Aktiviti Hujung Tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dulu-dulu pada Hujung Tahun

Dulu, saya tak tahu kenapa mak selalu sibuk pada hujung tahun. Kebetulan waktu tu cuti sekolah, saya lagi tak faham, kenapa mak tak duduk rumah macam abah. Abah cikgu, jadi bila saya cuti, mesti saya pun cuti sama. Tapi mak tak…

Kami sama-sama jaga diri masing-masing. Dan kami juga yang jaga rumah sebab waktu cuti sekolah, abah akan keluar rumah mencari pendapatan lebih.

Kebiasaannya, kami lakukan aktiviti di dalam rumah dengan membahagi-bahagikan tugas. Rutinnya, saya akan selesaikan basuhan, ‘Uyun mengemas dan menyapu, Azim buang sampah, dan Anas lap tingkap. Waktu tu Fiqrah belum dilahirkan lagi…

Mak, Ayong, Ciqqah, dan Abah

Pada musim cuti sekolah ini, Abah selalu berniaga kecil-kecilan. Adakala berjual baju sukan, adakala ambil upah pasang marmar di rumah orang, adakala buat aktiviti pemasaran, adakala berjual barangan terpakai, dan lain-lain perniagaan yang bukan perniagaan statik. Abah tak boleh duduk diam.

Abah juga bersukan pada waktu petang. Semasa kami tinggal di Kompleks Peladang Senggarang, aktitiviti sukan abah adalah sepak takraw dan badminton. Saya antara peminat yang datang dan menyaksikan setiap perlawanan itu. Tetapi, sebelum jam 7 petang, kami mesti sudah bersiap untuk ke kelas mengaji. Jika tidak, saya pernah dihukum kurung di luar rumah. Sadis…

Kami adik-beradik lebih banyak bermain sahaja di rumah. Pada waktu petang, setelah cuaca agak redup, barulah abah membenarkan kami keluar rumah. Dahulu, jam 4 petang, cuaca sudah redup. Sekarang, jam 6 petang pun, Matahari masih terasa seperti di atas kepala. Ataupun, hujan lebat…

Aktiviti di dalam rumah, kami gemar menghabiskan masa menonton CD. Dalam tahun 1996-1998, pada waktu itu sedang hit filem-filem hindustan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol. Teringat ‘Uyun suka berangan menjadi pelakon… Suka bergaya dengan sikat… (hoho~)

Selain daripada itu, kami habiskan masa dengan bermain catur. Habis semua kena marah dengan saya kalau tak main betul-betul. Alhamdulillah, saya konsisten terlibat dengan permainan ini sehingga sekarang. Pantang ada peluang, mesti mahu menyertai. Sebab saya kaki bangku, tak macam adik-adik yang lain.

Kalau ‘Uyun hebat dalam larian, Azim pula dengan permainan bola tampar. Sementara Anas dalam perlawanan hoki. Saya masih belum dapat menjejaki, apa kelebihan Fiqrah dalam bersukan. Tetapi dia aktif juga dalam kesenian. Lebih-lebih lagi nyanyian. Cuma dia tak gemar kalau orang hebah-hebahkan bakatnya. Malu… Baguslah…

Selain itu, kami juga suka bertanding. Bermain kuiz dan teka-teki. Dan pernah sekali, kami buat pertandingan memasak antara empat beradik ini. Saya, ‘Uyun, Azim, dan Anas. Kami bertanding membuat kuih. Azim pertama, ‘Uyun kedua, Anas keempat, dan saya? Pertama dari belakang…

Sementara kami menghabiskan masa di rumah, mak masih sibuk di pejabat, mengemaskinikan fail-fail dan akaun-akaun niaga FAMA Batu Pahat. Sudah 20 tahun mak dalam bidang yang sama. Tengok gaya mak bekerja, sering juga aku menyamakan dirinya dengan diri ini sendiri. Tegas dan hemat dalam kerjaya. Sama macam ‘Uyun juga.

Kalau sehari mak bercuti, punyalah kami keriangan pulang dari sekolah. Ada orang kemas dan basuh baju di rumah. Semuanya bagaikan sempurna.

YaQeen Ahmad : Semua sudah pandai berdikari…

Aktiviti Hujung Tahun Semasa Bujang

Dua tahun sudah, saya masih bergelar mahasiswa. Mencari-cari apa aktiviti yang boleh diisi pada hujung tahun, rakan mencadangkan ke Taman Tema Genting Highland. Cukup berbaloi menaiki bas dari Hentian Kajang. Hanya dengan RM48, kami berlima mengambil pakej percutian ke sana.

Kemudahan yang disediakan adalah tambang pergi-balik dan tiket permainan untuk semua permainan luar (outdoor-games). Murahkan?

Kami rasa sangat seronok di samping meraikan berakhirnya peperiksaan akhir semesre. Untuk jimat, kami bawa bekalan makanan dari UKM.

Dalam rumah salji

YaQeen Ahmad : Gayat~!

Pada hujung tahun lepas, saya dan kawan-kawan serumah Al-Hamra’ mencuri masa untuk bercuti sempena meraikan perkahwinan Halijah. Kami memilih Port Dickson sebagai destinasi percutian. Bertempat di Telok Kemang, kami menyewa sebuah rumah di Cocobay Condo, dekat dengan pantai.

Bersiar-siar di waktu petang

Dijatuhkan oleh pakcik pemandu Banana Boat

Selepas menaiki Banana Boat, berkayak pula

Ambil angin petang...

Pada waktu malamnya, kami menikmati angin pantai di tepi kolam renang sambil berbarbeku… Borak-borak…

Barbeku di tepi kolam.. bertemankan nyamuk..

Ayam barbeku KASIH SAYANG...

YaQeen Ahmad : Gian juga nak naik Banana Boat lagi.. Teringin nak cuba jetski pula…

Aktiviti Hujung Tahun Ini…

Cuti semester pelajar hanya baru bermula. Dalam Disember ini, setiap minggu penuh dengan undangan perkahwinan. Semua undangan wajib pergi kerana kesemuanya rakan-rakan terdekat.

Pada hujung tahun ini, 25-27hb Disember, saya dilantik sebagai fasilitator ke Jambori Nisa’ Selangor. Mungkin ini adalah rehlah terakhir saya pada hujung tahun ini.

YaQeen Ahmad : Bercita-cita untuk makan angin ke Sabah pula.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: