Kak Air-Kin…!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Adik-adikku…

Di rumah Cik Ani bersama Yaya dan Fina
Afreena Syahda Bt. Shamsul Anhar

Adik-adik sepupu saya ini (belah abah) agak aktif-aktif belaka.

Bila saya balik ke Batu Pahat, Fina atau kami panggil Adik akan berlari ke arah saya dan memeluk kaki. Rumah kami bakal selang serumah Februari nanti.

“Kak Ekinnnnnn!!!”

Aduh, rindunya pada budak kecik ni.

Kisah 1

Tempoh hari, semasa saya berkesempatan pulang ke Batu Pahat, mereka sekeluarga bertandang ke rumah kami yang hanya lebih kurang 5-6 kilometer dari rumah. Memang kebiasaan, kalau adik-beradik saya balik, kami akan berkumpul.

Adik datang mendapatkan saya yang sedang menggosok baju.

“Kak Ekin, Kak Ekin…”

“Iya.”

Adik bercerita tersangkut-sangkut dengan pelatnya, “Tadikan, tadikan, Adik nampak monyet dengan ‘mama’ dia…~”

“Iya ka? Comel tak monyet tu?”

“Comel!”

“Macam siapa?”

“Macam Adik..!”

Aduh, Fina… Adakah dikau tahu monyet itu apa?

Rumah kami di kaki bukit, oleh itu, memang banyak monyet berkeliaran di kawasan kediaman kam

Kisah 2

Saya bertanya mencungkil bual dengan Afreena. “Adik, adik… Adik besar nanti nak jadi apa?”

Jawabnya denganbuat muka comel, “Adik nak jadi monyet.”

Cik Ani, mama Fina menyampuk perbualan kami, “Adik, mama nak adik jadi doktor. Mama tak naklah adik jadi monyet.”

Jawabnya dengan muka hendak menangis. “Alo… Adik nak jadi monyet…~”

YaQeen Ahmad : Di rumah, panggilan adalah Ekin dengan sebutan air-kin, bukan Ikin…

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Kak Air-Kin…!”

  1. bibimie Says:

    ucapan selamat kepada bakal pengantin. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dilimpahi rahmat Allah selalu.

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Amiin… Terima kasih atas ucapan selamat Kak Bibimie. Salam ukhwah… (^_^)


Tinggalkan komen