Awalul Kalam…

Salamun alaik buat blogger,

Erti Bahagia Bila Berkongsi

Bahagia ada pada saatnya...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana akhirnya dipertemukan dengan satu medan yang boleh menjadi ruang untuk saya mencambahkan kreativiti dan berkongsi ilmu.

Bermula dengan dikit-dikit membaca wadah informasi di weblog-weblog sahabat, saya kini turut terpengaruh untuk mengikut jejak langkah mereka yang positif ini.

Saya bukanlah seorang ulat buku yang sanggup berjam-jam mengadap bentuk-bentuk tulisan. Bahan bacaan dengan kandungan yang padat buat saya muak untuk meneruskan bacaan. Itu kelemahan saya dahulu.

Namun, kini dengan hanya men’klik’ kan tetikus, saya sudah boleh menerjah berjuta-juta bahan bacaan dengan persembahan-persembahan yang berbeza.

Weblog saya sendiri bukanlah bermotifkan sesuatu yang serius, padat, longgar adat tulisannya dan sahaja suka-suka. Ia lebih menjurus kepada suatu medium bacaan yang santai, namun masih mengekalkan konsep pembudayaan ilmu.

Diskusi, pendapat, hujahan, dan debatan, memang cabang yang diperlukan dalam mengisi weblog ini. Syukur Alhamdulillah, saya dianugerahkan Allah suatu rasa ingin tahu yang mendalam. Tahu adalah lebih baik daripada tidak tahu. Akhirnya, perkara yang saya tidak gemari menjadi suatu pengisian dalam perjalanan hidup ini.

Tambahan lagi, walau apapun juadah bacaan yang kita terima, mulakanlah dengan Bismillah supaya ilmu dan mesej yang diperlukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah.

Pembikinan weblog ini juga khas buat Mama dan Abah yang tersayang, En. Ahmad bin Sarju dan Puan Siti Jariah binti Jazuli.

Turut tidak ketinggalan, buah hati – buah hati saya iaitu Nurul ‘Uyun binti Ahmad, Nur Azim Fahada bin Ahmad, Muhammad Anas Kamil bin Ahmad, dan Nur Fiqrah Khaleesa binti Ahmad.

Terima kasih semua kerana menceriakan hidup ini.

Diharap para blogger dapat sesuatu daripada apa yang saya persembahkan di sini. Wallahua’lam…
YaQeen Ahmad : Bahagia ada pada saatnya…

26 Respons to “Awalul Kalam…”

  1. YieNsaib Says:

    Web yang comel… menarik dan sungguh tertarik!! (.^_^.)

  2. Tsuwaibah Says:

    Asssalamualaikum….

    Buat Aqeen, tahniah atas blog yg warnanya ija yaqeen kak tikah suka dan pokok2 yag comel yg jadikan hazz pun pasti suka.=) dan Pastinya ija suka blog ni…Mabruk aalifan ilaiki ya ukhti (Seribu Tahniah buat dirimu wahai saudaraku!!)

    moga dengan permualaan yang baik ni mencambahkan idea dan perkongsian ilmu yang bermanfaat utk kita semua…

    salam penuh jaya buat dirimu utk hari mendatang dan seterusnya…

    mg terus dalam rahmat dan redha Allah hendaknya..

    Al-Hamra terus dalam kenangan selamanya…….

    Wassalam

  3. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Al-Hamra adalah antara yang termanis dalam hidup aqeen. Dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat membimbing dan mendorong aqeen ke suatu perkara positif, sangat aqeen syukuri kepada hadrat Illahi. Alhamdulillah Allah pertemukan aqeen dengan Al-Hamra. Rumah pinky (warna favourite) yang banyak mengajar erti sahabat dan hidup.

    I love You guys Ever After. Semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat…

    Aqeen – Ija – K. Tikah – Hazz – K. Hawa – K. Fiza – K. Ayu – Farah – Jimah – K. Kinah – Put (Al – Hamra 20072008)

  4. YangBaikYangAdil Says:

    Salam ukhwah.

    Cantik la blog Aqeen. Di penuhi kehijaun. Sedap mata memandang. Very informative. Tahniah di atas kejayaan Aqeen. Setelah sy lihat blog Aqeen, sy mendapat ilham.

  5. Khairul Adli Says:

    Salam Aqeen.

    Nk tnya skt, nape pic sy cmtu jer? Xleh pilih ke? Huhu. Lg satu sy nk minta bantuan aqeen. Leh?

  6. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Sebab Adli tak register as a blogger. xleh pilih. InsyaAllah setakat di dalam kemampuan Aqeen, Aqeen bantu. (^;^)

  7. C@h@Y@ Says:

    Ada banyak-banyak cerita
    Untuk dikongsi buat ketawa
    Ada sedih dan ada duka
    Cerita sekadar di sini sahaja

  8. ADLI Says:

    Saya rasa blog Aqeen lebih menarik kalau ada widget My Blog List.

  9. C@h@Y@ Says:

    Di sebelah kanan tu dah ada blog list. Cuma saya tukar kepada sahabat, sahabat minda Islam, dan lain-lain.

  10. ADLI Says:

    Bukan yg tu Cik Cahaya. Kalau blogger ia di panggil My Blog List. It’s automatic generated. Ia akan senaraikan artikel-artikel terbaru dari setiap blog list dlm blog kita. Kalau WordPress tak tahulah ada ke tidak. Saya rasa widget blog stats Aqeen tak add. Elok Aqeen add widget Blog Stats. Senang nk tahu brpa ramai visitor.

  11. ADLI Says:

    Salam Aqeen.

    Apa khabar? Cantiklah layout yg baru ni. Very nice. I love it.
    Bila Aqeen nak letakkan link ke blog saya ni 🙂

  12. sis_aflah Says:

    salam ziarah..
    teruskan menulis.. 🙂

  13. C@h@Y@ Says:

    Salam semua yang berada di kantor Awalul Kalam ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua terutama, Yien, Ija, Adli, dan Sis_aflah. Diharap sokongan berterusan ini menjadi pemangkin yang kuat untuk saya maju ke depan lagi InsyaAllah…

  14. ADLI Says:

    Salam Aqeen.

    Lawatlah blog saya. I’ve something to show. Tag!.

  15. lelucon Says:

    hmmmmmm….Cahayaku@TKO ke?

    Anyway, nice blog.

  16. zhafran Says:

    Salam ziarah. Moga perkongsian membawa manfaat

  17. ashabulyamin dan emiliana Says:

    tahniah shbt atas blog yg menarik..skang buatpe..lama tak dgr khabar nti…kalo senang contact la ana…yamin -0132227632

  18. C@h@Y@ Says:

    InsyaAllah, blog peribadi santai sahaja. Medium tarian tinta…

    Bila tinta menari… Segala yang terbuku dapat dilepaskan… meluncur laju bait-bait.. menderu ikut acuan mata pena…

  19. sunny Says:

    salam ziarah

  20. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih di atas kesudian melawat blog ini. Moga ada ilmu dapat dikongsi dan dimanfaatkan.

  21. zamry Says:

    Salam…
    Belajaq aikido ka?
    bahaya nih

  22. YaQeen Ahmad Says:

    Mana ada bahaya. Aikido bukan seni pertahanan diri untuk menyerang. Ia lebih kepada pertahanan diri. Saya sudah berhenti buat sementara waktu. Ada rezeki, sambung lagi pengajian nanti.

  23. lalala Says:

    akum..cik,math cmne ni…risau lah..

  24. YaQeen Ahmad Says:

    *Akum perlu digantikan dengan Assalamualaikum.

    Matapelajaran Matematik tu, tak apa-apa. Ia stabil dan semakin berkembang pesatnya.

    Barangkali awak perlu risaukan diri sendiri dan harus muhasabah kembali, cara bagaimana awak mencintai Matematik itu. Bagaimana? Jika ada sebarang masalah berkenaan subjek ini, boleh berjumpa saya. Sekian.

  25. limaumaniss Says:

    cantek…teruskan menulis…

  26. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih. Salam muhibah..


Tinggalkan komen