Mawar Berduri 3

Mereka berdua bersalaman dan berpelukan seusai solat Isya’ berjemaah. Mawar mengusap ubun-ubun Raudhah.
Bagai anak kecil dipujuk, Mawar menuturkan kata dengan lembut, “Raudhah tak baik kau pendam saja. Nanti fikiran terganggu, susah pula kau nak buat ulangkaji. Peperiksaan akhir semester tinggal seminggu saja ni.”

Baca baki entri ini »

Mawar Berduri 2

Mawar Berduri 2

Mawar Berduri 2

Telefon bimbitnya berdering. Mawar menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kenapa tak mahu angkat? Merajuk?”

Raudhah mengeluh, “Bukan merajuk.”

Selepas memberi signal ke kiri, Mawar membelokkan keretanya menghala ke Petronas yang sudah 200 meter di hadapan. Dia bertanya lagi, “Habis tu, kenapa?”

Baca baki entri ini »

Mawar Berduri 1

Seindah Mawar Berduri

Seindah Mawar Berduri

Suasana di fakulti mula sunyi sejak jam sembilan malam tadi. Selang sejam, kelihatan Pak Guard meronda di sekitar blok jabatan-jabatan di dalam kawasan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Raudah yang sedang mengelek buku terjengket sedikit apabila cuba membuka pintu kereta. Tiba-tiba buku-buku yang baru dipinjamnya petang tadi  jatuh bertaburan kerana kedudukannya yang tidak stabil.

Baca baki entri ini »

Biarlah Aku Mawar Berduri

Mawar Putih

Mawar Putih

Tika anak mata menyinggah ke laman I Luv Islam, saya terberhenti memandang satu imej yang comel dan punyai mesej ringkas ini. ‘jadilah… mawar berduri’, dan timbul idea di benak ini. ‘Biarlah aku mawar berduri…’. Terdetik dalam hati, begitulah saya mensinonimkan diri sendiri sekarang.

Mesejnya ringkas juga. Saya insan yang kerdil, tidak mampu menyenangkan hati semua orang dalam masa yang serentak. Barangkali separuh berpuas hati dengan tindakan saya, mungkin segelintir tidak. Apa usaha yang mampu, saya cuba sedaya upaya untuk gembirakan insan di sekeliling ini. Apa yang penting, saya mencuba. Hasilnya saya serahkan kepada Allah s.w.t.

Tambahan lagi, tidak harus kita cepat kecewa apabila keputusan yang kita buat berpotensi mengecewakan sesetengah pihak. Cuma pesan saya untuk diri sendiri, sampaikanlah keputusan itu dengan hemah dan sopan seperti mana yang dianjurkan Islam.

Itu lebih baik daripada saya meletakkan target nun tinggi di sana untuk penuhi semua kehendak manusia, nanti tidak tercapai, saya yang sendirian kecewa. Abah kata, “kita mesti ada jatidiri!” itu benar kan?

Adakah kita punya jatidiri?

Jatidiri diri bukan kita harus ceduk daripada orang lain. Kita harus terokainya sendiri. Lebih dalam kita mengenali diri sendiri, lebih tahu untuk pilih yang mana satu tindakan bernas. InsyaAllah, Allah lorongkan. Mudah-mudahan…

Namun setiap perkara ada batasnya. Jika terlalu memandang kepada jatidiri sendiri tanpa menoleh orang lain, tanpa ada rasa rendah diri dan rasa diri sangat bagus, nanti dikata ego dan perasan bagus pula. Nah, saya mesti hati-hati. Letakkan diri dalam keadaan sederhana.

Fikirkan begini, kalau saya bagus, ada lagi yang lebih bagus daripada saya. Kalau saya lemah, mungkin ini bukan masanya untuk Allah berikan sesuatu yang saya kehendaki.

Saya ambil kesimpulan, tidak semua keputusan itu menyenangkan. Malah kadang-kadang ia tercalar kepada diri sendiri. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Jadi berlapang dadalah. InsyaAllah Allah redha. Dia Maha Penyayang. Fikirlah begitu berulang-ulang kali. InsyaAllah, akan ada rasa lega yang menyusuli.

Secara tuntasnya, sebarang keputusan yang ingin dilakukan, mintalah izin kepada Allah dahulu. Kerap mulakan perlakuan dengan Bismillah dan mintalah kepada Allah agar segala tindak-tanduk kita di bawah perlindungan-Nya. Walaupun ingin mengklik ‘Update Post’, bacalah “Bismillah…”.

Cahaya : Buat masa ini, tiada keputusan untuk difikirkan (^^,).