Saya amat merinduinya…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Rindu yang perlu ditanggung

Ketika menulis entri ini, saya memang sedang melayan emosi sendiri. Saya tak tahu dari mana datangnya banyak air mata ini. Ia seolah-olah datang dari satu tempat yang sudah sarat ditelan masa. Meskipun telah sebulan lebih adik kesayangan kami meninggalkan dunia yang penuh cabaran ini, ingatan padanya tak pernah surut. Ia seperti selalu. Segar seperti dia masih ada dulu.

Muhammad Anas Kamil b. Ahmad

Lagu-lagu nasyid yang sedang saya putarkan ini adalah daripadanya. Bila dengar lagu nasyid, teringatkan Anas.

Entahlah, saya sedih bila teringatkan waktu saya bermanja dan bergurau dengan Anas. Berkepit tangan bila berjalan berdua di luar, menumpang bahunya bila di dalam kereta, mengusap kepalanya bila dia baring. Dan ini memang saya lakukan kepada adik-adik.

YaQeen Ahmad: Al-Fatihah…

Dikirim dalam Ceritawara. 5 Comments »

Entri Bersawang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjunga besar Nabi Muhammad s.a.w.

Entri Bersawang

Memang sudah lama blog ini tidak dikemas kinikan. Kenapa? Banyak jawapannya, dan salah satunya ialah K.U.S.U.T.

Berkusut fikiran, tindakan, dan jari-jemari.

Banyak perkara berlaku semenjak ini.

Apa yang berlaku, semuanya kehendak yang Maha Pencipta segala makhluk di alam semesta ini. Saya belajar menerima dan menghayati qada’ dan qadar. Ia sukar diterjemah.

YaQeen Ahmad: Masih sebak untuk menulis. Blog yang dirindui, jangan dikau berkecil hati denganku…

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Mokcik Nak Jual Kerepek

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mokcik Nak Jual Kerepek

Pada suatu pagi, tatkala Pokcik sedang menyuap nasi ke mulutnya, Mokcik bersuara, “Pokcik, Mokcik nak jual kerepek la. Kita ambil di Parit Raja, kemudian di peketkan. Tapi kena la juga beli alat pengetap plastiknya.”

Baca baki entri ini »

Pokcik dan Mokcik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Berkenalan dengan Pokcik dan Mokcik

Pokcik dan Mokcik adalah sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil yang mereka anggap comel dan membahagiakan. Penempatan mereka berada di kawasan agak pedalaman juga dari bandaraya tetapi tidaklah sunyi. Hampir semua kemudahan awam ada dan hampir dengan tempat tinggal.

Baca baki entri ini »

Apa untungnya?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Apa untungnya?

Apa untungnya saya kalau orang bertanya soalan yang saya tidak tahu nak jawab?

Untungnya ialah MANFAAT.

Saya akan cari jawapan itu, fahamkan, dan ajarkannya semula. Manfaatnya saya kongsikan, saya untung, yang bertanya juga untung.

YaQeen Ahmad : Bilalah aura menulis mahu datang? Saya mahu cepat-cepat habiskan pengajian sarjana. Tapi penyakit ‘mata mahu katup’ selalu datang bila saya mula buka buku. Kasihan saya…

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ucapan Istimewa buat Para Nisa’

Suatu tika dulu...

Suatu tika dulu...

Suatu tika...

Saya rindu tim Nisa’~ Rindu mesyuarat~ (^_^) Harap semua sejahtera. Doakan Aqeen dimudahkan dalam urusan belajar. Moga dengan berkat Doa Rabitah yang dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, ukhwah silaturrahim kita berkekalan hingga ke Syurga. Jumpa di sana sahabat-sahabat Nisa’ku…

YaQeen Ahmad : Di sini kenangan indah tercipta…

Wanita Ibarat Pohon Semalu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Wanita Ibarat Pohon Semalu.

Aku sedang mengharapkan Redha Tuhan...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah .a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

YaQeen Ahmad : Sudah ada alasan untuk pulang ke rumah sebelum senja.