Fikir-fikirkan…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Fikir-fikirkan…

Pada suatu petang yang sayup-sayup cuacanya, sementara menunggu janji temu dengan-Nya pada waktu Asar, benak tergoda untuk berpandangan jauh dari biasa. Berfikir…

Dendangan nasyid menjamah pendengaran… Kicauan burung, awan menari di langit biru, hamparan hijau mendamai mata… dalam khayalanku, desap desup terlintas…

Dosa atau Pahala?

Hidup atau mati?

Syurga atau Neraka?

Moga aku terus istiqamah di bumi yang penuh pancaroba ini…

YaQeen Ahmad : Kiamat sudah dekat, mati tak tahu bila… Tapi hidup mesti diteruskan…

Otak dan akal

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Otak dan akal

Satu orang, dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, 1 hidung, 1 mulut, 1 badan… Macam mana nak bergerak kerja dengan banyak benda? Sebab tu Allah kurniakan kita 1 otak untuk berfikir yang mencipta banyak akal… – (YaQeen Ahmad, Dis 2009)

YaQeen Ahmad : …

Update! Update!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Update! Update!

Banyaknya rencana setelah pulang dari kampung untuk lima hari yang lepas. Seterusnya agenda mengimarahkan adik-adik RuHis pula. Saya selit-selit ke  aktiviti di sekitar agendanya hujung minggu ini.

Menanda kertas peperiksaan belumpun siap lagi. Memang serabut sangat kepala ni. Satu minggu untuk diisi dengan perkara yang bertimpa-timpa. Rencana yang banyak ulang-aliknya. Bandar Baru Bangi-Bandar Seri Putra, UniKL MFI-UPM, Masjid Kubah Hijau-KUIS… InsyaAllah, pada Allah saya minta kekuatan untuk terus berjalan.

Sewaktu mengendalikan Program A-Achivers

Sewaktu mengendalikan Program A-Achivers

Pesanan untuk adik-adik RuHis, “Tidak apa berjalan. Walau lambat, sekurang-kurang kita bergerak. Jangan terus berhenti. Kita tidak akan dapat apa-apa.”

Hanya Satu Syahadah

Hanya Satu Syahadah

Alhamdulillah, terfikir juga dalam idea untuk mensuruti geledak di benak. Saya SMS seorang teman semalam. Di celah-celah sakit perut melanda akibat gastrik yang bukan kepalang, kami menganalisis satu perkara. Hendak kata masalah pun bukan, hendak kata bukan masalah pun bukan.

Apapun, kami akan merencanakan satu projek Mega pada tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, perbualan kami menerusi SMS itu mengurangkan gastrik yang ada.

Pesanan dari sahabatku, “Jangan lengahkan perkara yang baik, tetapi jangan pula terburu-buru.”

Haziq, Din, dan Luqman (AJK RuHis) datang dengan senyuman. Menyatakan agenda yang bakal ada pada hujung minggu depan. Ada dua agenda. Pertama, Iftar Perdana yang bakal diadakan di Dewan Besar. Kedua, Program Sembelihan pada keesokkan harinya. Terima kasih pada mereka yang sudi mengingatkan. Semacam PR saya pula.

“InsyaAllah saya datang. Jika saya terlupa, tolong ingatkan ya.”

Saya mendoakan dengan berkat Doa Rabitah, moga mereka disatukan hati dan dikuatkan semangat. Jalan dakwah memang berliku acapkalinya. Namun, itulah jua kemanisannya.

Adik-adikku, janganlah ada rasa pemilikkan. Bertemu kerana Allah, berpisahlah kerana Allah. Perkara yang kita ada semua pinjaman dari Allah. Redhalah bila Allah tarik sekejap nikmat (ukhwah) yang ada. Bersangka baiklah dengan Allah.

Kita doa agar kesabaran kita di dunia ini akan dibalas dengan sebaiknya di akhirat nanti. Redhakanlah pemergiannya supaya hati kamu menjadi kembali tenteram…

Buang rasa pemilikkan… Semua ini, Allah yang punya…

Pesanan SMS masuk di peti mesej. “Qeen ada waktu lapang tak hujung minggu ni? Cik nak datang petang Jumaat.”

Keluarga Makcik dari Kuantan berhajat untuk datang. Kelas tambahan sudahpun diletakkan pada waktu Ahad nanti. Nantilah, saya fikirkan.

Sekarang baru hendak belajar menselesakan diri dengan jadual yang ada. Pesan Ikram saya tangkap, “Boss, jangan workholic.”

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Sesibuk mana saya, Allah masih beri kesempatan kepada saya untuk tidak lupa padanya. (InsyaAllah..) Apa yang ditakuti adalah kalau-kalau kesibukan yang melanda, terus menelan ingatan kita pada yang Maha Pencipta.

Buat sahabat yang selalu mengingatkan, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Sebutlah selalu nama Allah dalam setiap hal. Moga-moga kita tidak mudah lupa.

Akhir sekali, buat adik-adik, sahabat-sahabat atau sesiapa jua, tidak lambat untuk saya ucapkan SELAMAT BERPUASA dan Selamat Mengimarahkan Ramadhan. UPDATE! UPDATE! Updatekan solat, updatekan penjagaan aurat, updatekan hubungan kita dengan sesiapa jua (Habluminannas).

Update diri kita supaya lebih mantop dalam merendahkan diri di sisi Allah.

Jom update!!!

Upgrade to be Up-to-date!

Upgrade Ibadah for to be Up-to-date!

YaQeen Ahmad : Update! Update!


Bersama Menuju ke SATU Faham…

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bersama Menuju ke SATU Faham…

Bila jauh sudut hati kita tersentuh, sentuhlah dengan iman. Manisnya terasa, pekat di dalam…

Manisnya terasa, pekat di dalam. Tambahkan istiqamah dalam medan. Mengajak rakan turut berjuang…

Mengajak rakan turut berjuang, lupakan perkataan PUTUS Harapan. Kita hendak tuju ke SATU Faham…

Maha Suci Allah, yang mendekatkan hati-hati kita untuk teruskan perjalanan.

YaQeen Ahmad : Ditujukan nukilan kasih sayang ini buat adik-adik RUHIS UniKL MFI.

Dikirim dalam Karya YaQeen. 3 Comments »

Kudrat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kudrat


Monolog…

Tiba-tiba kepala sakit. Sakit mencucuk-cucuk. Rasa mual datang. nak kata perut masuk angin, aku sudah sarapan pagi tadi. Kenapa ni? Sakitnya…

Bila masuk pejabat tadi, tengok emel… jadual sem depan dah keluar… Aku belek-belek.. jumpa! “Setiap hari ada kelas sehingga jam 3.30 petang, 5.30 petang, dan 6.30 petang.” Desis dalam hati, “Ok kot…” Padahal, hati aku warna kelabu…

Aku nak jadi awan putih

Punya hati yang bersih

Berenang di langit biru

Tanpa diganggu rasa kelabu

Tapi beringatlah

Terkadang hujan meringankan…

Muka 16, ‘Jangan Bersedih’, Dr. Aidh B. Abdullah Al-Qarni : “Membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.

Monolog…

Alhamdulillah, Allah turunkan kesibukkan…

Aku juga pencari rezeki...

Aku juga pencari rezeki...

YaQeen Ahmad : Graf motivasi, naik dan turun dengan mendadak kebelakangan ini.

Rindu seorang sahabat…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Rindu seorang sahabat…

Denting ini bergetar

Tatkala layar angan tertera wajahmu

Teringat episod kita bersama

Berkongsi suka dan duka

Terasa hembusan bayu

Menyinggah ke pipi

Menyapa lalu di ruang hati

Membawa khabar rindu sejati

Oh bayu,

Jika kau pergi

Bawalah rinduku sekali

Denting ini tak mampu lagi menongkah

Air mata yang kian berat terbendung

Akhirnya tumpah

Bergenang berlinang

Bersama nostalgia ceritawara

Bersamamu sahabat lama

Walau kita tidak bersua

Ingatan dan pesanmu kubawa

Semua perkongsian ukhwah kita

Kujadikan ia tangkal hebat

Untuk terus mara bersemangat

Dalam medan sedia ada

Duhai sahabatku…

Kataku, persahabatan kita ini

Ukhwahfillah

Ukhwahfillah

Persahabatan kepercayaan

Dan dikau membalasnya

Benarlah katamu itu

Kita ditemukan dengan kasih sayang Allah

Bertemu kerana Allah

Berpisah kerana Allah

Moga ukhwah ini berterusan

Atas landasan ukhwahfillah

Terima kasih sahabat…

Moga dikau bahagia


YaQeen Ahmad : Manisnya ukhwah…

Surat untuk Aqeen

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Surat untuk Aqeen

Salam alaik saudari Aqeen,

Dengar-dengar perkhabaran hatimu kini sedang goyah mempertimbangkan masa hadapan. Takut-takut hendak berhadapan dengan apa yang ada.

Ingat Aqeen, sekarang kita akan bergerak ke zon yang seterusnya. Kita kini di garisan permulaan zon jihad belajar. Oleh itu, tidak perlu takut kepada apa yang dikhuatirkan.

Usah risau soal wang, tempat tinggal, teman yang baik, makan dan minum. Itu semua Allah dah suratkan. Aqeen hanya perlu gerak, sedikit sahaja ke hadapan. Sedikit sahaja.

Rezeki bukan datang dari majikan kita Aqeen, tetapi Allah yang beri. Bukankah itu pegangan Aqeen dulu, sudah lupa ya? Sama seperti pegangan adik Aqeen kan, ‘Uyun. Cuba ingat balik.

Kalau Aqeen sangat merisaukan tentang masa, masa juga Allah yang beri. InsyaAllah Allah akan lapangkan. InsyaAllah Allah akan bantu Aqeen untuk membahagikan masa. Kalau Dia yang memberi, Dia juga yang berhak mengambilnya.

Jangan terlalu cuak untuk perkara-perkara yang tidak perlu. Orang yang berjihad ini, InsyaAllah murah rezekinya.

Cuba bahagi dikit-dikit. Buat yang termampu, dan jangan terlalu paksa diri seperti sebelum ini. Kita manusia, dilatih berkhidmat untuk manusia juga. Bukan kepada mesin yang tiada perasaan. Jadi, ada budi bicaranya. Aplikasikanlah budi bicara itu kepada diri sendiri juga, Aqeen. Aqeen boleh, percayalah.

Nafas ini pun Aqeen pinjam. Kena guna baik-baik Aqeen. Jangan salah guna dengan berputus asa dengan apa yang Allah beri. Sebaliknya, Aqeen cuba tengok teman-teman yang baik hati di sekeliling. Mereka semua sebenarnya sedang mendoakan perjalanan masing-masing agar dimudahkan Allah. Aqeen saja yang tidak nampak. Mungkin terlepas pandang. Jadi, berdoalah untuk diri sendiri.

Aqeen, tidak semua yang Aqeen hajatkan akan dapat seperti yang direncanakan pada masa tepatnya. Ia semua perlu diiringi dengan satu perkataan yang unggul iaitu ‘SABAR’. Itupun jika diizinkan Allah. Aqeen harus doa banyak-banyak. Hanya terus pandang ke hadapan.

Mulalah bergerak Aqeen dari zon selesa ini. Mulalah. Sebab, tiada mula, tiadalah akhirnya. Mulalah dan terus bergerak, jangan toleh belakang lagi.

Aqeen ada ramai teman yang baik hati di sisi, mak, abah, ‘Uyun, Azim, Anas, dan Fiqrah. Jangan pernah untuk takut bergerak kerana mereka semua menyokong Aqeen. Asalkan baik di mata mereka, InsyaAllah doa mereka mujarab untuk Aqeen. Tunjukkan contoh yang baik, Aqeen.

Ingat tak, dulu masa kecil-kecil, cikgu ada menyuruh kita buat satu karangan. Tajuknya ialah, ‘Bagaimana hendak membalas jasa mak dan abah’. Banyak sungguh Aqeen susunkan poin-poin tulus dari hati. Nah, Aqeen ada peluang untuk lunaskan itu. Teruskan Aqeen, jangan toleh belakang lagi.

Setakat di sini untuk hari ini. Ingat juga pada dua pesanan keramat ini. Yang pertama, pesan abah,  “Aqeen ada peluang, guna sebaik-baiknya.” Kedua, pesan mak, “Nak buat, buat sungguh-sungguh.”

Akhir kata, terus ke depan Aqeen, jangan toleh belakang lagi. Wallahua’lam.

Yang benar,

-Aqeen-

YaQeen Ahmad : Terus ke depan, jangan toleh belakang lagi.

Dikirim dalam Karya YaQeen. 8 Comments »

Aku manusia

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Aku manusia

Aku manusia

Aku manusia

Siapa Aku?

Aku adalah manusia

hanya manusia yang tidak hebat mana

aku pernah silap menelah

kerana cuba meletakkan diri di hadapan

jauh sekali di depan

hingga tak berjaya tahu khabar di belakang

aku jadi takut

takut-takut lupa

untuk jengah ke belakang

nyata aku melayu yang mudah lupa

terus aku letakkan diriku nun di belakang

jauh terperosok di sana

jauh dari pengalaman biasa

kononnya agar aku dapat memandang ke hadapan

namun cepat benar aku ditinggalkan

jauh ketinggalan dari orang-orang yang leka

aku injak diri mara sedikit

betul-betul selesa

cuba pastikan

aku kini berada di tengah-tengahnya

boleh pandang hadapan

boleh toleh belakang

aku akan jadi seperti tali pinggang

kuat di tengah-tengah

sangat berperanan!

aku mesti belajar dari kesilapan tadi

kerana siapalah aku…

11.52 am, 30 Mei 2009, Unit Matematik, UniKL MFI

YaQeen Ahmad : Terus berkarya.

Hadiah untuk diri

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Apa-apa yang datang itu antara hadiah daripada Allah atau dugaan kepada kita untuk diuji sebagai Hamba-Nya.

Every moment is a precious moment !

sedangkan perjalananku masih belum matang

ku lewati jua di sepanjang gigi kehidupan

mengecap tiap saat penghargaan

untuk diri sendiri

aku hadiahkan sebuah kesedaran

mengharungi realiti perjalanan

seumpama ayat

yang hanya perlu disusun dengan semangat

moganya aku senantiasa kuat

berterima kasihlah kepada siapa pun jua

yang menghiasi citra perjalanan

walau pedih walau ria

dek kerana itu pengalaman

dan usah berharap tinggi-tinggi

kerana pengharapan yang lestari

adalah hadiah daripada Ya Rabbi…

Dibisik ke hati, “Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keimanan kepada-Mu, dan matikanlah aku dalam keimanan kepada-Mu jua.”

YaQeen Ahmad : kebahagiaan itu ada pada saatnya…

Dikirim dalam Karya YaQeen. 2 Comments »

Arca ‘Chenta’ 2

Arca itu kilat

Masih terlihat kilaunya

Terserak rasa chenta yang buta

Menyilaukan mata menembusi retina

Hati detik berdetap

Cemburu kerana chenta menyentap

Tiada satu pun chenta yang tepat

Semuanya berceretek memancung ingat.

YaQeen : Aku tidak percaya chenta, maaf!

Clank But Hash

Clank But Hash

The juices make I feel so fresh

Even the sphere hashed

Heart spontaneously crushed

With a bang

To the boles and it hanged

It left a clank

I suddenly blank!

Thru that holes

It’s clearly blurness

Where I dunno

What’s the name of that soul

Which get into my business

Ouh, is this have a goal?

Yes! With ain’t hopeless

So, I’ll step forward gingerly

With my smiley in the humility

Because there’s no guarantee

Peace No War! (~_^)

YaQeen : My first poem written in English.

Maaf

Maaf,

Maaf,

Maaf,

Aku maafkan diriku sendiri…

Tiada kata,

untukku lafaz tiada maaf bagimu…

YaQeen : Maaf itu sunnah nabi Muhammad s.a.w, Aqeen.

Dikirim dalam Karya YaQeen. 9 Comments »

Monolog

Dah lama tak pergi jalan-jalan, mendengus sendiri di dalam hati. Cuaca mendung. Bunyi guruh bagaikan berlawan dengan kumandangan pembesar suara di sisi monitor aku yang sedang mendongak ini.

Ahlan Bina memecah kesunyian bilik Pre-France. Beberapa anggota kumpulan Far East sudahpun mendirikan rumahtangga, namun populariti mereka tetap sama. Lagu tetap kedengaran di corong-corong pembesar suara menemui peminatnya.

Mendung dah luruh. Guruh dah surut. Namun bertukar kepada kilat dan petir. Aku kaget bila ia berdentum buat pertama kali. Tapi, tiada perkataan “opocot!”.

Keseorangan menunggu waktu untuk keluar dari pejabat. Menahan takut hati dan cuba mempamerkan muka selamba. Bahawasanya aku takut guruh, kilat, dan petir! Hati rasa digegar-gegar. Ouh!

Bukan membelakangkan ketakutanku pada Ya Rabbi. Namun itu sifat manusia biasa. Ada rasa atau frasa yang dinamakan takut. Bukankah begitu? Kudrat dijerkah bunyi yang berdentum-dentam belumpun kuat.. Ingat Allah, InsyaAllah rasa itu akan luntur.

Allah faham aku. Allah faham semua makhlukNya. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Bukankah begitu? Ya. Jawapan yang pasti.

Bila terasa payah, saat dilontarkan semua perasaan, Allah Maha Mendengar. Saat dilontarkan semua keberatan, akan ada rasa keringanan. Cuma minta pada-Nya. Bukankah tidak susah para sahabat? Ah… leganya… Allah Mengar semuanya. Allah tahu apa yang aku tidak tahu.

Terima kasih Ya Allah! Alhamdulillah… Segala pujian hanya bagi-Mu.

Aku kuatkan lagi pembesar suara. Walaupun guruh sudah hilang. Mungkin ia ke Dengkil. Barangkali. Rasa selesa melodi marhaban menusuk ke halwa telinga. Kuatkan lagi.

Pandangan seterusnya kulayangkan ke luar jendela. Ia menerobos jauh, terbenam hingga ke bangunan sebelah. Hujan selebat-lebatnya dah berhenti.

Terima kasih Ya Allah kerana turunkan hujan pada petang ini. Mungkin ada kucing yang kehausan dapat menghilangkan dahaganya dengan nikmat-Mu ini.

Esok, kami sekeluarga Al-Hamra’ akan berangkat ke Teluk Kemang. Ya Allah, peliharalah adab kami di sana nanti. Ya Allah, berikanlah kami yang baik-baik sahaja dan elakkanlah perkara-perkara yang tidak baik.

Percutian bersama sahabat pada tahun ini di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Semoga yang indah-indah sahaja terdampar di hati kami. Seindah pelangi yang bakal menyusul setelah berlalunya hujan petang ini. Amiin…

6.30pm, Pre-France Collaboration Room.

Penghargaan Buat Teman

Penghargaan Buat Teman – YaQeen

Thank you!

Terima kasih!

Awan mendung
Sarat kelabu tunggu jatuh
Hati aku mula sugul
Kerana aku takut hujan
Takut bunyi guruh
Takut nampak petir
Engkau hanya senyum
Meletakkan tanganmu di atas kepalaku
Rintik-rintik sudah datang
Aku lega
Harap-harap guruh dah tiada
Tapi rupanya kilat yang sampai
Aku takut
Engkau hanya senyum suruh aku bersabar
Hujan semakin lebat
Sambil melintas jalan
Ada yang memayungkan aku
Aku mendengus terpaksa redah becak
Engkau hanya senyum
Suruh aku bersabar lagi
Hujan mulai reda
Aku dongak ke langit
Langit mulai cerah
Menampakkan pelangi yang berwarna-warni
Hati aku membunga
Aku tak takut lagi
Malah sudah boleh berlari
Mengejar rama-rama sambil menari-nari
Tapi…
Aku takkan lupa
Kawan yang melindungi hatiku dari tadi
Ayuh kita kejar mentari pula
Mengakhirkan cerita dengan senyuman
Ayuh teruskan perjalanan


Sabtu

Peperiksaan di UniKLMFI belum selesai. Hari ini aku berkerja lebih masa. Berteleku sekejap, ada idea untuk zahirkan apa perasaan aku sekarang ni sebagai satu lakaran sajak di atas. Penghargaan buat teman yang begitu ambil berat dan sensitif dengan persekitaran dan rakan-rakan.

Semalam ada insiden kecil yang berlaku. Membuatkan aku berderau darah dan sedikit trauma. Tidak begitu serius tapi cukup membuatkan tangan menggigil dan muka pucat lesi. Nak ketuk dahi pun tak berguna. Kemalangan kecil itu telah melukakan ‘unta kecilku’. Kesian dia. Bila la pula dapat membaiki.

Terima kasih / syukran / thanks / merci beaucop / kesuwon / xie xie

Aku ingin berterima kasih kepada rakan-rakan maya terutama sekali para chatter di YM, rakan serumah, officemate, dan kawan-kawan lain yang kukhabarkan. Cukup lega bila ada yang membantu meringankan perasaan yang kusut dan sedih semalam.

Maklumlah, pertama kali melanggar kereta orang.

Muhasabah

Bukankah hidup kita ni umpama roda? Selalu di atas, selalulah di bawa. Kadangkala di atas, kadangkalalah di bawah. Kita akan melalui pelbagai kejayaan dan kenangan manis. Namun tanpa kegagalan atau rasa kecewa, kita pasti kurang merasakan nikmat berjaya yang optimum.

Oleh itu, perasaan stress semalam cuba aku positifkan dengan memikirkan akan ada sesuatu yang manis selepas ini. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, InsyaAllah.

Rezeki

Pendeknya, semalam mungkin kekesalan buat aku. Namun ia menjadi rezeki kepada yang lebih memerlukan. Upah yang dihulurkan untuk membaiki kereta nanti mungkin sekali dapat mengenyangkan anak kecil di rumah yang perlu makan, pakai, dan keperluan ke sekolah. Hati aku menjadi lega apabila memikirkannya. Rezeki masing-masing.

Cahaya : Terima kasih kepada Bangah yang sudi memberi bantuan. Walaupun jauh di Subang, InsyaAllah Ayong sanggup sampai sebab boleh dapat harga jauh lebih murah! Untung ada kawan punyai bengkel kereta (^;^)!

Lemahkah Wanita?

KATA LELAKI : “WANITA ITU LEMAH”


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..

besar  perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …

kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika  terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud…
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH  S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat  MELIHAT,
Tak guna
Ada HATI kalau tak tahu MENILAI….

Cahaya : Seorang pemendam yang sedang belajar cara berterus terang.

Andai salah tidak bertingkah,

Asal bahagia dan harmoni selalu.

*** dipetik daripada emel.

Dikirim dalam Karya YaQeen. 5 Comments »