Info Kerjaya

Satu medium untuk memasarkan info-info semasa yang ingin dikongsi dengan para pembaca.

Pertamanya saya mulakan dengan Tips Kerjaya yang ingin saya kongsikan di sini.

Tips saya menyediakan diri di pasaran pekerjaan (pertengahan 2007) :-

1) Ucap terima kasih kepada Allah! (selalu buat sebelum tidur hehe…)

2) Bina yakin pada Allah dan diri untuk usaha, “rezeki di tangan Allah, bukan manusia malahan bukan aku sendiri”. (rezeki tu maha luas, jangan tak cuba dan putus asa. pantang tuh!)

3) Amalkan solat hajat dan istikharah. (sekurang-kurangnya, buatla sekali seminggu…)

4) Amalkan doa ayat seribu dinar. (sekurang-kurangnya sekali selepas setiap waktu solat, jadikan sebagai doa favourite. (6;@))

5) Bersangka baik dengan Allah dan orang di sekeliling. (setiap kesusahan yang Allah timpakan, sesuai dengan kemampuan kita, percayalah… dalam Al-Quran pun dah kata kan? kan?)

6) Sedia untuk belajar dengan sesiapa. (kadang2 budak kecik yang mengajar kita… ajar apa? sabar…….)

7) Didik hati sabar dan kawal marah. (part ni paling susah…)

8) Letakkan rasa rendah diri kena pada tempatnya. (jangan pula xpasal2 nak rendah diri tak kena tempatnya, buat orang menyampah nanti adala…)

9) Hargai setiap bantuan daripada ibu bapa, adik-beradik, dan sahabat. Ringankan tangan hulur bantuan. (Moche2!~)

10) Beramal jariah. (pandai2 la nak hulur tempat mana yang patut… nak hulur ke poket saya, dialu2kan.. ups!)

Sekadar perkongsian. Ini tips saya. Mungkin daripada anda banyak lagi. nak kongsi? silakan…

Wallahua’lam…

4 Respons to “Info Kerjaya”

  1. C@h@Y@ Says:

    VACANCY : TEMPORARY CLERK

    UNIT/DEPT : BUSINESS DEVELOPMENT & MARKETING (BDM) – TECHNOPUTRA

    DURATION : 3 – 6 MTHS

    SALARY RANGE : RM800-RM1000 (Depends on experience)

    REQUIREMENTS:

    POSSESS MIN STPM/SPM AND ANY EQUIVALENT CERTIFICATION IS ADDED ADVANTAGE
    MALE BELOW 30 YEARS OF AGE
    SOME CLERICAL & ADMINISTRATIVE WORKING EXPERIENCE
    ENERGETIC, FAST LEARNER & ABLE TO WORK WITH MIN. SUPERVISION

    WALK IN INTERVIEW : 15 OCT 2008 (WED), 9.00am – 10.30am

    ADMINISTRATION OFFICE

    UNIKL MFI

    SECTION 14, JLN TERAS JERNANG

    43650 BDR BARU BANGI

    Contact Person : Pn Suraya / Pn Noor Sharizam / En Khairuddin

    Telephone : 03 8926 2022 ext 1808/ 1802

  2. C@h@Y@ Says:

    Ruj Kami : ( 62 ) HR SSO/REC/Iklan/ 4

    YBhg Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/ Puan

    Warga Telekom Malaysia
    Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa TM mempelawa calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kumpulan Telekom Malaysia (TM Group) seperti berikut:

    HSBB SYSTEMS
    1. Team Leader – Testing
    2. Team Leader – Business Analyst
    3. Team Leader – EAI SA
    4. Team Leader – Integration
    5. Team Leader – Inventory
    6. Team Leader – Migration
    7. Team Leader – NTAPS
    8. Team Leader – SFM
    9. Team Leader – Siebel
    10. Team Leader – SLM
    11. Team Leader – SPM
    12. Team Leader – TA

    SPECIALISED NETWORK SERVICES (SNS)

    1. Pembantu Pegawai Teknik

    Kekosongan jawatan-jawatan ini adalah terbuka kepada anggota-anggota Kumpulan TM (TM Group), saudara mara dan sahabat handai.

    Bagi anggota dalaman yang memohon jawatan Pembantu Pegawai Teknik di bahagian SNS, ianya akan dianggap sebagai pertukaran dan bukannya kenaikan pangkat. Bagi calon luar, perlantikan adalah secara kontrak.

    Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan tersebut adalah seperti fail-fail yang dilampirkan.

    Semua permohonan hendaklah dibuat melalui TM Online Recruitment, laman web pengambilan anggota TM di http://www.tmcareer .com.my

    Sebarang permohonan secara selain daripada yang tersebut tidak akan dipertimbangkan.

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 November 2008. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi atau menerima sebarang maklum balas dari kami dalam tempoh dua (2) bulan, adalah dianggap permohonan yang dikemukakan tidak berjaya.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi HR Helpdesk 1-800-88-9779 atau emelkan kepada hrhelpdesk@tm. com.my

    Sekian. Salam hormat

    “HAYATILAH KRISTAL KITA”

    t.t.

    IR ABDUL RAZAK HUSSIN
    Pengurus Besar
    HR Shared Service Organization

  3. C@h@Y@ Says:

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

    http://www.universitipts.com/

    Satu laman yang membuka peluang kepada penulis-penulis muda yang berjinak-jinak menerokai dunia seni penulisan.

    Yuran adalah gratis untuk kursus dan bengkel, dan bantuan daripada pihak penerbitan sangat menyamankan. Dalam kursus kendalian PTS, mereka akan mengajar kaedah penulisan yang baik serta mengkaji pasaran pembacaan di kalangan remaja, dunia pekerjaan, perniagaan, korporat, dan pelbagai lagi.

    aflah: ada org tnya pak samad said
    aflah: apa petua utk jd penulis yg bagus?
    aflah: pak samad jawab
    aflah: baca, baca dan baca

    Puan Ainon Mohd, Presiden, Universiti terbuka PTS, sangat baik dan suka membantu. “Lagi banyak kita tolong orang, lagi berkat,” pesan beliau.

    Cahaya : Yang mana baik, kita kongsikan.

  4. C@h@Y@ Says:

    Didoakan Kak Suri dimudahkan urusan dalam penerbitan karya terbaru beliau. (^;^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: