasal anas. tabahkan hati. Akak kuat. Alfatihah utk anas

  2. YaQeen Ahmad Says:

    (^_^) InsyaAllah… Terima kasih atas sokongan Puteri. Akak amat menghargainya. Moga Allah berikan akak kekuatan yang sekuat-kuatnya. Banyak hikmahnya atas kejadian ini.. Ramai yang tidak mengenali secara depan, turut merasai rasa keinsafan kematian. Alhamdulillah… Jaga diri, dan didiklah diri dari sekarang agak menjadi wanita yang mulia.. Mulia di sisi Allah.. Amiin…

  3. taro Says:

    takziah diucapkan….moga aqeen tabah dengan ketentuan Allah

  4. Fakhrurraadzi Says:

    Assalamu’alaikum……Maafkan sy cik…..Baru je tahu berita ttg arwah Anas…..Ape2 pun,setiap yg bernyawa pasti merasai mati…..Hakikatnya,kita x mati….Cuma berpindah alam shj…..Yg dah pergi,kita ambil iktibar dr kejadian ini….

    Yang perlu dirisaukan,”macam mana plak saya nnt”???…..
    Husnul Khatimah……atau….Suul Khatimah(Nau’zubillah)….
    *Peringatan terutamanya untuk diri sy…..

    yg Ikhlas,
    (Aji-MFI)..[EEIT]

  5. Fakhrurraadzi Says:

    Opps….sorry…ada sikit lagi…Mudah2an cik kenal saper sy…

    Sedikit hint :(aji) “Cik,esok time kelas sy nk mtk izin pergi solat asar jap bleh?…
    (Cik) “Hmmm….ok…perkara nie x keberatan bg saya”….
    *WALLAHU’ALAM…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: