Penantian Mummy, Abah, Abang, dan Sayang…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Penantian Mummy dan Abah

Alhamdulillah, hari ini genap 38 minggu 1 hari kesayangan Mummy dan Abah berada dalam rahim. Kami dan keluarga menanti kehadiran anak sulung kami dengan sabarnya.

Demam tempoh hari telah membuatkan semua hati kelam kabut juga. Abah terus pulang ke Batu Pahat setelah mendapat khabar daripada Cik Ani. Tok Mad dan Nenek CTJ dengan keadaan relax dan cool sahaja. Buyut Sipah dengan rupa yang agak cuak menantikan cicitnya…

Dua jam Mummy di Dewan Saringan Bersalin. Mula-mula diminta air kencing untuk pemeriksaan, kemudian buat pemeriksaan perut, pemeriksaan bukaan bersalin, dan akhir sekali denyutan kesayangan Mummy. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan Doktor mengatakan kesayangan Mummy masih belum sedia untuk melihat dunia. Baru buka 1 cm. Ditanya adakah mahu menunggu di hospital sehingga bersalin, Mummy jawab tidak mahu.

Syukurlah rumah Tok dekat dengan hospita, tak sampai 5 minit boleh sampai. Jadi Mummy ambil keputusan untuk tidak ditahan dan balik sahaja ke rumah. Masa tu, sakit-sakit perut sahaja. Rasa memulas dan mahukan Abah kesayangan Mummy. (^_^)

Abah? Ketika ditelefon semula, beliau sudahpun berada di Ayer Keroh, terus menuju ke Taman Bukit Mutiara, rumah Tok. Datangnya ke Mummy dengan 3 kuntum bunga ros, 1 ros merah dan 2 ros putih. 2 ros putih mewakili Mummy dan Abah dan sekuntum ros merah itu mewakili kesayangan kami yang bakal lahir ini. Terima kasih Abah, Mummy tak tahu nak menzahirkan bagaimana perasaan gembira itu. Namun, hati Mummy berbunga-bunga dapat bunga. Senyum kera tak boleh lekang dengan kebaikan dan keprihatinan Abah…

Terima kasih juga kepada adik-beradik yang ambil berat, keluarga mertua, Cik Ngah dan Ayah Ngah (‘Uyun dan Taib), Ayah Uda (Azim), Cik Usu (Fiqrah), Mak Ngah (Kak Yah), dan keluarga Cik Ani.

Kesayangan dan Cik Usu.

Penantian…

Dengan iringan doa, Sang Suami sanggup berjauhan dengan isteri yang dikasihi. Terima kasih, Abang. Diharap ucapan ini cukup untuk mengalas kesabaran penantian yang ada. InsyaAllah, kami di sini, di Batu Pahat baik-baik saja. Kami juga rindu pada Abah… =)

Bakal ibu.

Ber'dating' di Gunung Lipur Bukit Soga.

YaQeen Ahmad: Sesungguhnya, penantian ini membuahkan muhasabah yang besar kepada saya iaitu, PERSEDIAAN.

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »