Mathematics OBE 2009, UniKL

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bermuhasabah di Puncak Gunung…

8-10 November lepas, seramai 5 orang daripada tim Unit Matematik UniKL MFI telah menghadiri kursus Mathematics Outcome-based Educational di Strawberry Park, Cameron Highland, Pahang.

Jadual padat sehingga 10.30 malam mengkehendakkan para peserta kursus untuk membaiki dan merancang silibus bagi subjek Matematik untuk pelajar Diploma di seluruh kampus UNIKL.

Secara keseluruhan, saya amat menghargai peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertainya. Proses perbincangan amat telus dan para peserta diberi peluang untuk mengemukakan pendapat tidak kira pangkat.

YaQeen Ahmad : Peluang amat penting dan menuntut saya menggunakan sebaiknya. Sesetengah perkara, ia hanya datang sekali seumur hidup.

Suasana di Cameron Highland, Pahang

Keluar dari van, rasa sangat selesa menghirup udara segar di Berinchang. Susahnya nak dapat udara nyaman begini di Bangi. Apatah lagi KL.. (jangan marah orang KL..)

Tengahari di puncak gunung ini menyamankan. Tetapi kepala, perut dan tekak saya tidak begitu selesa. Suku peket juga saya habiskan asam Kak Zie (Big Boss) akibat loya mengharungi jalan yang berliku-liku.

YaQeen Ahmad, Boss, Big Boss

Di Strawberry Park, kami dijamu dengan makanan yang enak. Seronoknya, mata pun dijamu dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan.

MasyaAllah, kejadian alam dari pandangan atas gunung begitu mengagumkan.

Sejauh dan secantik mana tempat yang saya pergi, hati sendiri mesti terdetik… “Alangkah lagi seronok kalau ia dikongsi dengan mak, abah dan adik-adik bersama…

Santap pagi

Di sebalik Awan..

Pada hari terakhir, kami singgah di Kea Farm. Banyak barangan boleh dibeli untuk dijadikan buah tangan. Barang kering mahupun barang basah.

Bunga… banyaknya bunga… Bunga cantik-cantik… Tapi saya suka ros putih je!

Saya tidak memborong apa. Sekadar membeli apa yang dirasakan perlu. Jagung? Pasti tidak ketinggalan untuk mencuba Jagung Mutiara kerana ia adalah kegemaran saya. Kenyangnya… Sebutir jagung ni sebesar seruas jari telunjuk.

Saya ingin ke sana lagi… Dengan objektif untuk melancong!

YaQeen Ahmad : Bermusafir salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.

3 Respons to “Mathematics OBE 2009, UniKL”

  1. TaRoTiTo Says:

    byknye gambar makan…pg cameron utk mkn je ni…

  2. simple-shida Says:

    salam zulhijjah..
    uwwaahhhh…bestnye p cameron..hehe
    last kak p.. 1998.. em, lama sgt dh. mse tu form 4..hehe
    main netbal.. hiking smpai tsessat dlm gunung brinchang.. jln2 ladang teh.. em..bestnye.šŸ˜‰

    insyaallah nnti set up rehlah geng nisa’ wahh.. sure gempak lg power rangers..hehee..šŸ˜‰

    slm eid adha dik.. mkn daging jgn byk2.. nnti overdos.. susah pulak …ehehe…

    c u later.. taking care..šŸ˜‰ miss u..ehehe..

  3. YaQeen Ahmad Says:

    Fadly : Makanan sedap2.. Hehe. banyak lagi gambar makanan.. tapi tak nak tunjuk.. nanti semua terliur pula..

    K. Shida : Kak, i ate a lot dagings… hehe.. mmg makan daging sokmo nak panaskan badan.. walaupun org kata tak sejuk… tp pada saya dah cukup sejuk tu… Jom2 buat rehlah selagi saya masih sempat nak join… rindu kat akak juga.. rindu dengan tim nisa’… kak, jumpa kat kedah tahun depan.. jambori ni saya dah set 3-4 org dari MFI… Sry dah lama tak turun padang.. InsyaAllah end of this month sy bg nama.. Including me!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


»
%d bloggers like this: