Jom Kerja! (Selangor)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Jom kerja di Selangor!

Saya lanjutkan emel dari Cik Zaniza bt. Tohar.

InsyaAllah, kerajaan di bawah Exco Pendidikan, YB Dr. Halimah akan mengadakan karnival kerjaya. (walk-in interview)

Jom Kerja!

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.selangor.gov.my/

YaQeen Ahmad : Kerja perlu dicari supaya masa terisi.

Peluang Kerja di PTS

PTS menjemput calon-calon yang berkelayakkan seperti di bawah untuk memohon jawatan kosong berikut :

1. Staf Kontrak di Jabatan Pemasaran PTS

2. Eksekutif Kawalan Kredit

3. Mencari Editor Fiksyen

4. Editor Perolehan (Pendidikan)

5. Editor Millenia Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://pts.com.my/index.php/karier/

YaQeen Ahmad : Berangan nak buat kerja sambilan, tapi garu kepala la… Kerja rumah (pelajaran) dah sedia berlambak…

Jawatan Kosong Lagi!
Jawatan kosong badan kerajaan, badan berkanun, dan swasta telah dikemaskini. Antara kekosongan yang ditawarkan :
1. AEON CO (M) Bhd 2009, KL (walk-in interview)
2. Bank Negara Malaysia (BNM), KL
3. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), KL
4. Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (PBBNJ), Johor
5. ASTRO
6. Majlis Daerah Kuala Selangor, Selangor
7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, KL
8. UKM, Selangor
9. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
10. Produa
Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://igotjobhere.com
YaQeen Ahmad : Mahu jadi pendidik yang boleh mendidik diri sendiri.
Dikirim dalam Promosi. Leave a Comment »

KERJA SAMBILAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Disalin daripada petikan emel.

Mula.

Salam Ayong, below are requested info about the part time job that i mentioned.. please be informed that this job need fast applicant..

Details
Job category          : Part time
Duration
: 2-3 days per week (after office hours 1-2hours)
Payment                   : RM1500 per month (negotiable)
Job specification   : anything from meeting co-ordinator to cleaning of meeting room
Placement                : Sunway Mentari
Additional info       : Possibly with own transport

Ayong, if any of your friends are interested, please contact me personally.

Ahmad Aizad Ahmad Shukor
HP- 0173574992

Tamat.

YaQeen Ahmad : Suka buat kerja sambilan. Tambah pendapatan.

Dikirim dalam Promosi. Leave a Comment »

Jawatan Kosong Untuk Semua

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

‘Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.’ Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya’Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya’.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a’lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.


YaQeen Ahmad : Akan isi borang juga.
Dikirim dalam Promosi. 3 Comments »

Wacana Ilmu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Assalamu’alaikum wrmt. wbth.

Warga Kolej Dar al-Hikmah &

Akademi Kajian Ketamadunan

menjemput
Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari
hadir ke:

Wacana Ilmu Siri I:

“Memperkasakan Bahasa Melayu

Sebagai Bahasa Ilmu”

Bertempat di:
Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,

Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor D.E

Tarikh:

19 April 2009 / 23 Rabi‘ al-Akhir 1430H, Ahad.


Masa:

8.00 pagi – 2.30 petang

Anjuran:

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah &

Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Aturcara: (terkini)

8.00 pagi – 8.30 pagi

Pendaftaran

Peserta dan jemputan mengambil tempat

8.30 pagi – 8.35 pagi

8.35 pagi – 8.50 pagi

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Ucapan Aluan

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil

Presiden Kolej Dar al-Hikmah

8.50 pagi – 9.30 pagi

Ucaptama

Dato’ Dr. Hassan Ahmad

Ketua Eksekutif

Yayasan Karyawan Malaysia

9.30 pagi – 9..45 pagi

Minum Pagi

9.45 pagi – 11.45 pagi

Wacana 1

Tema “Pendidikan & Kebudayaan”

1. Tn.. Hj. Ahmad Mohamad Said

(Ketua Eksekutif KDH)

2. Prof. Emeritus Abdullah Hassan

(Institut Peradaban Melayu, UPSI)

3. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan

(Akademi Pengajian Melayu, UM)

Sesi Soal Jawab

11.45 pagi – 1.45 tengahari

Wacana 2

Tema “Sains dan Teknologi”

1. Dr. Shaharir Mohamad Zain

2. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail

(Fakulti Sains, UPM)

Sesi Soal Jawab

1.45 tengahari – 2.30 petang

Penutupan Majlis & Bersurai

Makan tengahari & Solat Zuhur

LATAR BELAKANG

Dewasa ini, sistem pendidikan negara telah digoncangkan dengan bantahan oleh ramai pihak mengenai pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem ini dilihat gagal dalam meningkatkan penguasaan para pelajar dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Bahkan ada kajian yang menyatakan bahawa ianya telah memburukkan lagi kefahaman para pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah dan Akademi Kajian Ketamadunan akan menganjurkan satu sesi taklimat bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan bahasa Melayu dan sistem PPSMI. Sesi taklimat ini akan menjurus kepada persoalan pro dan kontra pelaksanaan sistem PPSMI ini. Penceramah yang akan dijemput merupakan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu PPSMI ini. Kupasan yang akan disampaikan penceramah-penceramah ini nanti akan menjadi maklumat yang amat berharga terutamanya kepada generasi muda yang akan meneruskan perjuangan memartabatkan pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF

1. Untuk memberikan maklumat-maklumat yang betul mengenai isu PPSMI kepada orang ramai.

2. Untuk membantu orang ramai mengetahui pokok permasalahan sebenar daripada pelaksanaan sistem PPSMI.

3. Untuk membuka minda orang ramai kepada perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan negara.

4. Untuk membuka minda orang ramai mengenai kepentingan menjaga integriti pendidikan di peringkat nasional.

5. Untuk menjaga maruah pendidikan negara.

MATLAMAT

1. Supaya orang ramai mendapat maklumat terkini mengenai isu PPSMI ini.

2. Supaya orang ramai mengetahui permasalahan yang diakibatkan oleh sistem PPSMI.

3. Agar minda orang ramai terbuka dan dapat turut serta dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam arus perdana di Malaysia.

4. Supaya orang ramai sedar bahawa persoalan pendidikan merupakan suatu persoalan yang sangat penting yang tidak sepatutnya di politikkan dan diganggu-gugat oleh kepentingan-kepentingan yang bersifat material dan individualistik.

5. Supaya maruah pendidikan negara tidak diganggu gugat oleh kepentingan-kepentingan lain yang bersifat politik dan individu.

YURAN PENYERTAAN

Terbuka kepada semua

RM10 seorang

Tempat adalah terhad, sila hubungi Sekretariat/ urusetia seperti di bawah:

Alamat Perhubungan Seketariat
Akademi Kajian Ketamadunan, Kompleks Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-8925 2392 (Cik Nur ‘Iffah@ Cik Khalidah)

H/p: 013-2693 765 (Cik Fathiah)

019-7049 772 (Pn. Halijah)
Faks: 03-8925 2477

Email: akademi_akk@hotmail.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Untuk penyertaan boleh terus hubungi Sekretariat
Semua dijemput hadir. Wassalam.

-Sekretariat Wacana Ilmu  Siri 1-


YaQeen Ahmad : Kena minta bantuan Ija untuk tunjuk arah.

Dikirim dalam Promosi. Leave a Comment »

Rumah Sewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Salamun alaik. Rakan saya sedang mencari teman serumah. Berikut adalah butiran ringkas.

Kemasukan

Jun 2009

Rumah

Alamat : Hug-8 Apartment Vista, Bandar Seri Putra

Ciri-ciri rumah :  Tingkat 1 (aras bawah sekali), 3 bilik, 2 bilik air

Kemudahan :

– Perabot lengkap, mesin basuh, peti ais, katil dan tilam, televisyen, dapur masak.

– 10 minit dari BBB (lalu tol Bangi-Bandar Seri Putra, 20 minit dari BBB (lalu jalan biasa), kolam renang, gimnasium, dekat dengan KUIS & USIM, berhampiran dengan kedai-kedai, dobi, dan klinik.

Bayaran : RM500/bulan seisi rumah. [tertakluk kepada bilangan penghuni. Bahagi sama adil (^_^)]

Keselamatan : parking berpelekat, ada pengawal apartmen.

Teman Serumah :

Gender : Muslimah

Maksimum : 5 orang sahaja

Fikrah : jemaah/fikrah islamik

Ciri – Ciri : tiada rekod jenayah, belajar/berkerja, peramah, ceria, mementingkan kekemasan dan semangat kekitaan, mesra dibawa berbincang.

Tema Rumah

– belum ada nama

– buat macam rumah sendiri…

– solat dan bacaan mathurat berjemaah

– kekemasan dan keselesaan adalah proriti

– memasak untuk harian

Perbincangan lanjutan, sila :

Hubungi : Ayong 013-7593200 (8-12 am sahaja).

YaQeen Ahmad : boleh dipanjang-panjangkan iklan ini. Terima kasih.

Dikirim dalam Promosi. 11 Comments »

Seminar Hala Tuju PPSMI dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Salam alaik dan selamat pagi. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mewar-warkan :

Seminar Hala Tuju PPSMI dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan

Seminar Hala Tuju PPSMI dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan

YaQeen Ahmad : Moga segala urusan dimudahkan. Amin…

Dikirim dalam Promosi. 1 Comment »

Mari Mengimarahkan Solat Hajat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Salam alaik dan selamat pagi semua.

Santapan bestari, mantapkan rohani.

Santapan bestari, mantapkan rohani.

Aqeen dan rakan-rakan serumah, InsyaAllah akan sampai di sana.

Aqeen berkata kepada diri sendiri, “Aqeen, sampaikanlah diri kita dekat dengan ilmu, insyaAllah ia akan memelihara kita dengan Pertolongan Allah daripada sebarang penindasan. Ilmu tidak sehebat harta, kerana bila kita terlalu taksub dengan harta, ilmu akan meninggalkan kita.”

Dikirim dalam Promosi. Leave a Comment »

Peluang Pekerjaan

LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

(Date Posted: 14 January 2009)

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Promosi. Leave a Comment »

Masyhurkan Dondang Dendang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Masyhurkan Dondang Dendang

Isi yang mahu disiarkan tidaklah seperti yang digambarkan oleh judul entri ini. Ianya kiasan semata untuk mempamerkan rasa mahu berkempen untuk mengingatkan sahabat-sahabat dan diri sendiri tentang peranan kita dewasa ini.

Walaupun anda mungkin tidak berkesempatan untuk menyertai demo-demo, membuat poster, dan agenda-agenda yang seangkatan dengannya untuk tujuan sokongan ke atas mempertahankan dan mendoakan keselamatan penduduk Palestin, tetapi kita masih ada ruang untuk memberi bantuan kepada mereka dengan cereka yang lain.

B O I K O T

Perkataan yang pendek, tetapi besar peranannya.

sd
B o i k o t.
ggg
Kuatkan Imanmu.
zxxzx
Ikhtiar membangunkan barangan buatan orang tempatan.

Individu seperti saya tidak terkecuali daripada menggunakan barangan-barangan seperti di atas. Contohnya :

– Maggi,

– Carrefour,

– Intel,

– KFC,

– Sunkist,

– 20th WHX.

Senaraikan dan cuba kurangkan penggunaan barangannya. Wallahua’lam.

T A B U N G   U N T U K   P A L E S T I N

scf
Derma melalui Nisa’ Serdang

Boikot! Satu Usaha Kecil

Sumber dipetik daripada : http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2464

———————————————————————————————

Terkini : 17 lagi terbunuh dalam serangan terbaru pada hari ke 10.
Contributed by gunxx on Monday, January 05 @ 23:35:00 MYT
Topic: Berita Semasa

Moga di Syurga tempatnya...

Moga di Syurga tempatnya...

Note:
sumber : http://www.imemc.org

penterjemah : gunx

Selasa ,06/01/2009 – Kementerian Kesihatan Penduduk Palestin di Gaza melaporkan tentera rejim Zionios telah menyerang Semenanjung Gaza pagi semalam dan mengakibatkan 17 rakyat Palestin terbunuh.

Kementerian berkata antara 17 yang terbunuh pagi ini adalah lima orang anak dari sebuah keluarga tujuh orang, apabila pejuang-pejuang jet rejim Zionis mengebom rumah mereka. Medik melaporkan bahawa ahli keluarga tersebut dibiarkan mati bersendirian kerana ambulans-ambulans itu tidak dapat mengambil mereka kerana kereta kebal rejim Zionis mengawal di situ.

Pada hari Isnin, kereta kebal rejim Zionis telah mengebom rumah milik Arafa Abed Al Dayim, membunuh empat orang mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang yang lain.

Sumber-sumber tempatan berkata, Abed Al Dayim telah terbunuh pada hari Ahad sebelum itu apabila ambulans yang beliau bawa telah diserang oleh tentera rejim Zionis. Warga Palestin berkumpul hari ini di rumah beliau bagi memberi penghormatan terakhir.

————————————————————————————————

Kekejaman Israel semakin berleluasa. Syukur saya panjatkan kerana muda-mudi kini sensitif dengan peradaban dunia yang bergolak lewat ini. Tahniah di atas pembinaan blog-blog yang menyuarakan perkembangan di Palestin yang semakin tertindas dek Israel. Saya sokong hapuskan Israel!

Boikot! Satu Usaha Kecil Tetapi Natijahnya Besar.

Saya juga terpanggil untuk menyahut seruan memboikot barangan-barangan yang asalnya dari Israel. Kalau tak mampu semua, cubalah berdikit-dikit untuk tidak menggunakan barangan jenama dari Israel. Ingat, mungkin sesen yang kita bayar adalah sebutir peluru yang menembusi adik-adik kita di Palestin.

Sementelahan itu, untuk membantu memperbaiki ekonomi negara, belilah barangan buatan Malaysia. Bantu peniaga-peniaga kecil, InsyaAllah usaha kita yang kecil ini dipandang Allah. Amiin…

Cahaya : Sayang kanak-kanak. Sangat tidak bertamadun bagi mereka membunuh sebuah keluarga tanpa rasa kemanusiaan.

Dikirim dalam Promosi. Leave a Comment »

Part Time English Teacher

E-mail dari Kak Iza Rawi, Nisa’ Serdang.

“Salam alaik,

Pada mana-mana rakan yang berminat nak ajar Kanak-Kanak Tadika (Korean Kid) – hanya seorang sahaja, secara part time – boleh respond email ni. Details seperti berikut:
Tempat: World English Language Academy (WELA)
Masa : 1.30 – 3.30 (Monday – Friday)
Student : Kanak-kanak tadika (Sorg je!)
Gaji : RM 50 sehari (kalau ade 2 – 3 org pun ok… blh combine2 hari)
Alamat: B-1-1, Plaza Prima Setapak, Jalan Prima Setapak Selangor
So, siapa2 yang kat UIA tu, nak buat kerja part time – ajar English….. sesuai sangat la.
K, kalau berminat, reply asap ye 🙂
Ape2 blh ctc no ni utk pertanyaan:
Puan Laila Pak Abdullah
012-3772685
Jzkk”
Cahaya : Ambil Kelas Bahasa Inggeris di UiTM Shah Alam Julai ni kalau ada rezeki.
Dikirim dalam Promosi. 2 Comments »

Kekosongan Jawatan

Salam alaik sahabat sahabiah semua,

Universiti of Kuala Lumpur

Universiti of Kuala Lumpur

Perhatian

UniklMFI mempunyai kekosongan jawatan bagi Pensyarah (pemegang Ijazah Sarjana) dan Penolong Pensyarah (pemegang Ijazah Sarjana Muda).

Sesiapa yang berminat, sila hantarkan resume sahabat dan sahabiah ke nurainulyaqeen@mfi.unikl.edu.my berserta surat permohonan (Application Letter, bertajuk : Application for the Post Assistant Lecturer (Mathematics)/ Lecturer (Mathematics) . Mestilah lengkap.

Antara kelayakkan yang diambil kira.

i) Pemegang Ijazah Sarjana Matematik dialu-alukan. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Matematik juga dialu-alukan dan digalakkan mempunyai perancangan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana.

ii) Mempunyai pengalaman mengajar, lebih-lebih lagi bagi subjek Kalkulus dan Aljabar.

iii) Jika anda bukan bekas pelajar jurusan Sains Matematik, sekurang-kurangnya mestilah pernah mengambil kursus bagi subjek Kalkulus dan Aljabar.

iv) Berdikari, beratitud sebagai tenaga pengajar, dan mudah menyesuaikan diri (ni saya yang tambah.. hehe)

v) Alamat UniKLMFI,

Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute,

Seksyen 14, Jalan Teras Jernang,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.


Minta bantuan sahabat-sahabat semua untuk mewar-warkannya kerana tawaran peluang mengisi kekosongan ini masih bersifat internal.

-Usaha Tangga Kejayaan-


Sekian, terima kasih.


Yang benar,

-penulis-

YKMYakin, Komited, dan Mesra

Dikirim dalam Promosi. 5 Comments »