Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Suatu tika dulu...

Suatu tika dulu...

Suatu tika...

Saya rindu tim Nisa’~ Rindu mesyuarat~ (^_^) Harap semua sejahtera. Doakan Aqeen dimudahkan dalam urusan belajar. Moga dengan berkat Doa Rabitah yang dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, ukhwah silaturrahim kita berkekalan hingga ke Syurga. Jumpa di sana sahabat-sahabat Nisa’ku…

YaQeen Ahmad : Di sini kenangan indah tercipta…

Advertisements

Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Cerita pada hujung minggu

Pada hujung minggu lepas, emak, abah, atuk, Fiqrah dan Anas datang ke rumah kami, menjenguk anak dan menantunya.

Alhamdulillah, semua dalam keadan sihat belaka kecuali Anas yang masih perlu diberi perhatian pada tahap kesihatannya. Mujur emak adalah seorang jururawat keluarga yang baik dan efisien. Anas bertuah!

Hujung minggu lepas juga, saya cas semula bateri rindu keluarga hingga penuh buat bekalan hari-hari mendatang.

Semoga hari-hari seterusnya saya dapat menguruskan perihal keluarga sendiri dengan lebih baik lagi. Daripada dua contoh terdekat dan terbaik dalam pengurusan keluarga, “Datin CTJ” dan “Mama Mia”, saya perlu banyak belajar daripada mereka.

(^_^)

Doa

Ya Allah, I’m still trying to manage my time wisely. Please give me strength, Allah…

::: Household chores + Work + Study :::

Ya Allah, serapkanlah semua sifat malasku ini ke laut yang dalam. Dan serapkanlah supervitamin rajin ke saluran darahku agar ia memberikan keefisienan yang optimum.


YaQeen Ahmad : Ada “backbone” yang kuat menyokong segala perjuangan yang berada di hadapan.

Austin Steak Seksyen 7, BBB

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Austin Steak

Tidak tahu kenapa terpanggil untuk menulis entri ini. Dalam kesibukkan dan banyak benda perlu dibereskan, jari-jemari ini mahu meluncur laju menekan kekunci untuk mencatat sesuatu.

[Hilangkan sekejap perkataan FOKUS… (^_^)]

Tekak saya masih terasa-rasa hidangan makan malam semalam.

Memang antara hobi lama dan masih lagi sampai sekarang, saya suka mencuba rasa masakan di tempat-tempat makan yang belum di’terjah’. Asalkan ada testimoni dahulu. Kalau baik, apalagi? Meh la cuba kan?

Alang-alang En. Suami mahu membelanja (selalu memang diapun yang belanja) makan malam sempena hari jadi semalam, saya pun seperti biasa, merancang plan B @ plan C sekiranya plan A tidak menjadi.

Jam 8.30 malam, pabila sampai ke tempat yang dirancang, nyata kami berdua sepakat mencari tempat makan lain. Mungkin perasaannya lebih kepada rasa tak berbaloi untuk ke situ.

Dalam kerangka akal, sudah ligat berputar-putar untuk mengajak En. Suami makan di suatu tempat.

Terbaca di blog Kak Rozlin, terliur rasanya mahu ‘pekena’ steak. Memang dah lama tidak meratah daging-daging panggang bersos barbeku lada hitam. Paling akhir, seingat saya mungkin pada 3/4 tahun lepas.

Dengan bantuan info daripada Kak Rozlin, akhirnya sampai juga di sana, di Austin Steak, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Hidangan saya ialah Lamb Legs Steak dan air bali suam dan En. Suami memilih Fillet Steak, French Fries, dan air limau nipis suam. Banyak lagi pilihan daging-daging panggang yang ada. Menariknya, sos barbeku lada hitamnya sangat sedap!

Terima kasih En. Suami kerana membelanja makanan kegemaran saya kali ini. Ada masa nanti, bolehlah En. Suami belanja lagi ya~ (^_^)v

Austin Steak di penjuru bangunan

Dinding Restoran Austin Steak

Dinding Restoran Austin Steak

Ini Beef Steak. Rupanya lebih kurang sama dengan Lamb Legs Steak.

Ini Beef Steak. Rupanya lebih kurang sama dengan Lamb Legs Steak.

Pemandangan dalam restoran

YaQeen Ahmad : Makan sampai licin!~

Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

Darjah 24 ke Darjah 25

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Darjah 24 ke Darjah 25

Cik Puan Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad

” Naik satu darjah umur. Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan daripada Allah s.w.t. untuk menjalani hari-hari mendatang dan terpelihara keimanan. Semoga diri kerdilku ini dipandang Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Dan semoga amalku, hidupku, dan matiku di dunia ini berada¬† dalam keredhaan En. Suami, ibu-ibu, bapa-bapa, adik-beradik, dan sahabat-sahabat yang mengenali. Saya minta ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap selama antum mengenali diri ini. (^_^)v”


YaQeen Ahmad : Hadiah hari jadi yang terbesar pada tahun ini adalah 1) En. Suami, 2) Keluarga Abah Nasoha yang ramai 3) Keluarga Abah Mad yang semakin ceria 4) Doa daripada yang mengenali diri ini. Terima Kasih Allah!~ Seronok-seronok!

Bunga-bunga Cinta

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Buih-buih CINTA

Anak-anak Ahmad

Buih-buih Kasih Sayang

5 Feb 2010, Seusai Majlis Berkhatam

6 Feb 2010, Cinta Hati YaQeen Ahmad

13 Feb 2010, Hijau sehijau hati kami.

YaQeen Ahmad : Dulu bertujuh, sekarang berlapan. (^_^)

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

Episod 5 : Lafaz Ajaib

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Episod 5 : Lafaz Ajaib

“Aku terima nikahnya, Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.”

Just a sentence…” Bait inilah yang berlagu sekejap dalam sarat dada saya saat kedua-dua saksi mengangguk dan mengesahkan lafaz ijab dan kabul antara Abah dan suami. Terasa sungguh ajaib, dengan satu ayat sahaja, raja di hati saya telahpun beralih jawatan tersebut.

Air mata memang tidak terbendung lagi. Tidak tahulah, apa yang harus ditangiskan, tapi ia berlinang tanpa disuruh.

Perasaan menjadi lega dan gembira melihatkan semua orang pun gembira. Hati ini juga gembira, sedar Allah telah memberikan saya peluang dan platform untuk saya tingkatkan ibadat melalui perkahwinan juga selain daripada yang lain.

Syukur, Alhamdulillah…

Semoga pernikahan ini menjadikan kami semakin dekat dengan yang Maha Pemberi Kasih dan Sayang...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca dan sahabat-sahabat yang mendoakan kami dan perjalanan majlis perkahwinan kami di Taman Bukit Mutiara dan Kg. Pt. Jambol pada 6 Feb dan 13 Feb yang lepas.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada yang sudi hadir, tak kira datang dari jauh mahupun dekat. Kehadiran antum dan doa-doa kalian amat kami hargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas selayaknya.

Ucapan istimewa kepada ahli keluarga di Taman Bukit Mutiara dan Kg. Pt. Jambol, terima kasih kerana menjadi tulang belakang kepada majlis yang diadakan. Segala persiapan dan perancangan ahli keluarga amatlah kami hargai. Terima kasih banyak-banyak.

Buat suami tercinta, terima kasih menerima diri ini seadanya. Tiada yang istimewa, hanya Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad seadanya yang tidak pandai bermain kata…

YaQeen Ahmad : Bahagia meniti hari-hari…

-Tamat-

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

Episod 4 : Debaran Bermula

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Debaran Bermula

Seawal jam 6 pagi, saya sudah bangkit dari tidur. Seusai solat, saya alunkan Surah Al-Waqiah, surah kegemaran saya. Saya tarik nafas dalam-dalam seperti selalunya untuk tenangkan diri. Berkali-kali mengingatkan diri sendiri, “Hari ini, aku akan jadi isteri orang.”

Saya keluar dari bilik dengan senyuman. Ketika ini, keyakinan sudah bertambah dalam. Saya sudah yakin dengan langkah yang diambil. Inilah pilihan saya sendiri… Akhirnya… Terdetik juga ia di pangkal hati.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ceritawara. 3 Comments »