Tazkirah Jumaat : Antara Fakta mengenai Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Antara Fakta mengenai Surah Al-Fatihah

1. Surah ini diwahyukan di Makkah.
2. Surah ini adalah surah pertama daripada 114 surah dalam Al-Qur’an.

3. Maksud AL-FATIHAH adalah PEMBUKAAN.

4. Surah ini mengandungi 7 ayat.

5. Surah ini juga berada dalam Juz 1.
6. Surah Al-Fatihah mempunyai sepuluh nama :

i) Al-Fatihah.

ii) Ummul Quran.

iii) Ummul Kitab
iv) As-Sab’ul Mathani
v) As-Syafiah
vi) Al-Hamdu.
vii) Al-Wafiah.
viii) Al-Kafiah.
ix) Al-Kanzu.
x) Asasul Quran.

7. Pembicaraan umum surah ini ialah tiga perkara:

i) Tauhid.
ii) Kerasulan (Risalah).
iii) Pembalasan (Mujazah).

8. Di dalam Al-Quran terdapat dua jenis kandungan :

i) Perkara-perkara kepercayaan (Iktiqadilah).
ii)Perkara-perkara ibadah (Ibadiah).

9. Tafsiran :

(i) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(ii) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

(iii) Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

(iv) Yang menguasai hari pembalasan.

(v) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

(vi) Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.

(vii) Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; dan bukan jalan mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat (Nasrani).

10. PENUTUP

Surah “Al-Fatihah” ini melengkapi unsur-unsur pokok syari’at Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al-Quran dalam  113 surah berikutnya.

Penyesuaian surah ini dengan surah “Al-Baqarah” dan surah-surah seterusnya ialah surah Al-Fatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surah Al-Baqarah dan surah-surah sesudahnya.

Di bahagian akhir surah “Al-Fatihah” disebutkan permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah “Al-baqarah” dimulai dengan penunjukan “Al-Kitab” (Al-Qur’an) yang sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.

Sumber dipetik dari :

– Al-Quran dan Terjemahannya.

http://haizam.tripod.com/kulasha/fatihah.htm

Tunjukilah daku jalan yang lurus, Ya Allah...

YaQeen Ahmad : Pembukaan hidupku di dunia bermula dengan iqamat…

Advertisements
Dikirim dalam Suci Nurani. 3 Comments »

3 Respons to “Tazkirah Jumaat : Antara Fakta mengenai Surah Al-Fatihah”

  1. shafifah Says:

    Pengurusan Dar Ar Rahman – Pusat Tarbiyah Insaniyah,

    Kami amat memerlukan sumbangan tuan/puan, kini kami mempunyai empat orang
    pelajar, yuran pelajar RM 800.00, Sewa Rumah RM 500.00, Bil-bil rumah RM100.00,
    aktiviti dan program RM400.00, bahan bacaan & kitab : RM200.00, barang-barang
    makanan setiap bulan RM 500.00, Jumlah : RM 2500.00…Semua kos tidak termasuk
    pelajar yang kita jaga seramai 15 orang,dan anak-anak yatim seramai 10 orang
    akan kita ambil. Setiap pelajar di asuh dan di tarbiyah mengikut perjalanan
    saadah Ba’alawi seperti : amalan Mawlid,Bacaan Ratib ,Qasidah dll. Bagi yang
    ingin memberi sumbangan ikhlas boleh salurkan ke Maybank Pengurusan Dar Ar
    Rahman : 56-454-8121-325 dan bagi yang ingin melihat Kertas Kerja boleh hubungi
    Saudara Nur Muhammad HP : 017-2602690.

  2. wardah_asrar Says:

    salam…
    jadi nanti dapat anak sulung, bubuh nama Nor@Nurul Fatihah.. sempena namaku juga.. heheh..jgn mare

  3. YaQeen Ahmad Says:

    (^_^) Memang dalam planning, Fatihhah tu… InsyaAllah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: