Menu Hari Ini (MHI): Asparagus Goreng Belacan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Menu Berbuka Petang Ini

Yeah! Hari ini saya mahu mencuba resepi inovasi baru saya ini. (Kebiasaan resepi saya ini adalah untuk hidangan 2 orang).

Menu 1: Asparagus Goreng Belacan

Bahan-bahan

1. 20 batang asparagus (dipotong serong)

2. 15 potongan dadu daging ayam (boleh diganti dengan udang, sotong, atau daging juga)

3. Daun bawang (dipotong seruas-seruas)

4. 3 ulas bawang putih (diketuk & dicincang)

5. 1 ruas belacan dan 1 sudu cili giling (belacan digoreng/dibakar dan ditumbuk dengan cili giling)

6. 1 sudu sos tiram

7. 1 sudu kicap kipas udang

8. 1/2 sudu serbuk kari

9. 1/2 cawan air kosong

10. Minyak, garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih yang diketuk hingga naik bau ke dalam minyak yang separuh panas. Kemudian, masukkan ayam yang dipotong dadu tadi hingga mengeluarkan air ayam hingga garing sedikit.

2. Seterusnya, masukkan belacan dan cili yang telah ditumbuk bersama.

3. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap, dan serbuk kari sebelum dimasukkan asparagus.

4. Tuangkan air dan tumiskan sehingga asparagus nampak sudah separa masak.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan masukkan dan gaulkan daun bawang sekejap sebelum dihidangkan.

YaQeen Ahmad: Tidak gunakan bahan perasa.

Info: Asparagus boleh membantu memudahkan proses kelahiran.

Nota: Gambar akan dimuat naik nanti.

Begedil Daging

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Bahan utama :

1. 500 gram daging cincang

2. 5 biji kentang sederhana besar

3. Sebiji telur

Bahan-bahan tumbuk :

1. 2 sudu lada hitam

2. 7 ulas bawang merah

3. 3 ulas bawang putih

4. Garam secukup rasa

Bahan-bahan tabur :

1. Setengah ikat daun sup

2. 5 sudu bawang goreng

Cara penyediaan :

1. Goreng kentang dan lenyek.

2. Tumis bahan tumbuk bersama daging yang dicincang.

3. Letakkan dalam sebekas kentang yang dilenyek, tumisan daging, dan bahan tabur.

4. Uli ala kadar dan bentuk.

5. Celup ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.

Daging cincang

Daging cincang

Goreng separuh masak.

Goreng separuh masak.

Bahan tumbuk

Bahan tumbuk

Daging yang ditumis dengan bahan tumbuk

Daging yang ditumis dengan bahan tumbuk

Gaul rata bahan-bahan yang ditumis dengan daun sup dan daun bawang.

Gaul rata bahan-bahan yang ditumis dengan daun sup dan daun bawang.

Bentukkan untuk digoreng sekali lagi

Bentukkan untuk digoreng sekali lagi

YaQeen : Sumbangan untuk emak sebelum pulang ke Bangi.

Ceritawara

Di Hari Raya AidilAdha 2008. 10 Zulhijjah 1429

Coretan malam raya

Lepas dengar takbir raya, aku buka channel 701. CSI kegemaran. Lepas buat kek coklat, terus diperbaringan depan tv. Sangat menarik perasaannya dapat melegakan pinggang. Ceh! Macam penat sangat je kan.

Kemudian sambil menunggu kek siap, potong bawang-bawang, serai, lengkuas, kunyit dan seangkatan dengannya untuk persediaan masak-masak esok. Ni kira part aku la. Abah dah masak ketupat, mak masak lodeh dan kuah kacang esok, Azim dan Anas sediakan tempat masak dan agenda teknikal, ‘uyun akan sediakan barang-barang teknikal dapur, air dan pencuci mulut (pembuat air yang paling sedap di rumah), dan fiqrah (ciqqah) akan cukup-cukup dibuli oleh abang dan kakaknya.

Adik-adik

Adik-adik

Raya ini diserikan dengan undangan penceritawara khas dari Kg. Sg. Kluang Darat, Rengit iaitu Puan Musripah bt. Suratkon iaitu nenekku dari sebelah abah. Nama dah cukup jawa kan?

Teringat pula Allahyarham atuk, Sarju bin Munari bin Sonokeromo, Al-Fatihah…

Coretan pagi raya

Raya lepas ‘uyun ada buat kuih ni. Aku memang tak pandai bab-bab buat kuih ni. Huhu.. mak ajar, aku kat depan tengok tv. main-main lalalalala… hari ni mak minta ‘uyun buat kole kacang. Tapi dia tak nak pula. Isk! Aicet podah ‘uyun. Takpe-takpe, nanti aku buli kau lagi. (Kat rumah kena buli saja)

Hujan. Yang wedok-wedok (bahasa jawa : orang perempuan) duduk rumah  saja. Tidak seperti sebelum ini akan ikut abah ke Masjid Besar Batu Pahat. Dah tiga tahun beraya di Batu Pahat saja. Keseronokkan beraya masih dapat dirasakan. Cukuplah kroni keluarga pula dieratkan.

Sebab aku tak pandai buat kuih yang ‘Uyun belajar ni, terpaksalah cari di internet. Meh kita share.

KUIH KOLE KACANG
daripada Sazlyna Ramly

Bahan-bahan :
500 gm tepung kacang hijau
30 gm gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air ditapis dan disejukkan)
450 gm gula pasir
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan tahi minyak
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan 1800 ml untuk dijadikan santan cair
3 sudu makan color brown (sarsapella liquid)
garam secukup rasa
1 biji telur

Peraturannya :
1. Campur semua bahan kecuali tahi minyak.
2. Jadikan satu adunan ini didalam kuali kacau rata hingga sebati dan
pekat.
3. Masak diapi yang sederhana, senantiasa dikacau supaya tidak bergentel, terus kacau hingga adunan menjadi kilat dan berminyak, Adunan ini dikacau selama 30 hingga 40 minyak hingga adunan tanak.
4. Bila sudah kelihatan berminyak masukkan didalam loyang ratakan dan taburkan tahi minyak. Sejukan dan boleh dipotong mengikut cita rasa.

Opss…! Mak dah panggil ke dapur… huhuhu…. apa maksudnya? maknanya aku masih mengadap pc di rumah ni.

Cahaya : Ceritawara adalah hal-hal normal yang suasananya mungkin berlaku di rumah anda juga! Kita mesti hargai setiap saat yang berlalu. Kerana kita tidak tahu berapa saat yang tinggal untuk nafas kita lancar seperti biasa. Hargailah orang disekeliling anda.

Ekslusif : Saya, Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad, cahayamatakeyaqeenan bagi En. Ahmad b. Sarju dan Pn. Siti Jariah bt. Jazuli ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat-sahabat semua. Pohon seribu dan lebih keampunan kepada anda semua andai ada kata bersilang tingkah, pandangan terpancung sinis, dan pendapat yang mengguriskan. kerana diri ini banyaknya kekurangan.¬† Saya juga sedia memaafkan anda semua. Halalkanlah¬† kasih sayang anda! Terima kasih! (^^,)”


Sambal Ketuk

Resepi ni dapatnya daripada belajar di rumah. Salah satu kegemaran saya apabila ia digandingkan dengan “jangan bening” (sayur air).

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah (tidak perlu dihiris, atau dimayang)

ikan bilis (lebih kurang setengah genggam)

6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan cili, nak pedas lagi, boleh tambah)

garam secukup rasa.

Penyediaan :

1. Panaskan minyak. Gorengkan kesemua bahan serentak.

2. Angkat setelah agak2 ia kekuningan, rangup dan tidak terlalu hangus. Sekadar naik bau sudah memadai. (hati-hati sebab cili yang digoreng meletup-letup)

3. Tumbuk menggunakan alu dan lesung satu persatu. Dimulakan dengan ikan bilis, bawang dan cili. tambahkan garam secukup rasa.

4. Hidang bersama nasi panas. Sajian ini cantik dan enak bila dipadankan dengan ikan goreng (lebih-lebih lagi ikan parang/ikan timah), dan sayur air (tak kira apa jenis sayur).

Selamat mencuba!

Cahaya : Tak cuba, tak merasa!

Dikirim dalam Resepi YaQeen. 1 Comment »

Kuah Tempoyak

Semalam hari Selasa. Turn Kak Sakinah masak sepatutnya. Tapi dia tak sempat kerana lambat balik dari pejabat.

Jadi, haz ambil alih tugas kak Kinah. Semalam saya belajar masakan baru daripada Haz. Masakan Perak iaitu Kuah Tempoyak. Sedap sampai menjilat jari. Memang best! Simple dan sesuai untuk orang bujang macam saya. Apa lagi? tak nak cuba ke?

Baca baki entri ini »

Pencok Nanas

Pencok Nanas berasal daripada hidangan tradisi orang Jawa.

Baca baki entri ini »

Sweet Sour Ikan Bawal YaQeen

IKAN BAWAL SWEET SOUR BERNANAS YAQEEN

Bahan-bahan Gorengan :

1. Seekor Ikan Bawal hitam/putih (saiz sederhana besar)

2. Seibu jari kunyit

3. 2 ulas bawang putih

4. 2 sudu tepung gandum Baca baki entri ini »