Apa itu Penyakit Epilepsi?

MENYEBUT tentang epilepsi, tentu ramai yang tidak mengenali penyakit ini. Epilepsi adalah panggilan nama bagi pelepasan (cetusan elektrik) jirim kelabu yang berlaku sekali sekala, secara tiba-tiba, cepat dan keluar dengan banyak.

Penyakit epilepsi ini (atau lebih dikenali sebagai sawan di kalangan orang ramai), sering kali dikaitkan dengan penyakit buatan walaupun secara saintifiknya, ia merupakan penyakit yang berbahaya jika tiada pendedahan awal.

Gambar Hiasan - Penyakit Epilepsi atau bahasa pasarnya \

Kerana kurang kefahaman dan kesedaran, sebahagian besar masyarakat menganggap epilepsi berpunca daripada gangguan kuasa ghaib.

Lebih membimbangkan, ramai yang beranggap penghidap penyakit ini ‘gila’ atau terencat akal, ataupun ia akan mengakibatkan masalah mental.

Menurut Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Raymond Azman Ali, penyakit ini perlu pengawalan mulai peringkat awal lagi.

“Penyakit epilepsi bukan satu petanda buruk dan memalukan dalam hidup pesakit. Bukan penyakit berjangkit dan tiada masalah mental.

“Kebanyakan pesakit mempunyai tahap kecerdasan otak yang normal mahupun melebihi purata normal.

“Malah, ramai yang menempah kejayaan walaupun menghidap penyakit ini,” jelasnya.

Beliau tidak menafikan, penghidap epilepsi boleh bekerja seperti individu normal lain. Syaratnya, selagi mereka tidak mengendalikan senjata berbahaya atau mengendalikan mesin atau jentera berat.

Begitu juga dengan aktiviti sukan. Ramai yang berpendapat pesakit epilepsi tidak boleh menyertai aktiviti lasak. Ada juga pesakit yang tidak faham berhubung istilah yang digunakan ketika memohon lesen memandu.

Sesetengah pesakit mendakwa, mereka menghidap epilepsi, bukan sawan seperti yang tertera dalam borang. Lebih malang lagi, ramai berpendapat penghidap epilepsi tidak mempunyai masa depan yang baik. Alasan mereka, tiada siapa yang ingin berkahwin dengan penghidap epilepsi.

Kebimbangan paling ketara ialah kemungkinan mereka akan melahirkan anak-anak yang cacat. Sebetulnya, epilepsi boleh dihidapi oleh sesiapa saja. Ini termasuklah mereka yang bijak pandai dan golongan profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan sebagainya.

Menurutnya, epilepsi berpunca daripada gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan, menyebabkan penderitaan serius. Ia merupakan gangguan sistem urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui.

Adalah dianggarkan, sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka manakala kira-kira dua juta kes baru dilaporkan setiap tahun.

“Sawan disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam sekumpulan sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (topi sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot,” ujar beliau.

Dr. Raymond Azman berkata, lain-lain bahagian otak juga boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat.

Secara mudahnya, epilepsi adalah satu gangguan di mana aliran isyarat elektrik di dalam otak menjadi celaru.

Ia kadangkalanya diumpamakan seperti berlaku ribut elektrik di dalam otak. Pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan, pada zahirnya, adalah serangan sawan.

Ia dapat dilihat dalam bentuk sentakan (jerky), menggigil dan terkejang-kejang, bunyi kuat seperti berdengkur atau rebah ke tanah, atau gabungan ketiga-tiganya.

Dalam realitinya, serangan sawan boleh terjadi dalam sebarang bentuk perlakuan atau pergerakan yang tidak disedari atau tidak normal.

Perlu rawatan segera

“Seelok-eloknya, jika seseorang itu diserang penyakit ini dan mengalami gejala kecil berulang-ulang, seharusnya segera ke hospital.

“Misalnya, seseorang yang tiba-tiba berkelakuan pelik seperti berlari tanpa pakaian, kita tidak perlu menganggap dia gila.

“Apa yang perlu dilakukan, bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” jelasnya.

Tambah Dr. Raymond Azman, antara gejala yang mungkin dialami pesakit ialah berkelakuan pelik seperti menjerit-jerit tanpa sebab dan termenung.

Kelakuan ini mungkin tidak disedari pesakit dan keluarganya tetapi jika ia berlaku, tidak perlu menganggap dia gila.

Menurut Dr. Raymond Azman, oleh kerana pesakit selalunya tidak sedarkan diri, keterangan ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian sangat mustahak bagi mengenal pasti jenis penyakit.

“Tanda-tanda paling ketara bagi membezakan epilepsi dengan yang lain adalah, apabila sawan berulang, ada waktu bebas di antara kedua-duanya, pesakit normal dan sifat serangannya serupa.

“Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala,” katanya.

Doktor akan menentukan jenis rawatan yang bersesuaian sama ada selepas temu janji pertama jika semua maklumat yang diperlukan diperoleh, ataupun setelah ujian lebih lanjut dilakukan.

Ujian yang dimaksudkan antara lainnya sama ada EEG, rakaman video-EEG, skan CT dan MRI.

Pesakit biasanya diberikan ubat-ubatan antiepileptik (AEDs) yang mempunyai satu atau lebih bahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.

“Setiap pesakit yang menggunakan antikonvulsi akan mengalami reaksi yang berbeza-beza.

“Misalnya sesetengah pesakit mungkin mendapat kesan sampingan dan pesakit lain tidak atau pesakit dapat mengawal sawan sebaik ubat diambil manakala pesakit lain memerlukan masa yang lebih panjang,” katanya.

Terdapat juga pesakit yang tidak dapat mengawal langsung sawannya walaupun mengambil perubatan antikonvulsi.

Dr. Raymond berkata, apabila sawan pesakit adalah disebabkan oleh ketumbuhan, kecacatan salur darah, parut atau keadaan- keadaan lain, rawatan pembedahan boleh dilakukan.

“Jika puncanya berjaya dibedah keluar, kebiasaannya sawan pesakit turut terhenti.

“Pembedahan juga disyorkan untuk mengeluarkan bahagian otak di mana sawan berpunca,” katanya.

Namun, sebelum pembedahan dilakukan seseorang itu perlu memenuhi syarat-syarat yang membolehkan dia dirawat.

“Paling utama, pesakit perlu ada matlamat hidup yang jelas selepas dibedah. Kebanyakan pesakit melalui kehidupan yang berbeza sebelum dan selepas pembedahan.

Sebelum dibedah, kebanyakan pesakit dijaga dan dimanja oleh keluarga tetapi selepas mereka dirawat, keluarga mengharapkan mereka boleh berdikari.

“Jika pesakit tidak mempunyai matlamat selepas dibedah, maka doktor disarankan jangan meneruskan kaedah rawatan tersebut,” jelasnya.

Tambah beliau, pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai parut atau ketumbuhan di otak di samping pemakanan ubat yang teratur.

Walaupun epilepsi mempunyai rawatan, wanita yang mengandung juga perlu memakan ubat.

“Secara amnya, pesakit wanita tidak digalak mengandung. Selain ubat-ubatan yang mungkin memberi kesan kepada bayi, ia juga boleh memberi risiko kepada diri sendiri,” jelasnya.

Antara ubat yang disyorkan dan kurang kesan sampingan ialah levetiracetam, topiramate dan lamotrigine.

Artikel dipetik dari Utusan.online

Nota Cahaya :

- Kesan penyakit lebih awal. Jika ada tanda-tanda, berjumpa doktor dengan segera.

- Jika ada saudara mara yang menghidapi penyakit ini, bantulah untuk mendapatkan rawatan dengan cara yang betul.

- Amalkan doa : Allahumma ngafini fi badani, Allahumma ngafini fi sam’i, Allahumma ngafini fi Basori… Amiin…

About these ads
Dikirim dalam Eksplorasi. 34 Komen »

34 Respons bagi “Apa itu Penyakit Epilepsi?”

  1. irhafiz Says:

    assalamualaikum…
    saya kurang setuju apabila orang memanggil epilepsi ini sebagai sawan babi. sebab ia akan melemahkan semangat pesakit untuk berdaya saing. akan ada sifat malu dan rasa sedikit terhina. sedangkan penyakit tersebut tidak terlalu berat untuk mereka yang sudah biasa. kepada pesakit, hidup perlu ceria, usah bimbang, kami tidak akan sisihkan kamu. sebab ramai profesional juga adalah pesakit epilepsi. ia bukan halangan utk berjaya. jom click http://www.epilepsy.org.my

  2. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    “”” Adalah dianggarkan, sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka manakala kira-kira dua juta kes baru dilaporkan setiap tahun.”””

    Adalah tidak mustahil bahawa kita adalah juga di antara mereka. Oleh itu, memandang remeh dan rendah kepada pesakit bukanlah tindakan yang bijak.

    Sakit ini harus dipandang secara positif. Bagaimana?

  3. irhafiz Says:

    saya atau anda; atau; saya dan anda; terlibat sekali?
    begitu?

    tapi kepada pesakit tabahkan hati…

    saya sebagai org biasa, pernah mendengar tentang ketabahan seorang rakan kepada rakan saya. rakan saya menceritakan yang rakan dia tetap ceria walaupun mengalaminya. katanya, dia tidak memakan ubat-ubatan dan dia ingin merawat sakit tersebut dengan kekuatan dalaman.-mind control-mind set-gitu lah lebih kurang.

    Bagi saya itu bukan ketabahan yang betul. apa pun rawatan perlu.
    pengambilan epilim (nama ubat) akan mengawal pesakit dan mengurangkan kekerapan diserang epilipsi. pengambilan epilim perlu dan mungkin boleh dikurangkan dosnya secara berperingkat.
    Baru betul dikatakan tawakkal.
    Usaha dahulu baru berserah.

  4. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Saya setuju. Spiritual yang kuat adalah baik! Namun ia seharusnya disokong dengan bantuan ubatan luaran agar pemulihan berjalan dengan lancar.

    Kita boleh ibaratkan ubat dari segi dalaman dengan luaran ini “bagaikan isi dengan kuku”, Jika isinya semakin pulih, tetapi kuku berkarat juga, tak guna bukan?
    Selari dengan Usaha, Doa dan Tawakal. InsyaAllah..

  5. GHOSTBOY Says:

    This article helps me a lot,thnx to kak yaqeen..I tink i was an epilepsy patient..hmm,kak yaqeen..saya nk tanyer,camaner kalau kite juz ade tnda-tanda mcm berlaku kekejangan jika kite bergerak secara spontan.seperti dipanggil untuk ambil anugerah,kite akn react like “terencat akal” selama beberapa saat sebelum menjadi normal kembali,kekejangan bermula di kaki dan naik ke bahu menjadikan saya tak dapat bergerak selama beberapa saat..seolah2 darah saya tidak bergerak.paling merisaukan saya ialah saya seorang pelajar yang aktif tetapi penyakit ini telah membuatkan saya hilang keyakinan diri serta cuba mengelak dari menyertai banyak aktiviti ko-ko di sekolah.tetapi ada antara tanda penyakit epilepsi ini yang saya tidak alami seperti hilang kesedaran secara tiba-tiba atau pengsan.malah,saya seringkali dalam keadaan sedar sewaktu mengalaminya.adakah ini juga dianggap sebagai penyakit epilepsi?.harap akak dapat membantu.terima kasih :)

  6. YaQeen Ahmad Says:

    Salam sejahtera ghostboy! Selamat datang ke blog ini.

    akak rasa akak bukanlah seorang yang tepat untuk dirujuk secara telus sebab akak bukannya doktor. Namun daripada sedikit ilmu tentang biologi, bolehlah akak mengupas sedikit perihal ini.

    Pertamanya, epilepsi ini adalah penyakit berkenaan dengan saraf. Betullah, kalau adik rasa darah seolah berhenti. Sebenarnya bukan berhenti, tapi tak dapat berfungsi dengan baik. Oksigen yang terbekal tidak mencukupi.

    Simptom ada namun sebab memang tak tahu lah.

    Ada baiknya adik berjumpa dengan doktor. Takut2 jika tidak diketahui punca dan kita tak ambil perhatian, kekejangan itu semakin melarat.

    Bila adik kata adik kata adik seorang yang aktif mengeluarkan peluh, ia berkaitan dengan pernafasan. Kemungkinan darah yang bergerak tidak membekalkan cukup oksigen kepada saraf2 untuk menganalisis apa maklumat yang perlu dihantar ke otak.

    Adik harus elakkan makanan berlemak yang dipercayai akan menyempitkan salur oksigen. Banyakkan makan buah.

    Berjumpa doktor dan buat pemeriksaan awal adalah yang terbaik buat masa ini yang akak dapat cadangkan.

    Sakit buat penyakit kalau kita ada semangat dan tekad! Semangat lah!

  7. GHOSTBOY Says:

    Terima kasih akak untuk nasihat tersebut saya akan mengusahakan untuk satu perjumpaan dengan doktor secara peribadi.Thanks again.Blog akak amat membantu :)

  8. azlan Says:

    saya rasa malu bila nak kata kan pada kawan saya yang saya ada sakit sawan.masa sekolah lama saya pernah cerita pada kawan dan guru mereka kata saya gila.dan menghina saya.saya terpaksa tukar sekolah saya tak tahan lagi dengan ejekan mereka.bila saya tukar sekolah lain saya rahsiakan penyakit saya.bila guru tanya siapa yang ada sakit?saya tak mengaku sehingga sekarang.ada seorang guru ni dia tak tahu saya ada sakit sawan guru ini pesan pada pelaja perempuan jangan kahwin dengan sakit sawan nanti malang.saya rasa sedih bila kata begitu.

  9. YaQeen Ahmad Says:

    Malu itu normal kepada kebiasaan kita. Apatah lagi masalah kita itu adalah di luar kawalan kita sendiri.

    Akak rasa, yang tepatnya Azlan harus mempelajari lebih dalam lagi tentang penyakit ini. Jadinya, Azlan InsyaAllah lebih bersedia dan faham tentang kawalan kepada penyakit itu.

    Semua masalah ada penyelesaiannya. Tapi tak semua akan dapat diselesaikan dalam kawalan kita. Namun, pasti ada cara untuk elakkan atau mengawalnya.

    Hidup di dunia ini sekejap sahaja. Yang lebihnya di akhirat nanti yang lama. Anggaplah dunia sebagai platform untuk kita mencari pengalaman dan menjadi orang yang lebih matang. Orang berkata-kata, biasalahh. maafkan mereka, Azlan akan manfaatnya.

    Azlan, akak cadangkan cuba bersikap ceria dan elakkan kemurungan. Semoga aura-aura yang datang kepada kita, positif-positif belaka. Senyum selalu!

    Allah memberikan sesuatu dugaan itu sesuai dengan umat pilihan-Nya. Redha dan berusaha. Tawakkal sesudahnya. Moga Azlan berjaya mengharunginya.

  10. irhafiz Says:

    Azlan….

    Azlan jangan bimbang…

    Azlan mesti buat kajian tentang diri sendiri…
    .>buat jadual setiap kali terkena sawan, dan catat tahapnya samada serius, normal, atau simple.
    .>cuba fikirkan punca yang akan menjadi sebab kenapa sawan berlaku pada setiap kali sesudah terkena sawan, contoh samada kurang tidur, lebih tidur, kurang makan, terlalu sejuk dan sebagainya.
    .>sesuatu bayangan akan datang sebelum berlakunya sawan, jadi cuba elakkan ia datang dengan tidak duduk diam tanpa tujuan, seperti menonton tv secara keterlaluan, libatkan diri dengan aktiviti yang boleh menyebabkan otak sentiasa aktif berfikir.
    .>saya tak tahu samada sawan Azlan datang ketika tidur atau ketika sedar. Jika ia berlaku hanya ketika tidur, ia lebih selamat, tetapi jika ia berlaku ketika sedar, maka sebolehnya seseorang yang boleh dipercayai perlu diberitahu… ingat, hanya orang yang boleh dipercayai…

    Nasihat saya pada mereka yang selamat dari sawan:
    >>Usah bongkar sakit seseorang, ia amat mengaibkan, tidak mustahil juga anda akan mengalaminya.
    >>Penyakit sawan tidak berjangkit dengan apa cara pun. Ia bukan masalah virus, tetapi ia masalah gelombang otak yang kurang stabil. Jadi usah pinggirkan mereka yang sakit sawan.
    >>Usah letakkan apa-apa seperti sudu dalam mulut pesakit sawan ketika sawan kerana ia akan melukakan lagi mulut pesakit. Lidah adalah suatu otot, dengan gigitan tersebut tidak mampu memutuskan lidahnya. Jika ingin, letakkan sesuatu yang lembut… bukannya benda yang keras…

    wallahua’lam. irhafiz.wordpress.com

  11. azlan Says:

    saya risau tenteng masa depan.kerana saya ada sakit epilipsii tahun ni spm.tiap kali saya ulangkaji saya tak dapat ingat apa yang saya baca.saya pun tak tahu nak buat apa lagi?

  12. YaQeen Ahmad Says:

    Salam alaik. Buat masa sekarang ni, Azlan tak perlu kecelaruan tentang masa depan. Kalau terlalu risau, satu perkara pun nanti Azlan tak dapat buat dengan baik.

    Apa yang baiknya, Azlan harus tempuhi dan buat segala perkara dengan semampunya. Just trough this life… Ia macam air yang mengalir di sungai… terhempas di batu sekali sekala, tapi ia boleh mengalir juga… kan?

  13. azlan Says:

    bagaimana cara nak pulih epilipsi melalui pembedahan?

  14. azlan Says:

    adakah saya boleh sambung belajar jika saya ada epilipsy/KEBANYAKAN KATA TIDAK BOLEH?

  15. nishah Says:

    aslmkm..saya dahulu masa berusia 11 tahun..saya terkena sakit sawan sebnyak 2 kali serangan..first di rumah yang paling kuat..dan yg kedua di sekolahhh….kali ketiga apbila meningkt remaja berusia 14 tahun…ketika itu..kawan2 menghina saya…sehingga saya malu untuk sertai aktiviti beruniform…tapi saya tak peduli apa org cakp…saya teruskan sertai aktiviti kawad kaki…walupun cikgu tak percya saya…saya tetap mencuba dan akhirnya tak berlaku apapun…sihat…lg ade…saya tahu ramai tak suka mendekati saya,,,tapi saya tetp kuatt…sehinggalh…saya berjya menjejakkan kaki beljar di UNITEN…sebagAi mahasiswi…sekrg…tiada lg kedengaran org menghina saya…malah ada yg kagum dengan kekuatan saya….alhmdulillahhh

  16. fatin Says:

    air mata ini tidak dapat dihitung banyaknya menitis di muka bumi ini dsebabkan penyakit epilepsy. kesedihan saya x ada org yg dapat merasa….org kata Allah jatuhkan kesakitan utk menghapuskan dosa hambanya….adakah dosa saya dihapuskan?

  17. C's Eina Says:

    Sedih bila melihat keadaan anak apabila diserang sawan. Matanya yg tiba2 terbeliak, kaki dan tanganya tiba2 kejang, nampak dr wajahnya spt mahu katakan sesuatu, tapi dia tak mampu. Pada waktu itu selain cuba memulihkannya hanya doa yg dipanjatkan agar dirinya kembali pulih. beberapa minit selepas itu, apabila kembali pulih kelihatan dirinya cukup letih, lemah longlai dan tak mampu berkata apa2.
    Sebagai ibu, usaha masih diteruskan untuk memastikan kesihatannya kembali normal. Antaranya catatkan setiap kali dia terkena sawan dan puncanya. Selalunya apabila dia berjemur di panas terlalu lama dan apabila dia terlalu letih. Tapi klau dah namanye budak umur 8 thn, kdg2 dia lupa dia tu tak sihat dia pun main seperti kwn2nya yang lain. Biasanya dia akan kena selepas 12 hingga 24 jam berikutnya. Pernah juga dia terus kena iaitu masa 1st time umurnya 6 tahun. Serangannya selalu bermula dari kakinya akan berasa lenguh. Jika dia dah mengadu cepat-cepatla ambil tindakan dengan mengurut kakinya.
    Setakat ni since 2008 hingga Mei 2010 dah 6 kali dia diserang sawan. Sentiasa berdoa agar dia akan kembali pulih. Bila baca forum ni byk yg diketahui bahwa anak saya bukan keseorangan…semoga kalian dan anak2 kalian kembali sihat.

  18. hj yusup Says:

    salam semua, mengikut pandangan saya dengan apa yang ilmu saya ada, anak puan dan orang lain bukan sahaja kena sawan(istilah orang melayu), tetapi diganggu oleh makhluk jin, terutama makhluk jin itu berada dibahagian otak kepala…….. utk maklumat dan mendapat ilmu boleh call saya hj yusup 019 236 5273

  19. Roni Fitra Says:

    Tolong informasi tempat berobat epilepsi/sawan yg anda ketahui…syukran/terima kasih

  20. LYAfrina Says:

    salam.. saya merupakan salah seorg penyakit epilepsi. Tp saya mula mgidapnya ketika umur 18 tahun, bmula demam panas y amat teruk.. Bila buat LP, disahkan dijangkiti enchephilitis n menyebabkn sy mgidap tranfer myletis. Puncanya, xpasti..mybe krn pmbedahan ketumbuhan otak ktika b’umur 15thn .

    sy memalui kesengsaraan y teruk sewaktu mgandung.smpai masuk icu & diintubate krn koma. ank sy juga hampir digugirkan ketika usia kndungan 5 bln++.. krn nak selamatkn nyawa sy y kritikal.

    dan itula satu2nya anak saya krn sy x dibenarkn mgandung lg.

  21. senyor Says:

    saya x pasti saya berada dalam katogeri mana tapi dalam ubat yg doktor bagi, dia tulis ‘fits’. Saya ada melalui 2 pemeriksaan iaitu MRI & EEG. Dalam laporan tu dinyatakan saya x ada arus epilepsi. Saya mula kena penyakit ni sebulan yg lalu iaitu ketika saya hendak menduduki exam di maktab. b4 exam tu saya sakit kepala yg teruk sangat. Bila sedar, saya sedang duduk di luar dewan sambil diurut oleh 2 org rakan saya. Saya tak tau pun sama ada saya ada masuk ke dewan exam atau tidak. Hanya selepas itu baru saya tahu apa yg berlaku. Rakan saya menyatakan saya mengambil tempat duduk org lain dan marah bila disuruh bangun. Saya hampir tumbang dan mata pula terbuka tanpa sedar org berada di sisi. Bila dibawa ke hospital, saya ditahan kerana doktor mendapati saya anemia. Kira-kira sebulan selepas itu, saya pergi check lagi dan darah saya dikatakan ok. Kira2 2 minggu selepas itu, pada satu petang, saya bangun dari tidur. Anak saya menyatakan yg dia hendak main basikal dengan ayahnya. Bila sedar, tahu2 je saya berada di hospital. Saya tak tahu apa yg berlaku. Suami memberitahu yg saya tiba2 je nak ambil kunci kereta dan selepas itu kejang dengan mata terbuka. Lidah saya sakit sangat kerana kena gigit. Saya ditahan selama 2 malam di hospital dan keesokannya saya pergi membuat pemeriksaan lanjut di klinik pakar. Jadi kepada sesiapa yang tahu atau arif tentang penyakit ini, boleh tak beritahu saya apa sebenarnya penyakit saya ini. Sawan?Epilepsi? Terima kasih…

  22. GREEN Says:

    http://bit.ly/9Y2w0Z

    JOM JOIN SAYA DI F.BOOK N KOMEN MENGENAI PENYAKIT INI.. SEKIAN WASALAM

  23. Siti Aishah Sakinah Binti Azman Says:

    assalamualaikum…saya sakinah dari selangor sedang menyambung belajar saya di politeknik port dickson.saya adalah salah seorang penyakit epilepsi.saya menghidap penyakit ini sejak dari 2007.walhal,sebelum ini saya tak pernah menghidap penyakit berbahaya ini sebelum ini.tetapi,saya hanya akan sawan semasa dalam tidur sahaja.setakat ini tidak pernah lagi saya sakit sawan sewaktu saya sedang melakukan sebarang kerja.jadi ini adalah keadaan yang berbahaya.jika saya tidur seorang dan malam itu pula saya kena sawan,keadaan itu amat berbahaya jika tiada seorang pun yang sedar saya sedang epilepsi.jadi,keluarga saya sentiasa mengambil berat tentang saya jika saya sedang tidur.keluarga saya lebih selesa memanggil penyakit ini sebagai ‘tarik’.kini,dah 3 tahun saya menghidap penyakit ini dan semakin hari semakin teruk penyakit ini.pada 2008,saya pernah ke hospital besar untuk merawat penyakit ini.apabila doktor sudah memberi saya bekalan ubat untuk di makan,saya makan.tetapi,semakin hari saya makan,saya semakin tak selesa dengan keadaan diri saya.saya lebih cepat mengantuk sewaktu belajar dan saya lebih cepat menjadi pelupa.saya juga pernah jatuh katil 2 kali akibat serangan sawan pada waktu tidur.disebabkan itu,berlaku hentakan.sewaktu pertama kali saya kena hentakan tersebut,doktor kata tiada apa yang berlaku pada bahagian otak saya.kali kedua saya kurang pasti kerana belum lagi melakukan pemeriksaan pada bahagian otak saya.saya juga pernah diketawakan kerana ada sakit penyakit ini.sewaktu itu saya berasa terlalu hina dan rasa sedih sangat.hinakah orang seperti saya ini???itulah soalan yang pernah saya soal semula pelajar yang ketawakan saya itu.saya juga berasa takut untuk mencari pasangan hidup.takut lelaki tersebut tidak boleh menerima saya seadanya.saya sangat-sangat mengharapkan semua orang memahami tentang pesakit epilepsi seperti saya ini.janganlah menghina kami kerana kami juga adalah manusia biasa seperti mereka juga.janganlah merendah-rendahkan dan mengetawakan kami yang memang sakit ini.bukan pinta kami untuk diberikan sakit ini.kami hanyalah hamba ALLAH yang sanggup menerima penyakit ini dengan sabar dan tabah.pesakit lain juga perlulah sabar dan tabah dalam mengharungi setiap dugaan di sepanjang menghidap penyakit ini kerana itu adalah rahmat dari ALLAH…

  24. aidha syahida Says:

    salam..sy hya sekadar mahu mengetahuit lbih lnjut penyakit epilepsi krn sy mengabil bidang kesihatan..
    dan sy sendiri dlm dilema krn mengenali sorg lelaki yg mengidap penyakit epilepsi dimana dy baru sja mengalami penyakit ini selepas raya aidilfitri thn nie..dan apa yg mengejutkan saya,ayah dan adik lelaki nye mengalami masalah serupa.mulanya sy mula menjauhkan diri darinya..tp bile sy membaca dan memahami serta mengkaji sendiri penyakit ini..sy rasa bersalah dan bertindak di melulu krn menyisihkan dy.tiada siapa yg mahu dilahirkan seperti itu..suma org mahu kesempurnaan..tp kita hanya makhluk allah..kdg2 apa2 yg berlaku ada hikmahnya..dan skarang sy dah bole terima keadaan dy walaupun sy thu risikonye..tp sy sebagai org yg belum pernah mengalaminya perlu bertangungjawab membantu dy menjalani hidup yg bahagia..dan lebih terjamin..kpd mereka diluar sana.jgn sisihkan pesakit epilepsi..mereka perlukan ksh syg kite..jgnlah kite sisihkan mereka..bygkan jika diri kite sendiri yg diganti di tempat mereka..apakah yg akan kita rasa…pikir2kan…time kasih krn infomasi ini..salam…

  25. tihas Says:

    saya juga m’upkn slh s’org pesakit epilepsi.saya m’hdpi penyakit ini sjk saya berusia 13thn.
    Seperti yang dikatakn sawan bknnya penyakit berbahaya,mengapa msih rmai phk yg menyingkirkn gol seperti kami dengan mengatakan penghidap2 penyakit ini bermasalah?seperti jika seseorg pesakit itu mengandung,mrk akn berkata psti bayinya akan cacat.adakh selalunya bergitu?

  26. lia_30 Says:

    salam.saya sorang pesakit jua..kdg2 sedih bila org pdg sinis..tp saya kuat dlm pe jua org angap..akhirnya saya bejaya penyakit to hilang..keajaibpan ALLAH S.W.T..jgn lupe berdoa kpdnye..

  27. senorita Says:

    pada sabtu lepas, penyakit sawan saya dtg lagi. juga spt yg pernah berlaku sebelum ini, saya x tau apa yg telah berlaku. suami mgatakn saya berkelakuan aneh spt merenung tajam, sekejap baring sekejap bangun dan mcm2 lg. suami bimbang jika ia adalah disbbkan perbuatan org. jadi saya nk tanya kpd sesiapa yg tahu ttg penyakit ni…adakah benar ia ada kaitan dengan makhluk halus coz kdg2 bila dh kena penyakit ni, saya rasa seram semacam

  28. noraz Says:

    as salam
    saya adalah seorang bekas pesakit epilepsi.
    saya telah menghidapi epilepsi sejak umur 10 tahun dan berjaya mendapatkan ubat yg sesuai setelah 10 thn melakukan rawatan.
    Akhirnya pd umur 20 thn, sawan itu sembuh. Kini sudah 6 thn saya tdk diserang lagi. Namun, saya masih perlukan ubat utk mengawal. Kdg-kala bila terlalu stress, maka perasaan itu tiba-tiba dtg.
    adakah sebenarnya peskit swn tdk digalakkan hamil? Jadi, bagaimana agaknya sekiranya kami mahukan zuriat?
    Adakah cara yg lbh baik utk menanganinya?
    pd saya, kehidupan anti-sosial, tanpa kawan2, itu sudah biasa. bila kita sakit, semua akan pandang serong, seterusnya menjauhkan diri. Saya pernah dihina akibat penyakit ini. Maka itu, saya berundur. Mereka pun bukannya hairan sgt nak berkawan dgn pesakit sawan mcm saya.
    Kini, saya rasa semakin sihat. saya boleh melakukan aktiviti seperti biasa. Malah, saya boleh bersenam (tdk seperti ketika waktu sekolah dulu–berlari satu padang, terus diserang sawan!).
    Cuma, sedih bila ada dikalangan kita yg bodoh sombong dan x ambil tahu tentang hati dan perasaan org lain. Tak apalah. Tak ada kawan pun tak rugi. Hidup mesti diteruskan!

  29. nyng Says:

    salam semua,

    pada pandangan saya penyakit ini sangat menyiksakn pesakit terutamanya pesakit,saya adalah kakak pda seorang pesakit yng mengidap penyakit ini…dan masyarakat sekeliling memandang rendah padanya dan kami malah ada juga yang mengatakan bahawa penyakit ini berjangkit hinggakan ibu saya sangup berkurung dlam umah bagi mengelak dari di tertawakan,tapi percayalah wahai masyarat bahawa pesakit ni perlukan perhatian dari kita,dan jagan la memntertawakn mereka mahupun takut akan di jangkiti kerana penyakit ini tidak berjangkit..

  30. irhafiz Says:

    Noraz,

    Mudah sahaja pada saya.
    Tanyakan pada diri, kawan yang bagaimana yang lari daripada kita?

    Kawan yang ada nilai Islam dalam diri tidak akan berperilaku sedemikian. Untung Noraz mengenali dahulu yang mana kawan dan yang mana bukan.

    Epilepsi tidak suka-suka hinggap pada sebarangan orang. Ini semua aturan Allah, mungkin kerana asbab kekurangan zahiriah kita. Dan, jauh sekali Allah menjadikan sesuatu itu bersifat sia-sia.

    Siapa sangka Epilepsi ini menjadi sebab untuk seseorang itu terpilih memasuki syurga atas redha seorang hamba itu terhadap apa jua ujian.

    Hidup mesti diteruskan.
    Kawan semestinya ada, cuma belum ketemu lagi.

  31. Teratai Putih Says:

    Saya kurang setuju jika sakit sawan ni diandaikan `gila babi`..Pd saya gila babi n sawan babi berbeda,..Simpton gila babi ni ialah bila simangsa tetbe melarikan diri tnpa sedar pe yang terjadi pada dirinya…Saya katakan demikian sb sy salah sorang mngsa sakit epilepsy…sejak saya dr sekolah menengah spai skunk umur saya da 44 thun ..lbih kurang da 30 thun lebih saya alami sakit epilepsy ini..Simpton yg saya rasa bile sawan ni akan menyerang ialah kesan tarikan pd anggota badan..kalo lmbat dicegah maka terjadi lah kancing gigi.Berlaku cume sbntar sja..myb dlam 5 mnit kut tp efect dr kcing gigi itu ialah sakit kpale yg teramat sgt.Dan org yg mngalami sakit epilepsy ini akan jadi mudah lupa sb skali serangn kncing gigi mnyerang dye kan mnyentap ke saraf otak kita….mng saya akui bile doctor cakakp cantu sb memang sy jd mudah lupa dlm sume perkara..Sekarang saya bertahan dengn memakan ubat `Phenobarbitone`..saya msti amik dos 150mg sehari..kalo kurang maka kesan tarikan pd anggota badan kn dtg..diikuti kncing gigi jika saya tdak mnambah dos …30 thun bkn stu jngkamase pendek tuk sya tp sy pasrah.Pd sy sawan ni da mcm drah dging dlm idup saya..mngharapkn dia sembuh mng tipis la tp brsyukur kalo dimkbulkn Tuhan..tp xkn mnyesal dgn keadaan diri saya…Bersyukur 2 ank saya tdak mngalaminya sb kata org penyakit ni ad keturunan,,Nauzubillah…

  32. eira Says:

    sekadar berkongsi pengalaman.pertama kali saya diserang swn ketika tgktn 3 iaitu tahun 1993.selepas itu berlaku pada tahun 2008 hinga kini (2011).dlm tempoh 3 tahun saya diserang lebih kurang 10x dan semuanya berlaku ketika tidur.kini pengambilan epilim terpaksa ditingkatkn dosnya ke 400mg sehari.mengikut prosedur tiada istilah ‘excuse’ dlm pengambilan ubat namun sebagai manusia biasa apakan daya terlupa tak dapat dielakkan apatah lagi bila sibuk,terlena dsbnya.menurut doktor pesakit epilepsy perlu bergantung pada epilim seumur hidup.persoalan saya disini 1- tiadakah alternatif lain selain dari pngambilan epilim 2-apakah kesan sampingan untuk jangka masa panjang.kini saya dapat merasakan saya kerap lupa dan rambut sering gugur dgn byknya.apakah ianya berkaitan dgn pngambilan epilim?

  33. cikgu xie Says:

    saya isteri kepada seorg pesakit epilepsy ini…saya cuma mahu berkongsi cerita tentang penyakit ini bersama pesakit2 yang lain, cthnya bgmn mereka menjalani kehidupan seharian, bgmn dgn kerja, keluarga dsb….harap ada pesakit epilepsy dicni sudi berkongsi rahsia dgn kami….saya selalu menyokong suami saya, tetapi ada kalanya kedegilan sifat dia menyebabkan sy rasa benci dgn penyakit itu…sy tertanya2, adakah disebabkan penyakit itu dia jadi degil atau mmg sifat semulajadinya seorg y degil?? sbg seorg isteri, sy tahu bgmn tanda2 dia akan dserang sawan…oleh sebab itu, sy akan mengarahkan dia unt berbaring sahaja ditempat tidur supaya dia tidak rebah dimerata2 tempat…tp, suami sy suka melawan penyakitnya…dia akan buat seperti xder apa2 dan xdgr apa y sy nasihatkan….dia akan drive ke tempat kerja spt biasa.akhirnya….selalu lah accident, dh berapa biji keta remuk…sy tension!!! bukan xsabar dgn penyakit dia, tapi xsabar dgn sifatnya….adakah org lain pun mcm tu jgk??? sbb itu sy nk bkongsi rahsia, cerita dan rasa….

  34. LYAFRINA Says:

    Assalam…
    saya merupakan salah seor esakit epilepsi.. tp epilepsi sy bermula ketika berumur 18tahun.. puncanya jankitan kuman dlm otak. n maybe sbb pmbedahan buan ketumbuhan semasa sy brumur 15 thn.. selain tu, sy midap penyakit saraf transfer myletis… y sebabkan sy lumpuh.. nmun keajaiban & x putus asa… bertahun.. akhirnya saya dpt smula kehidupan.. namun, epilepsi terus membelenggu.. tahap epilepsi sy stae y teruk..sbb sehingga beberapa kali koma + masuk icu & di intubate.. dan..mm..sy xleh mndun krn epilepsi.. namun kuasa allah, thn 2008 sy mngandung.. dan sepanjan tmpoh 2, saya koma.. & bayi y sy kandungkan hampir digugurkan u selamatkan nyawa sy y kritikal & koma time tu.. Namun keajaiban allah swt… bayi y disankal kewujudannnya terus bertahan & berjuang u btemu mamanya.. alhamdulillah..bayi itu selamat dilahirkan.. & dia mmg memiliki kekuatan luar biasa… kini..bayi tu membesar seperti kanak2 lain.. semasa mgndung, doc katakan bayi sy akan cacat, kesan ubatan.. namun kuasa allah siapa tahu kan?? bayi perempuan sy mbesar dgn baik.. kini dah berumur 4 tahun.. dan last saya koma+masuk icu+ intubate bulan 11 thn lps… mm sy kna ambik ubat seumur hidup.. 4 jenis ubat… selain tu sy ade msalah injap jntun berlubang.. sy masih mharapkan keajaiban… u sembuh.. ye la..b sesiapa y x malami, xkan faham.. epilepsi… jgn dipndang ringan.. & bg y kawen..kesefahaman pasanan amat penting


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: