Seloka Ingat Beringat

Seloka Ingat Beringat

Kalau hidup hendak diberkat

Kalau hidup nak bersyafaat

Mesti hati disiapkan sihat

Agar jadi insan yang hebat

Di sisi Allah kita dekat

Namun kini sedih melihat

Kerana kini melata maksiat

Lelaki wanita terlupa aurat

Ditunjuk lutut dan juga pusat

Lantaran seluar dah jadi singkat

Baju dipakai menjadi sendat

Tudung disarung buat syarat

Yang melihat nafas tersekat

Ada juga yang mata bulat

Duduk sebelah jaraknya rapat

Tangan bertemu digenggam erat

Konon biar rindu terubat

Konon hati duka nak rawat

Nak tersenyum pun rasa ketat

Nak bertegur pun rasa meluat

Nak berkawan, kawanlah secara sihat

Seloka dicipta sekadar nasihat

Bukan mengata bukan menyakat

Apatah lagi kita nak umpat

Kita cuma ajak bertaubat

Selagi masa masih sempat

Selagi tika belum terlewat

Selagi nyawa masih lekat

Selagi diri dikandung hayat

Ini pesan buat sahabat

Ini pesan orang beringat

Hidup ini sangatlah singkat

Masa terasa dah sangat cepat

Kerana hari dah nak kiamat

Jangan membazir waktu dan saat

Berdakwahlah cara orang berkudrat

Agar diri boleh memanfaat

Kepada umat Islam sejagat

Daripada Puteri Batu Pahat

6.30 pagi, Al-Hamra’

Cahaya : Saling beringat, tapi kena tempat dan masanya.

5 Respons to “Seloka Ingat Beringat”

  1. irhafiz Says:

    “Fenomena itu terjadi mungkin kerana ransangan cahaya darp sel kon dalam retina abah yang mempunyai keamatan cahaya yang randah apabila melihat warna primer”

    Anakku?

    Kenapa begini keadaan sekarang…
    Bapa terlebih ajar benda yang tak sepatutnya.

  2. cikf=) Says:

    salam….dpt jgak jenguk blog aqeen..hihi

  3. CahayaMataKeyaQeenan Says:

    Selamat Datang CikF. “Bienvenue” (Bahasa Perancis).

  4. Ervan Says:

    Salam ziarah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: