Tiba-tiba dengan Si Dia…

SENARIO

Ukhti : Cahaya, tiba-tiba saya rasa bahagia. Tiba-tiba rasa suka. Tiba-tiba rasa rindu. Tiba-tiba rasa disenangi dan menyenangi. Tiba-tiba. Tiba-tiba saya tersengih dan tiba-tiba tersenyum. Rasa bahagia… Kuat sangat perasaannya. Kenapa tiba-tiba ya? Bukannya saya ada ‘sesiapa’ pun untuk disukai dan dirindui?… Manalah datangnya perasaan ni…

Seorang sahabat bertanyakan itu kepada saya. Soalan yang menarik. Hati kecil saya mula berhalusinasi.

Cahaya : Pernahkah anda pada suatu tika, rasa macam tidak sedap hati, gelisah sepanjang hari, menangis tiba-tiba? Tiba-tiba juga menyalahkan diri, apalah tak kena pada aku hari ini?.Kasihan… kasihan… Rasa semua tak kena. Orang di sekeliling kita kadang-kadang menjadi mangsa tekanan daripada emosi sendiri. Barang-barang melayang sana sini.

Ukhti : Pernah. Malah selalu. Kebanyakkan ketikanya bila uzur.

Cahaya : Nyata ada kontranya dengan perasaan tiba-tiba bahagia itu. Kenapa pula kata tiada ‘sesiapa’ untuk disukai dan dirindui? Bukankah kita ada Allah untuk kita sentiasa ingati dan rindui.

Rasa tak sedap hati datangnya daripada syaitan yang mampu menjuruskan kita kepada perkara-perkara yang negatif. Ketika anda uzur, syaitan memang suka memasang umpan untuk kita berfikir yang bukan-bukan. Itu tak kena, ini tak kena. Itu normal cuma anda harus tahu mengawalnya.

Manakala, rasa bahagia itu datangnya daripada Allah yang Maha menyayangi anda. Tahniah kepada anda kerana merasai nikmat ‘tiba-tiba bahagia’ itu sebab tak semua orang tiba-tiba rasa bahagia bukan? Adanya asyik bermasalah memanjang. Bersyukurlah, itu langkah pertama.

Senyum, sengih, rasa bahagia, senang dan disenangi, adalah ekspresi yang positif. Just enjoy yourself! It’s not the problem if we have nothing, because we have Allah!

Cintailah Allah lebih dari segalanya.

Cahaya : Bila anda berasa senang dan bahagia, rasailah bahawa itulah nikmat ketenangan yang Allah hadiahkan buat kita sebagai hamba-Nya yang beriman. Semakin dekat kita dengan Si Dia, semakin tenang hati kita, insyaAllah.

Jadikanlah Allah sebagai Si Dia kita. Jatuh cintalah kita kepada Si Dia dan Rasul-Nya. Tepatilah janji kita dengan Si Dia. Setialah dengan Si Dia kerana Dialah yang Esa. InsyaAllah setiap hari pun, kita mampu senyum lebar~

Dikirim dalam Suci Nurani. 3 Comments »

3 Respons to “Tiba-tiba dengan Si Dia…”

  1. 'uyun Says:

    memang senang mengungkapkan kata begini

    “Bila anda berasa senang dan bahagia, rasailah bahawa itulah nikmat ketenangan yang Allah hadiahkan buat kita sebagai hamba-Nya yang beriman. Semakin dekat kita dengan Si Dia, semakin tenang hati kita, insyaAllah.
    Jadikanlah Allah sebagai Si Dia kita. Jatuh cintalah kita kepada Si Dia dan Rasul-Nya. Tepatilah janji kita dengan Si Dia. Setialah dengan Si Dia kerana Dialah yang Esa. InsyaAllah setiap hari pun, kita mampu senyum lebar”

    namun bukan mudah untuk menjadi begitu..Muhasabahlah same2..didik lah diri, benar2 ikhlas dan taqarrub pada Nya.. muge2 ia mudah jadi begitu..

  2. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Biarlah disandarkan kebahagian itu datangnya dari Allah. Jika kita sudah mermberi signal kepada Allah untuk ‘bukan mudah’, maka Allah akan berikan bukan mudah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan untuk Allah… Usaha dan katakan mudah berulang kali dengan izin-Mu. InsyaAllah Allah akan berikan laluan wahai adindaku…
    Memang ada kalanya kita tewas. Lepaskan dan luahkan perasaan itu. Namun perlu cepat kembali kepada trek asal kita. “We should be on the track on the right time.”
    Prinsip yg saya pegang setakat ini, “berputus asa, bukan aku!”. InsyaAllah..

  3. Siti Aisyah Says:

    ye, bukan mudah..
    tp utk seorang mukmin, insyaALlah segalanya mungkin..
    bila dtg suatu saat kita mghrp bnr2 hnya pd Dia, baru kita akan rasa indahnya rasa Cinta & Tawaqal ‘alaLLah..
    Teruskan mujahadah, wahai mujahidah sekalian!! 😀


Tinggalkan komen