Kekasihku Seru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kekasihku Seru

Semalam saya mengambil MC. Seharian di rumah, tidak mampu juga saya habiskan proses menanda kertas ujian pelajar. Sama terlantar, dua rakan serumah. Kami dijangkiti virus ‘flu’ yang entah dibawa daripada siapa. Aduh, peningnya kepala!

Jam lebih kurang 10.30 pagi, kami bertiga berteleku mengadap laptop. Asyik sungguh Mai dan Fiza menonton.

Jalan ceritanya memang menarik. Suspen, seram, dan plot-plot wayangnya naik turun sungguh mengujakan. Saya puji jalan ceritanya! Kredit turut harus diberikan kepada gaya penggambarannya dan kesan-kesan khas yang dilakukan. Teknik ‘make up’ drama bersiri ini seolah-olah kami sedang menonton wayang gambar di dalam pawagam.

Saya paling sukakan metod ‘flash back’ yang digunakan di dalam 3 episod terakhirnya. Hampir seluruh keturunan Marissa yang dilakonkan oleh Emelda Rosmila (heroin), tunang Adlin Aman Ramli kami mampu menghafalnya dalam masa sehari. Seronok betul belajar sejarah biografi Marissa yang divisualkan.

Cerita yang mengisahkan penurunan saka kepada susur galur keturunan Mastura (moyang Marissa) ini membuka mata kami bahawa penulis skrip dan penerbitnya bersungguh-sungguh mengkaji dan menghayati satu kisah mistik saka untuk dipertontonkan kepada khalayak masyarakat.

Saya sangat berharap agar, para penonton bijak mengutip isinya yang sarat dengan moral.

YaQeen Ahmad : Hanya menunggu seruan Kekasih abadi…

Kekasihku Seru

Kekasihku Seru

Latar Belakang Kekasihku Seru

Kekasihku Seru merupakan slot drama bersiri bergenre seram yang disiarkan di TV3 pada 24 Julai pada tahun lalu. Skrip yang ditulis oleh Mira Mustapha ini telah diarahkan mantap oleh saudara Kabir Bhatia. Ia dihasilkan di Malaysia dan hampir seluruh penggambarannya dilakukan di Janda Baik, Pahang.

YaQeen Ahmad : Pernah menonton wayang sekali seumur hidup bersama Abah, Mak, ‘Uyun, Azim, dan Anas. Ketika itu abah ingin menjawab soalan saya, “Panggung wayang itu macam mana?” Serik! Panggung wayang itu gelap!

Sedikit sinopsis

Kisah ini bermula apabila Marissa (lakonan Emelda) yang telah kematian ibu angkatnya pergi ke Highland Estate untuk menjejaki ibu kandungnya. Secara kebetulan, hero drama bersiri ini, Arshad (lakonan Fizz Fairuz) yang turut kematian anak dan isterinya pulang ke kampung halaman untuk mencari datuknya yang sudah lama terpisah.

Arshad ialah seorang pemuda yang dikurniakan dengan satu kelebihan iaitu dapat melihat makhluk-makhluk ghaib. Dia turut dihantui dengan roh-roh isteri dan anaknya.

Mereka bertemu di sebalik kematian adik Arshad, Dr. Hakim yang cuba menyelamatkan Mas Ayu daripada disakiti kakaknya, Mas Suri.

Detik ‘flash back’nya bermula sejak 100 tahun dahulu, sejak nenek moyang Marissa. Ia mengisahkan cinta di antara Waris (lakonan Hairi Othman) dan Mastura (lakonan Emelda) yang telah dihalang keras oleh bapa Mastura, Masahor, seorang saudagar kaya di sebuah kampung. Demi mempertahankan cinta mereka, Waris dan Mastura sama-sama melarikan diri membawa diri jauh dari kampung.

Waris merupakan seorang anak angkat kepada seorang Alim di kampungnya. Sungguhpun demikian, dek kerana telah tertunduk kepada cinta yang berbapakan syaitan, Waris telah membawa Mastura bersama ke kancah sonsang akidah.

Oleh kerana khuatir bapa Mastura akan dapat menjejaki mereka, Waris telah membawa Mastura bertemu seorang bomoh perempuan dan meminta ‘perlindungan’, saka untuk  mempertahankan cinta mereka.

Akhirnya, pada suatu hari, bapa Mastura dapat menjejaki mereka. Waris dibunuh di depan mata Mastura. Dengan akur, Mastura pulang ke pangkuan ayahandanya. Namun,  kerana dendam yang bersarang, Mastura telah membunuh ayahnya sendiri lalu memuja nyawa ayahnya untuk menghidupkan Waris.

Akhirnya, Mastura sedar. Dengan menghidupkan waris, dia bukannya memiliki Waris yang dicintainya dahulu, tetapi hanyalah syaitan yang beraja di dalam jasad Waris.

Saka tidak akan terhapus melainkan orang yang membelanya juga mati. Oleh yang demikian, saka akan senantiasa menuntut waris daripada pembela untuk hidup beterusan.

Sudah seratus tahun, saka masih berjaya menggoda keturunan Mastura untuk menjadi pembelanya. Dia menjanjikan kasih sayang dan kemewahan kepada Si Pembela.

YaQeen Ahmad : Kena bijak ambil iktibar.

Komen

Kalau ada masa, tontonlah.

Komen saya cuma, terdapat beberapa penggunaan seperti kalimah MasyaAllah tidak digunakan tepat dalam beberapa sedutan.

YaQeen Ahmad : Suka menonton filem yang menggunakan prop klasik. Antara yang lain, Perempuan Harum Sundal Malam, Nang Nak, Bilut, Paloh, Tragedi Bukit Kepong, dan Embun.

Dikirim dalam Eksplorasi. 1 Comment »

Satu Respons to “Kekasihku Seru”

  1. Nur Haniff Says:

    kekasihku seru memang best. saya dari episode pertama smpai akhir habis saya tonton dlm masa 3 days only! paling best ialah part moyang marissa, Mastura smpai Marissa. memang best. sya harap kekasihku seru ada sambungan lagi musim kedua..sbb last episode hari tu tergantung mcm tu je. xbez la plak


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: