Mokcik Nak Jual Kerepek

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mokcik Nak Jual Kerepek

Pada suatu pagi, tatkala Pokcik sedang menyuap nasi ke mulutnya, Mokcik bersuara, “Pokcik, Mokcik nak jual kerepek la. Kita ambil di Parit Raja, kemudian di peketkan. Tapi kena la juga beli alat pengetap plastiknya.”

Pakcik menjawab, “Bagus tu Mokcik. Itu sudah boleh buat kempen untuk jualan raya nanti.”

Mokcik berfikir-fikir sambil mengoles gincu di bibirnya. Tetapi, di mana pasarannya? Siapa sasarannya? Mokcik berfikir-fikir lagi.

“Kalau hendak buat kecil-kecilan pun, mesti diatur strategi ni.”

Bajet modal mula

Alat pengetap : RM80

Beg-beg Plastik : RM20

Kerepek berkilo-kilo : RM 100

Target sasaran

1) Semua pantri di unit-unit pejabat Mokcik

2) Semua pantri di unit-unit pejabat Pokcik (belum minta izin Pokcik lagi)

3) Kantin di tempat kerja Mokcik

4) Kedai makan Pak Man di Rembau (baru dalam cadangan)

Selesai Pokcik menjamu sarapan, Pokcik menghulurkan coklat Snickers kepada Mokcik.

“Nah, bawa ke pejabat.”

“Eh, ye ke?” Semacam tak percaya sebab Mokcik ingat coklat itu Pokcik punya. Coklat yang Pokcik berikan kelmarin dah pun selamat Mokcik makan waktu Mokcik setia menunggu Pokcik balik dari mesyuarat Sabtu lepas. Pagi ni, Pokcik beri lagi.

Bertuah Mokcik!

“Pokcik tahu Mokcik tengah mahu makan coklat waktu-waktu Mokcik tengah ‘sejuk kaki’ ni…”

YaQeen Ahmad : Mahu cadangkan kepada Mokcik supaya jual jenis kekacang. Pasaran kekacang belum besar di tempat sasaran Mokcin padahal pasaran kerepek ada saingannya.

4 Respons to “Mokcik Nak Jual Kerepek”

  1. farah Says:

    salam..insyaAllah, moga bisness mokcik sukses..hihi

  2. Salwah Says:

    Macam kenal jer Pokcik dan Mokcik ni….bagitahu mereka berdua kalau perlukan nasihat silalah jumpa consultant tak bertauliah ni. Insya Allah khidmat nasihat percuma adanya. Ilmu itu milik Allah.

  3. YaQeen Ahmad Says:

    Macam kenal juga K. Salwah ni. Hehe memang kenal pun. Nanti saya suruh Mokcik jumpa kak Salwah. Especially kat mana nak pasarkan kerepek tu. Tak sabar nak belajar membuat jualan.

  4. amanda Says:

    mokcik! eh..aqeen~ hehe..smoga berjaya~ (^_^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: