Menu Hari Ini (MHI): Asparagus Goreng Belacan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Menu Berbuka Petang Ini

Yeah! Hari ini saya mahu mencuba resepi inovasi baru saya ini. (Kebiasaan resepi saya ini adalah untuk hidangan 2 orang).

Menu 1: Asparagus Goreng Belacan

Bahan-bahan

1. 20 batang asparagus (dipotong serong)

2. 15 potongan dadu daging ayam (boleh diganti dengan udang, sotong, atau daging juga)

3. Daun bawang (dipotong seruas-seruas)

4. 3 ulas bawang putih (diketuk & dicincang)

5. 1 ruas belacan dan 1 sudu cili giling (belacan digoreng/dibakar dan ditumbuk dengan cili giling)

6. 1 sudu sos tiram

7. 1 sudu kicap kipas udang

8. 1/2 sudu serbuk kari

9. 1/2 cawan air kosong

10. Minyak, garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih yang diketuk hingga naik bau ke dalam minyak yang separuh panas. Kemudian, masukkan ayam yang dipotong dadu tadi hingga mengeluarkan air ayam hingga garing sedikit.

2. Seterusnya, masukkan belacan dan cili yang telah ditumbuk bersama.

3. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap, dan serbuk kari sebelum dimasukkan asparagus.

4. Tuangkan air dan tumiskan sehingga asparagus nampak sudah separa masak.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan masukkan dan gaulkan daun bawang sekejap sebelum dihidangkan.

YaQeen Ahmad: Tidak gunakan bahan perasa.

Info: Asparagus boleh membantu memudahkan proses kelahiran.

Nota: Gambar akan dimuat naik nanti.

3 Respons to “Menu Hari Ini (MHI): Asparagus Goreng Belacan”

  1. Wani AR Says:

    macam kangkung goreng belacan…tapi rasa dia mesti la berbeza bukan?

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Lebih kurang. Semalam, lepas potong-potong bahan, tiba-tiba gastrik. Tak sempat asparagus masuk kuali. Petang ni InsyaAllah. Akanku fotokan.

  3. farah Says:

    salam..
    benar2 kreatif… inovasikan resepi..cuma mcm farah ni,apa saja ada di dalam peti sejuk, masak..asalkan sedap dan memenuhi selera sbb ikhlas masak utk santapan ‘Raja’ di rumah kan…hehe..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: