Tasik Y

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Tasik Y

YaQeen Ahmad, Amanina, Cikgu Nizam, Dr. Wani, dan Warden TIGS (nama tak ingat).

Di pagi yang hening, saya dan Fiqrah ke Tasik Y pada hujung minggu yang lalu, kira-kira dua minggu yang lepas. Aman mengajak dan mengumpul kami untuk ke aerobik di Tasik Y.

Berjalan-jalan di Tasik Y salah satu aktiviti santai saya suatu ketika dahulu (selepas SPM, cuti semester matrikulasi ). Bersenam?  (tak senam sangat pun… cuci mata saja…)

Nama Tasik Y diambil bersempena luas dan bentuk tasiknya yang berbentuk Y. Di tengah-tengah tasik, terdapat sebuah pondok kecil untuk pelawat-pelawat duduk bersantai.

Sudah lama tidak berborak-borak mengimbau cerita lama, cerita kenangan sekelas kami, 3RK1 di Temenggong Ibrahim Girls School. Alhamdulillah, rata-rata kawan-kawan sekelas kami semua sudah bekerja ataupun masih dalam pengajian.

InsyaAllah, sempena salah seorang sahabat kami meraikan hari bahagianya nanti, Norfazilah atau nama glamournya, Temah, kami semua akan ber’re-union’. Di kesempatan ini, saya ingin mewar-warkan kepada rakan-rakan sekelas, 3RK1 batch 1998-2000.

 

YaQeen Ahmad : Tak sabar nak ber’reunion’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: