Episod 2 : Dekat di mata, jauh di hati…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dekat di mata, jauh di hati…

“Kerjanya di mana?”

“Di Menara Daya Bumi, Kuala Lumpur.”

“Oh, selalulah dating ya?”

Saya gelak kecil, 2 saat kemudian, gelak besar sedikit…

“Eh, tak adalah. Kami macam kenalan sahaja. Tak perlu lagi itu semua. Bergayut pun tidak.”

“Kamu ni peliklah…”

“Kalau ada jodoh, InsyaAllah tak ke mana.” Itulah acapnya untuk menenangkan hati sendiri.

Tanpa terlalu mengenali, kami diikat atas satu ikatan bernama pertunangan. Setelah bertunang, barulah saya sendiri yang merisik jejaka yang bergelar tunang itu menerusi teman-teman sekolejnya dan adik-adik saya.  

“Alah, kalau ada jodoh, InsyaAllah tak ke mana.”

Dengan menggariskan beberapa syarat, seminima mana kami berhubung. Itupun hal-hal yang terlalu berkait dengan majlis. Tidak selepas jam 12 pagi menghantar mesej, tidak berhubung dengan telefon, tidak keluar tanpa alasan kukuh… Semua urusan adalah urusan hal pertunangan dan pernikahan semata-mata.

Kami bercadang untuk tidak melayan perasaan masing-masing. Kawan macam biasa.

Usaha saya dengan mensibukkan diri dalam pekerjaan. Dengan hobi yang masih tebal, saya bekerja separuh masa sebagai cikgu tuisyen. Selepas setahun setengah bekerja, saya menyambung pengajian pula.

Saya sangat-sangat selesa dengan keadaan ini. Langsung tidak rasa terkongkong dan saya puas membuat sebarang keputusan sendiri. Sedikit-sedikit kami maklumkan hal-hal gerak kerja sendiri agar faham-memahami pada kemudian hari.

Hikmah Bertunang

Siapalah saya yang mahukan Mr. Perfect! Walhal saya memang bukan Ms. Perfect.

Dalam tempoh ini, selain mengenalinya, saya juga mengenali diri sendiri. Diri yang masih tebal dengan kekurangan. Oleh yang demikian, tahulah saya bagaimana untuk memperbaiki apa yang kurang itu. Suatu hikmah bukan? Hikmah yang tidak disangka-sangka..

 “Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas daripada tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka itu ampunan dan rezeki yang mulia.” (An-Nur:26)

   

YaQeen Ahmad : Berdoa kepada Allah, “Dekatkanlah hati kami bila sudah sampai masanya…”

4 Respons to “Episod 2 : Dekat di mata, jauh di hati…”

  1. farah Says:

    salam.
    insyaAllah..moga dipermudahkn urusn yer..selama sy n suami mengenali bakal suami aqeen..rsnye dia adalah
    pilihn terbaik dari Allah swt utk aqeen…
    sy mendoakn kebahagiaan kalian..

  2. isnahamid Says:

    tahniah kak qeen..moga berkekalan ke akhir hayat..
    bercinta sampai syurga yee..🙂

  3. avataraang Says:

    pengalamn hidup yg amat menarik..seronok dibaca dan ade pengajaran disebaliknya..

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Farah : InsyaAllah, pilihanku Pilihan Allah… Terima kasih sudi hadir ke majlis kami di Pt. Raja.
    isnahamid : InsyaAllah, cinta dunia yang ingin dibawa ke syurga… Amiin…
    avataraang : Alhamdulillah, ada manfaat, itu akar maksudnya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: