Perhatian! Perhatian! Perhatian!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Wah, macam begitu suspen bunyinya. Apa yang perlu di’perhatian’kan?

Pada 1 Jun ini, saya sudah bergelar seorang isteri kepada seorang jejaka Pt. Jambol, ibu kepada bayi berusia 3 bulan, anak kepada ibu dan bapa yang sudah hampir pencen, dan anak menantu kepada ibu dan bapa yang penyayang!

Oleh yang demikian, dengan ini secara rasminya saya akan menukar keseluruhan skop tema kepada blog ini. Saya akan membuat rombakan secara keseluruhannya. Intipatinya bakal menjadi cerita-cerita saya sahaja. Dan saya akan membuat blog lain untuk tujuan formal.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jeng! Jeng! Jeng!

Ini disebabkan, saya mahu eksklusifkan blog ini. Banyak cerita nanti kalau dirojak-rojak. Baik saya fokus kepada diri sendiri dahulu. InsyaAllah, ia boleh juga dibuat pedoman untuk sekelian umat. Moga-moga para pembaca dapat mengambil apa sahaja yang baik daripada blog ini. Seandainya ada yang anda tidak suka, bacalah blog lain yang anda suka. (^^,)

Blog rasmi akan saya bangunkan juga. Saya mahu jadi penulis seperti suami saya! Saya mahu jadi editor juga. Tetapi, saya tidak mahu jadi penterjemah (kalau diberi peluang, boleh saja. Saja jual mahal!~)

Perhatian! Perhatian! Perhatian!

Oleh yang demikian, blog ini bakal cacamerba buat sementara waktu. Tidak sabar untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Baiklah! Saya mahu mulakan dengan menukar fesyen baju blog ini.

Tunggu~~~

Yaqeen Ahmad: Sudah hendak masuk maghrib, saya masih memangku anakanda tercinta kerana dia akan terjaga bila dialihkan. Oh, saya belum masak lagi, mandi apatah lagi, baju tak siap gosok!, dan suami belum pulang….

Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

Penantian Mummy, Abah, Abang, dan Sayang…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Penantian Mummy dan Abah

Alhamdulillah, hari ini genap 38 minggu 1 hari kesayangan Mummy dan Abah berada dalam rahim. Kami dan keluarga menanti kehadiran anak sulung kami dengan sabarnya.

Demam tempoh hari telah membuatkan semua hati kelam kabut juga. Abah terus pulang ke Batu Pahat setelah mendapat khabar daripada Cik Ani. Tok Mad dan Nenek CTJ dengan keadaan relax dan cool sahaja. Buyut Sipah dengan rupa yang agak cuak menantikan cicitnya…

Dua jam Mummy di Dewan Saringan Bersalin. Mula-mula diminta air kencing untuk pemeriksaan, kemudian buat pemeriksaan perut, pemeriksaan bukaan bersalin, dan akhir sekali denyutan kesayangan Mummy. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan Doktor mengatakan kesayangan Mummy masih belum sedia untuk melihat dunia. Baru buka 1 cm. Ditanya adakah mahu menunggu di hospital sehingga bersalin, Mummy jawab tidak mahu.

Syukurlah rumah Tok dekat dengan hospita, tak sampai 5 minit boleh sampai. Jadi Mummy ambil keputusan untuk tidak ditahan dan balik sahaja ke rumah. Masa tu, sakit-sakit perut sahaja. Rasa memulas dan mahukan Abah kesayangan Mummy. (^_^)

Abah? Ketika ditelefon semula, beliau sudahpun berada di Ayer Keroh, terus menuju ke Taman Bukit Mutiara, rumah Tok. Datangnya ke Mummy dengan 3 kuntum bunga ros, 1 ros merah dan 2 ros putih. 2 ros putih mewakili Mummy dan Abah dan sekuntum ros merah itu mewakili kesayangan kami yang bakal lahir ini. Terima kasih Abah, Mummy tak tahu nak menzahirkan bagaimana perasaan gembira itu. Namun, hati Mummy berbunga-bunga dapat bunga. Senyum kera tak boleh lekang dengan kebaikan dan keprihatinan Abah…

Terima kasih juga kepada adik-beradik yang ambil berat, keluarga mertua, Cik Ngah dan Ayah Ngah (‘Uyun dan Taib), Ayah Uda (Azim), Cik Usu (Fiqrah), Mak Ngah (Kak Yah), dan keluarga Cik Ani.

Kesayangan dan Cik Usu.

Penantian…

Dengan iringan doa, Sang Suami sanggup berjauhan dengan isteri yang dikasihi. Terima kasih, Abang. Diharap ucapan ini cukup untuk mengalas kesabaran penantian yang ada. InsyaAllah, kami di sini, di Batu Pahat baik-baik saja. Kami juga rindu pada Abah… =)

Bakal ibu.

Ber'dating' di Gunung Lipur Bukit Soga.

YaQeen Ahmad: Sesungguhnya, penantian ini membuahkan muhasabah yang besar kepada saya iaitu, PERSEDIAAN.

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

Tamat sudah… Kelas BBK5101

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

 

Tamat sudah Kelas BBK5101

Kelas dah habis! Sedih dan yeay!

Di dalam kuliah, di bilik pensyarah.

 

Apa Cerita BBK5101?

Kelas BBK5101 adalah kod bagi subjek Falsafah dan Pemikiran Sastera Melayu. Macam pelik budak Matematik sesat ke dalam kursus ini. Namun, dari awal semester hinggalah ke hujung semester, kedatangan saya disambut baik oleh semua ahli keluarga kursus ini.

Dalam sebuah bilik pensyarah, kami menerima kuliah saban minggu pada waktu kemuncak kelaparan, 11 pagi hingga 2 petang. Ceritanya tentang falsafah dan pemikiran sastera Melayu, ke mana arah tuju sastera Melayu, teori-teori yang membangunkan setiap falsafah, bagaimana sistem sastera dibina, bagaimana corak pemikiran sastera moden dan klasik, serta banyak lagi.

 

Terima kasih Dr. Abdul Rahim b. Marasidi

Jutaan tidak terhingga kepada Dr. Rahim yang sangat sporting dan banyak mencurahkan buah fikiran serta nota kuliah yang santai tetapi berkesan.

Penyampaiannya yang bersahaja membolehkan dan menggalakkan kami sebagai pelajar berjaya menyertai komunikasi dua hala.

Inilah wajah pendidik kami, Dr. Abdul Rahim b. Marasidi, Fakulti Bahasa Moden, UPM.

Saban minggu jugalah, saya membuat mini laporan kepada Tuan Hamim, apa yang saya dapatkan dari dalam kuliah. Itu adalah ringkasan daripada ulangkaji.

Kesemua ujian dibuat di luar kuliah.

Tugasan 1             30%

Tugasan 2             30%

Tugasan akhir     40%

Jumlah                100%

 

Terima kasih Abg Hamim!

Dari saya mula kelas pertama hinggalah kelas yang terakhir, Abang Hamim adalah orang yang paling setia menemani saya. Adakalanya dia mengambilkan saya kerusi untuk dibawa ke bilik pensyarah. Saban minggulah dia menemani saya selama 3 jam perkuliahan. Syukur… Syukur kepada Allah yang Maya Penyayang… Saya mempunyai suami yang sangat prihatin.

 

Blog oh Blog!

Sudah hampir 4 bulan blog ini bersawang lagi. InsyaAllah, akan diupdate dari masa ke semasa. Saya sudah mula boleh bergiat aktif semula selepas melepasi trimester kedua kandungan. Alhamdulillah…

 

Baik-baik anakku sayang

Mummy mahu bekerja semula

Melakukan setiap aktiviti bersama

Dalam kandungan mummy, anak setia

Macam abah, yang prihatin menjaga kita…

 

YaQeen Ahmad: Due 6 Mac 2011. Moga dimudahkan segala urusan… Amiin…

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Nafkah Isteri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Nota ini disalin terus dari: http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.viewcustom&friendId=597700&blogId=462269605&swapped=true

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara’. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
*Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara’ dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
*Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’, tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
*Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
*Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara’ demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
*Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
*Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5. Kerja Sebagai Syarat
*Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
*Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
*Tidak harus, pada pandangan syara’ bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
*Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
*Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara’.
*Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
*Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. Tamat terjemahan


Firman ALLAH SWT; “dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (surah Ar-Rum: ayat 21)

Read more: http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.viewcustom&friendId=597700&blogId=462269605&swapped=true#ixzz0xUGOvjjF

YaQeen Ahmad: Buat nota kalau berkesempatan.

Dikirim dalam Suci Nurani. 1 Comment »

Menu Hari Ini (MHI): Asparagus Goreng Belacan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Menu Berbuka Petang Ini

Yeah! Hari ini saya mahu mencuba resepi inovasi baru saya ini. (Kebiasaan resepi saya ini adalah untuk hidangan 2 orang).

Menu 1: Asparagus Goreng Belacan

Bahan-bahan

1. 20 batang asparagus (dipotong serong)

2. 15 potongan dadu daging ayam (boleh diganti dengan udang, sotong, atau daging juga)

3. Daun bawang (dipotong seruas-seruas)

4. 3 ulas bawang putih (diketuk & dicincang)

5. 1 ruas belacan dan 1 sudu cili giling (belacan digoreng/dibakar dan ditumbuk dengan cili giling)

6. 1 sudu sos tiram

7. 1 sudu kicap kipas udang

8. 1/2 sudu serbuk kari

9. 1/2 cawan air kosong

10. Minyak, garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih yang diketuk hingga naik bau ke dalam minyak yang separuh panas. Kemudian, masukkan ayam yang dipotong dadu tadi hingga mengeluarkan air ayam hingga garing sedikit.

2. Seterusnya, masukkan belacan dan cili yang telah ditumbuk bersama.

3. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap, dan serbuk kari sebelum dimasukkan asparagus.

4. Tuangkan air dan tumiskan sehingga asparagus nampak sudah separa masak.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan masukkan dan gaulkan daun bawang sekejap sebelum dihidangkan.

YaQeen Ahmad: Tidak gunakan bahan perasa.

Info: Asparagus boleh membantu memudahkan proses kelahiran.

Nota: Gambar akan dimuat naik nanti.

Menu Menu Menu!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Profesion surirumah

Pengurus rumah (Manager)

Sejak Jun 2010, saya bergelar seorang surirumah yang masih belajar. Sejak itu juga, saya lebih banyak masa diam (tinggal)  di Vista Seri Putra.

Kasihan pada blog saya yang sunyi sepi. Tiada apa untuk dikongsikan. InsyaAllah, saya akan mulakan semula menulis tentang catatan kehidupan seharian sama ada perkongsian ilmu, diari, monolog, dan nota-nota yang lain.

Suka Memasak

(^_^) Apabila berada di rumah, secara tak langsung saya lebih kerap memasak di rumah. Baik pagi, tengahari, dan pada waktu petang.

Tidak sangka juga, rupa-rupanya saya gemar memasak. Boleh kata sudah jadi hobi sekarang. Saya suka mencuba untuk mencipta resepi-resepi yang saya tidak tahu sebelum ini. Ianya berbentuk percubaan inovasi walaupun menggunakan bahan-bahan asas sahaja.Maklumlah, orang baru belajar duduk di rumah. Kalau dahulu, sewaktu masih bekerja, saya akan masak menu yang asas, yang ada di dalam kepala sahaja.

YaQeen Ahmad: Banyak rehat, banyak fikir… InsyaAllah, cuti dari kesibukkan sekejap.

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Penulisan Bergaya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimana bentuk penulisan bergaya?

Poin Pertama ialah bahasa penulisan yang menggunakan tatabahasa yang betul. Ia diibaratkan jika kita ke suatu majlis, kita mestilah mengenakan pakaian yang sesuai. Atau kita boleh juga gunakan konsep ‘adil’ iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya.

Saya tidak sabar untuk ke bengkel PTS lagi pada minggu hadapan. Moga-moga Allah berikan saya kekuatan untuk menulis dari rumah. Sekali gus memenuhi impian suami tercinta untuk saya bekerja dari rumah sahaja. Amiin. Moga Allah makbulkan doa saya ini.

YaQeen Ahmad: Banyak idea, tapi tak fokus.

Saya amat merinduinya…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Rindu yang perlu ditanggung

Ketika menulis entri ini, saya memang sedang melayan emosi sendiri. Saya tak tahu dari mana datangnya banyak air mata ini. Ia seolah-olah datang dari satu tempat yang sudah sarat ditelan masa. Meskipun telah sebulan lebih adik kesayangan kami meninggalkan dunia yang penuh cabaran ini, ingatan padanya tak pernah surut. Ia seperti selalu. Segar seperti dia masih ada dulu.

Muhammad Anas Kamil b. Ahmad

Lagu-lagu nasyid yang sedang saya putarkan ini adalah daripadanya. Bila dengar lagu nasyid, teringatkan Anas.

Entahlah, saya sedih bila teringatkan waktu saya bermanja dan bergurau dengan Anas. Berkepit tangan bila berjalan berdua di luar, menumpang bahunya bila di dalam kereta, mengusap kepalanya bila dia baring. Dan ini memang saya lakukan kepada adik-adik.

YaQeen Ahmad: Al-Fatihah…

Dikirim dalam Ceritawara. 5 Comments »

Entri Bersawang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjunga besar Nabi Muhammad s.a.w.

Entri Bersawang

Memang sudah lama blog ini tidak dikemas kinikan. Kenapa? Banyak jawapannya, dan salah satunya ialah K.U.S.U.T.

Berkusut fikiran, tindakan, dan jari-jemari.

Banyak perkara berlaku semenjak ini.

Apa yang berlaku, semuanya kehendak yang Maha Pencipta segala makhluk di alam semesta ini. Saya belajar menerima dan menghayati qada’ dan qadar. Ia sukar diterjemah.

YaQeen Ahmad: Masih sebak untuk menulis. Blog yang dirindui, jangan dikau berkecil hati denganku…

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Mokcik Nak Jual Kerepek

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mokcik Nak Jual Kerepek

Pada suatu pagi, tatkala Pokcik sedang menyuap nasi ke mulutnya, Mokcik bersuara, “Pokcik, Mokcik nak jual kerepek la. Kita ambil di Parit Raja, kemudian di peketkan. Tapi kena la juga beli alat pengetap plastiknya.”

Baca baki entri ini »

Pokcik dan Mokcik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Berkenalan dengan Pokcik dan Mokcik

Pokcik dan Mokcik adalah sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil yang mereka anggap comel dan membahagiakan. Penempatan mereka berada di kawasan agak pedalaman juga dari bandaraya tetapi tidaklah sunyi. Hampir semua kemudahan awam ada dan hampir dengan tempat tinggal.

Baca baki entri ini »

Apa untungnya?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Apa untungnya?

Apa untungnya saya kalau orang bertanya soalan yang saya tidak tahu nak jawab?

Untungnya ialah MANFAAT.

Saya akan cari jawapan itu, fahamkan, dan ajarkannya semula. Manfaatnya saya kongsikan, saya untung, yang bertanya juga untung.

YaQeen Ahmad : Bilalah aura menulis mahu datang? Saya mahu cepat-cepat habiskan pengajian sarjana. Tapi penyakit ‘mata mahu katup’ selalu datang bila saya mula buka buku. Kasihan saya…

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Suatu tika dulu...

Suatu tika dulu...

Suatu tika...

Saya rindu tim Nisa’~ Rindu mesyuarat~ (^_^) Harap semua sejahtera. Doakan Aqeen dimudahkan dalam urusan belajar. Moga dengan berkat Doa Rabitah yang dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, ukhwah silaturrahim kita berkekalan hingga ke Syurga. Jumpa di sana sahabat-sahabat Nisa’ku…

YaQeen Ahmad : Di sini kenangan indah tercipta…

Wanita Ibarat Pohon Semalu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Wanita Ibarat Pohon Semalu.

Aku sedang mengharapkan Redha Tuhan...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah .a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

YaQeen Ahmad : Sudah ada alasan untuk pulang ke rumah sebelum senja.

Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Cerita pada hujung minggu

Pada hujung minggu lepas, emak, abah, atuk, Fiqrah dan Anas datang ke rumah kami, menjenguk anak dan menantunya.

Alhamdulillah, semua dalam keadan sihat belaka kecuali Anas yang masih perlu diberi perhatian pada tahap kesihatannya. Mujur emak adalah seorang jururawat keluarga yang baik dan efisien. Anas bertuah!

Hujung minggu lepas juga, saya cas semula bateri rindu keluarga hingga penuh buat bekalan hari-hari mendatang.

Semoga hari-hari seterusnya saya dapat menguruskan perihal keluarga sendiri dengan lebih baik lagi. Daripada dua contoh terdekat dan terbaik dalam pengurusan keluarga, “Datin CTJ” dan “Mama Mia”, saya perlu banyak belajar daripada mereka.

(^_^)

Doa

Ya Allah, I’m still trying to manage my time wisely. Please give me strength, Allah…

::: Household chores + Work + Study :::

Ya Allah, serapkanlah semua sifat malasku ini ke laut yang dalam. Dan serapkanlah supervitamin rajin ke saluran darahku agar ia memberikan keefisienan yang optimum.


YaQeen Ahmad : Ada “backbone” yang kuat menyokong segala perjuangan yang berada di hadapan.