Bekam Lintah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bekam Lintah

Lintah

Lintah

Lewat petang semalam, selepas waktu pejabat, saya mengajak Zatia, rakan setugas ke As-Syifa di Seksyen 15, BBB.

Tujuan kami ke sana adalah untuk melegakan urat-urat saraf yang ternyata tegang kerana khusyuk berkerja kebelakangan ini. Maklumlah, musim peperiksaan ni memang agak sibuk sedikit walaupun tiada kelas.

Sempat juga berbual-bual dengan makcik Yah dari Surabaya, perawat tradisional dalam bahasa Jawa. Cakap-cakap saya yang pelat memancing tawa juga antara kami.

Antara perkhidmatan lain yang disediakan ialah :

Pusat Rawatan Tradisional As-Syifa

1) urut tradisional seluruh badan (1 jam) – RM 60
2) urut separuh badan (30 minit) – RM 30
3) urut anggota setempat (20 minit) – RM 25
4) pemeriksaan kesihatan – RM 5
5) rawatan bekam (2 cawan) – RM 30
6) rawatan resdong – RM 30
7) rawatan holistik – RM 5
8) penyeri wajah/ berat jodoh – RM 30
9) rawatan hikmah (3 kali rawatan) – RM 300
10) kaunseling – RM 15
11) sauna herba (30 minit) – RM 15
12) Reflexiologi (1 jam) – RM 40
13) kuliah rohani (per sesi) – RM 20
14) kursus rawatan tradisional – RM 3500
15) rawatan penambahbaikan tenaga batin lelaki – RM 100
16) rawatan pemulihan tenaga batin lelaki (3 kali rawatan) – RM 540

Sedang saya menunggu giliran, saya terbaca sebuah paparan mengenai¬† ‘bekam lintah’ yang disiarkan di suratkhabar. Terdetik di dalam hati, “Rasa-rasa macam menariklah!”

Malam itu, sementara menunggu waktu Isyak, saya terus menelefon As-Syifa dan membuat temu janji. Rasa macam dalam rancangan ‘Fear Factor’. Saya sendiri tak percaya yang saya ke sana seorang diri. Selalunya memang kena berteman. Menjerit juga saya bila lintah mula diletakkan di atas muka.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya ada pengalaman berbekam lintah. Seronok!

YaQeen Ahmad : Things getting better (^_^).

11 Respons to “Bekam Lintah”

  1. irhafiz Says:

    Pasal berbekam lintah..

    Bagaimana kesannya sekarang?
    Boleh kongsikan manfaat berbekam tu kepada kita? (Manfaat kepada lintah adalah kenyang)

    Boleh detailkan sikit alamat tempat urut as Syifaa’ tu…

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Baru sehari.. Kesan keseluruhan belum ada lagi. Ada rasa lega sakit kepala. Kelihatan darah berwarna merah gelap keluar dari lintah sejurus selepas lintah dikenakan garam. Darah kotor tu, banyak asid yang menyebabkan fungsi badan tidak baik. Hohoho…

    Mungkin sekiranya kita berbekam dengan aturan masa yang rutin, insyaAllah nampak kesannya.

    Lintah selalu diletakkan di tempat yang bermasalah. Jika ada resdung, jerawat, dan migrain, letaklah di muka atau kepala.

    Dan yang lain-lain, sesuailah di tempatnya.

    Tempat, bersebelah petronas, Seksyen 15 Bandar Bandar Baru Bangi. Mudah saja, keluar dari tol bangi, ambil jam 12 di bulatan pertama, seksyen 15 di kanan jalan.

    Tempat rawatan amat selesa dengan harga yang berpatutan.

    No telefon :03-8922 1523

    Wah, seperti juru runding pula ni.. (perasan!)

  3. 'uyun Says:

    bekam pacat tak dak ka?

    tak pun bekam ular?

  4. YaQeen Ahmad Says:

    haish.. ngarut~

  5. TaRoTiTo Says:

    saya dah wat bekam lintah kt PWTC tadi…
    nak pengsan bila toke lintah tu tunjuk lintah yang nk digunakan…
    kerana ketakutan dan kegelian saya cuba untuk melengahkan masa dengan bertanya kan soalan pada toke tu… ‘Ni lintah jantan ke betina’….
    Disebabkan takut lintah tu masuk dlm telinga, so saya pun amik earphone hp sumbat dlm telinga… berpura2 dgr lagu la kononnye… Tobatla lain kali xnk wat dah….

  6. YaQeen Ahmad Says:

    (^_^) Ait?! Macam tak percaya, rupa gagah… geli juga yer… Buatlah selalu. Baik untuk kesihatan. Tapi mahalkan…

  7. TaRoTiTo Says:

    hahahah gagah ke rupa ni… (saya tersipu2 malu…hahahaha)
    ui sangat fobia dengan serangga dan sepesis2 yg sewaktu dengannye semenjak termakan kari berlaukkn lipas semasa form tu di maktab PDRM dulu…hahahha ngerinyeeee….
    Kerana aritu ade promotion di PWTC sempena karnival kerjaya….maka dptla 3ekor lintah berharga rm 20 sahaja…

    Dan hasilnya muka ini kelihatan lebih gagah agaknye….(lepas baca komen tu baru perasan gagah….hahahha)

  8. hisham Says:

    Saya buka pusat bekamlintah.net di Bangi. kalau berminat datang le. 0133197008

  9. YaQeen Ahmad Says:

    InsyaAllah jika ada keperluan. Terima kasih kerana mengkhabarkan.

  10. Hisham Says:

    Update info..laman web terkini ialah http://www.bekamlintah.com terima kasih

  11. Pakar Bekam Lintah Says:

    Pakar bekam lintah klinikal di Pantai , sila kunjungi kami..layari web kami http://www.theleechmiracle.com, blog http://www.leechmiracle.blogspot.com, dan kedai online kami untuk pakej promosi http://www.kedaibekamlintah.com.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: