Menyulam Suara Minda

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

 

Menyulam Suara Minda

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan….

YaQeen Ahmad : Seusai hujan berhenti, muncul ceria selaskar pelangi…

Dikirim dalam Sempoi~. Leave a Comment »

Malam Raya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Raya

Bukit Mutiara tempat berteduh,

Di balik Gunung Perdana,

Puasa sebulan sudah disungguh,

Syawal tiba rasa bahagia.

Ketupat ada rendang pun ada,

Ditambah sate sebagai sampingan;

Berkumpul semua sanak saudara,

Penuh kesyukuran kita meraikan.


Banyaknya makanan pada malam raya (^^,*)

Banyaknya makanan pada malam raya (^^,*)

Tiga keluarga

Tiga keluarga

Pulut Periuk Kera

Pulut Periuk Kera

Babat masak lemak.

Babat masak lemak.

Ayam masak kicap

Ayam masak kicap

Rendang Atuk

Rendang Atuk

Sambal goreng

Sambal goreng

Ketupat - wajib untuk abah

Ketupat - wajib untuk abah

Acara tahunan, membakar sate

Acara tahunan, membakar sate

Riadah santai kegemaran kami

Riadah santai kegemaran kami

YaQeen Ahmad : Suka yang santai.

Hantaran Al-Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Di salin terus dari petikan emel oleh sahabat saya, Sara.

(Saya ubah suai susunan kata mengikut teknik surah Yusuff sebagai latihan menulis.)

Hantaran Al-Quran

Muliakan Al-Quran

Muliakan Al-Quran

Pekik Jamilah kepada Nabil, “Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran.”

Nabil membalas, “Yang ini pun cantik juga. Warnanya ungu keemasan. Mana satu kita nak beli ni?”

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu senaskah Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

Jamilah mengeluh, “Tapi, yang ni lagi menarik, ada terjemahan arab sekali.”

Nabil menjawab, “Awak bukan fasih pun bahasa Arab.” Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

Tiba-tiba seorang pakcik berusia dalam lingkungan 40-an menegur,“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat.” Beliau yang berbaju putih berjalur ke bawah menampakkan lagi seri wajahnya.

Nabil tersengih dan kemudian menjawab, “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid.” Jamilah ikut tersenyum tidak jauh dari situ.

Sambil tersenyum, pakcik tadi bertanya, “Oh. Baguslah. Adik selalu baca waktu bila?”

Nabil menjawab dengan teragak-agak. “Aa.. aa.. Lama dah saya tak baca, pakcik.“ Ketika itu, Jamilah sudahpun di sebelah rak yang lain.

Kemudian, pakcik itu menegurnya dengan berhemah. “Kalau begitu, tak perlulah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik.”

Tiba-tiba Jamilah muncul dan dengan selambanya menjawab. “Alah, pakcik ni, kacau daun pula urusan orang muda. Kami beli ni, untuk nak baca la.”

Pakcik itu kemudiannya menyahut lagi. Rupanya yang seperti ahli-ahli masjid terpanggil untuk mencadangkan sesuatu. “Oh, baguslah. Kalau begitu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi.”

Jamilah tersenyum dan menjawab sambil mengangkat senaskah Al-Quran berwarna ungu keemasan dan saiznya lebih kecil. “Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih yang ini. Cantik.”

Sebelum pakcik itu berlalu dan meninggalkan pasangan tersebut, dia berpesan lagi, “Jangan lupa baca ya.”

Jamilah mengomel. “Sibuk saja pakcik tu.”

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin terpukul dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudahpun bersolek. Hari nan indah, terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua.” Ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya di hadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

Ustaz Saad menegur, “Inikah pengantin hari ini?”

Nabil menggigil, “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.” Cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

Nabil cuba mengagahkan diri. “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

Ustaz Saad berkata sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah Nabi. “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d.”

Surah Ar-Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

Nabil membaca sambil berlagu, “Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!”

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Ustaz Saad berkata, “Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim.” Tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.”

“Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.”

Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! SMS dari ustaz Sa’ad tiba. “Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.” Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong.” (An-Nahl ayat 105)

“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

Tamat

YaQeen Ahmad : Asal nama Nur Ainul Yaqeen dari surah At-Takathur.

Kalau Tuhan itu baik, kenapa buat neraka?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Petikan ini saya ambil daripada emel yang dihantar oleh seorang sahabat. Saya juga tidak dapat memastikan sama ada cerita ini benar-benar terjadi atau tidak. Semoga ada iktibar yang boleh kita ceduk dalam menghayati isi maksud cerita di bawa. Wallahua’lam…

Maaf kerana saya belum sempat mengeditnya… (mungkin banyak bahasa pasar yang digunakan dan ada kesilapan dari segi tatabahasa).

Kalau Tuhan itu baik, kenapa buat neraka?

Ini kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan
dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.


Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,
atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.. maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.

Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:”Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan
juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka
bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum. ”

End of my story. 🙂

YaQeen Ahmad : Sesetengah orang kadang-kadang kena ketuk juga. Hehe… Jadi jangan cepat melatah kalau kita pun terketuk… Adatlah, saling mengingati tu perlu.

Boleh ke Miss Yaqeen kata ‘Sial’, ‘Bodoh’?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Boleh ke Miss Yaqeen kata ‘Sial’, ‘Bodoh’?

Cerita 1

Alright, I want to check your tutorial 1 until 4.” Seperti biasa, saya akan menyemak satu demi satu kerja-kerja pelajar pada setiap minggu. Tiba-tiba telinga berasa panas. Menyirap dan merah.

Baca baki entri ini »

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Emel

Saya datang lambat pagi ini kerana membayar bil rumah di Pejabat Pos UKM. Kedatangan satu emel yang bertajuk agak ‘dangerous’ memelikkan saya. (sambil buat muka pelik…) Tajuknya ialah ‘Terima kasih menjadi isteri kedua saya!’. Dalam hati terdetik “Aik?!” tanpa membaca siapa pengirim emel tersebut dan isinya terlebih dahulu…

YaQeen Ahmad : Suka buat muka pelik.

Baca baki entri ini »

1st time, tagged by Kak Fari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Tag

award3

Saya sudah ditag?(tag=tanda)? Layan saja… Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” untuk diletakkan di blog anda.
(done!)
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Anugerah ini adalah daripada Kak Fari, UKM.

– Seorang yang dedikasi mencari rezeki. Oleh itu, rezeki beliau telah melimpah ruah sehingga saya turut mendapat tempiasnya. “Kak Fari, terima kasih kerana sudi membelanja saya bercuti-cuti di PD. Memang best!”

– Kakak yang pandai masak. Sedap bangat!

– Kakak yang baru kenal saya, dan berkata saya seorang yang serius. Hehe…
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

10 Fakta tentang saya : (setakat yang mampu fikir la ni..)

1. Anak Jawa.. Wong Jowo tapi ora iso ngomong Jowo… walah… walah… Kalau orang teka, selalu teka saya dari KL. Huh?

2. Takut gelap & tak suka ketinggian. Serius, boleh semput dibuatnya… tapi ramai tak faham… kecuali adik2ku… dan I gayat!

3. Barang kesayangan saya :

i. laptop+tetikus merah jambu banyak operasinya

ii. cermin mata kalau malam, wajib ada bila nak drive…

iii. dompet Polo walaupun isinya tiada, saya suka penampilannya. suka simpan duit dalam bank, bukan dalam dompet (^^,)

iv. bekas air merah jambu selalu isi air sirap, tak pun sunkist oren…  dan tak lupa, air masak… cepat je kena refill balik…

v. Sibi siapa yang kenal, kenal laa.. tapi tak nak perkenalkan…

4. Suka kelajuan. Abah bawa kereta laju2, saya senyum je… Lagi tambah, “Abah, cepat bah. Potong2!”

5. Homesick patient. Setiap minggu, hilang! Sesiapa akan terperanjat la kalau saya ada di rumah. Tapi, setakat belum masuk postgraduate nyer program la… kalau dah masuk nanti… maaaaakkkkkkk!!!

6. Gelaran yang pernah ada : Skema, serius, poyo, gelabah ayam dan sengal. Apalaa mereka ni kan… suka2 je…

7. Tidak pernah mempunyai berat yang ideal. Senang demam, selsema, migrain dan gastrik… hehe so, tak selalu berpanasan, tapi bukan puteri lilin yer…

8. Mempunyai tahap pembacaan yang lemah. Bukan buta huruf… tapi nak habiskan satu buku, punyalah susah… Macam manalah nak habis baca, buku tu suka sangat hempap atas mata… Adeh!

9. Materialistik. Saya dilatih untuk kuat berusaha dalam apa sahaja bidang untuk maju. Bukan mudah nak senang, tapi, ia tak susah. kan? kan? kan? Sekurang-kurangnya, untuk membeli sekeping roti, alangkah indah jika dibeli dengan duit hasil usaha sendiri…

10. Kuat merajuk.. orang tua kata cengeng eh?… hehe… ala… perempuan memang macam tu, sikit-sikit nak merajuk… apa da… heeee kutuk diri sendiri plak!

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

1. Tiada ada sebenarnya

2. Tiada ada sebenarnya

3. Tiad ada sebenarnya

4. Tiad ada sebenarnya

5. Tiad ada sebenarnya

6. Tiad ada sebenarnya

alaaaaaa…. tak reti la nak tag2 ni… segan… kalau kena tag, xpe… hehe… kalau boleh, saya nak tag semua orang…!

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
“anda telah di tag – sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda”

tak lupa… cuma malu-malu ayam je nak tinggalkan komen di blog orang… hehe (^_^)

YaQeen Ahmad : Kak Fari, tak pandai la nak main-main tag-tag ni… tapi, terima kasih tag saya!

Dikirim dalam Sempoi~. 2 Comments »