Episod 1 : Jawapan Istikharahku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Episod 1 : Jawapan Istikharahku

Niat Solat Istikharah

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Bunga di Taman Teman

Kegembiraan yang dikongsi...

Berkongsi Kegembiraan

Ahli keluarga yang selalu hadir dalam hidup ini... Terima kasih, moga Allah membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan

Pagi itu saya ke UKM untuk menanda kertas kerja pelajar UniKL MFI. Waktu itu saya masih bekerja sambilan di sana. Segar lagi dalam ingatan, tentang mimpi pada malam tadi. Semua jadi tanda tanya. Question mark memenuhi ruang legar di callout hati…

Hati gusar memikirkan ‘mesej’ yang ‘Uyun sampaikan. Mak juga sudah menelefon, menanyakan gerangan tuan badan.

Di corong telefon, “Macam mana, terpulang pada kau…”

Pesan abah, “Jangan menidakkan fitrah sendiri.”

Hati dan perasaan bercampur baur perisanya. Ketika itu, saya masih belum punyai pekerjaan, baru tamat pengajian, poket kosong, pengalaman pun kosong. Perkiraan ini harus ditindakkan dengan sebaik-baiknya, kerana dengan keputusan inilah antara pencorak awan kepada lakaran kanvas hidup saya.

Kalau saya terus terteka-teka, jelas sekali tiada faedahnya. Doa petunjuk jalan, bacaan Al-Mathurat, solat istikharah, ayat seribu dinar, doa mohon zuriat yang baik, saya acapkan. Semakin dalam, semakin terasa kerdil di Bumi Tuhan. Saya tiada sebaik-baik penolong selain-Nya. Kepada Dialah saya pohon sangat-sangat petunjuk jalan.

Iyya kanak budu wa iyya kanas ta’in. (1:5)

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

“K. Kinah, betul ke apa yang Aqeen buat ni?” Kak Kinah membalas ringkas, dan inilah antara yang saya pegang sebagai penguat semangat dan tanda berserah saya kepada Allah s.w.t.

Antara ingat dan tidak, bunyinya lebih kurang begini, “Aqeen, pilihlah yang baik permulaannya. Kalau baik permulaannya, InsyaAllah baik di akhirnya.”

Dengan rasa penuh kesyukuran, saya terima lamarannya.

Tanggal Oktober 2008, saya bergelar tunangan orang selepas genap seminggu rombongan merisik bertandang.

Doa Solat Istikharah

Doa Istikharah

Doa Solat Istikharah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

YaQeen Ahmad : Pilihanku Pilihan Allah…

Advertisements

6 Respons to “Episod 1 : Jawapan Istikharahku”

  1. amanda eltiqaz Says:

    tahniah aqeen =)

    insyallah bahagia. berdebar2 tak? lagi beberapa hari je lagi kan 😉

  2. 'uyun Says:

    Insyaallah, jika kita jadi anak yang baik, kita akan peroleh anak yang baik2, begitulah. Aku dah usahakan apa yang mampu aku lakukan sebagai adik sehingga ke tahap ini. Perjalanan yang seterusnya kau juga sebagai mastermind kepada diri kau sendiri. InsyaAllah.

    Insyaallah. Dunia ini tak lama, hanya tangga, jambatan dan apa sahaja dan akhirnya azab kubur, padang masyhar, neraca mizan, titian siratul-mustaqim, syurga atau neraka.

    Tawakallah pada Allah. Sekurang2nya kau telah berjaya membina sebahagian daripada tiang agama, sedangkan aku mati mungkin esok lusa. Moga berjaya in…

    Biiznillah, ameen..

  3. mutiarabernilai Says:

    salam alaik..
    ..’ fatawakkal ‘alallah wa kafa billahiwakiilaaa..’

    tahniah kak qeen.. moge episod selepas ini akan sentiasa di penuhi dengan rahmah dan kebaikan..amin Ya Rabb.. 🙂

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih banyak, dik. Moga barakah itu milik kita semua. Amiin..

  5. chot_ta_tao Says:

    salam..sekadar mencelah..nk tanya.. sy penah wt isthrh..n dlm mimp 2, bnyk kali sy mimp org yg sma..yg pnh rapat ngn sy dlu..tpi skrg da lost contact..u noe y? i hate him damn2 much..serius..dia pnh pemainkan sy..at d same tyme sy ase dia ada pakai ilmu, coz fmily dia dlm klgn bomoh..sy jgk broke up ngn dia sbb dia ni, ‘spesis laki yg ta taw kawal nafsu’. nk pegang2 n al those thingy.tpi sy xpnh bg muka. sy ase better break ngn dia..drp hdup trus mdekati zina.da 3 thn sy x contact dia..benci sgt..then, bla sy mimp 2 bnyk kli jugak, sy berhenti solat istikharah..sy tkut klu betul dia jodoh sy..sy dlm dilema..sy ta pandai agama..ajarkan sy tentang agama syumul ni..dan cara utk menepis ase benci yg teramat dkt dia..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: