Etnomatematik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Etnomatematik

Etnomatematik ialah matematik yang mengambil kira budaya di mana matematik itu berkembang. Menurut Maria (1999), etnomatematik merupakan kaedah untuk menjelaskan atau memikirkan matematik dalam budaya dan mikro budaya di mana ahli-ahlinya berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan komunikasi biasa.

Manakala Shaharir (2002) pula mendefinisikan etnomatematik Melayu sebagai matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibaca dalam bahasa Melayu dan mengikut nilai Melayu.

Bagi menjelaskan tafsiran matematik Melayu pula, kupasan oleh Shaharir (2001) lebih menyeluruh, iaitu Matematik yang mengikut persepsi rumpun Melayu, termasuklah matematik yang diubahsuai kegunaan, konsep dan teorinya mengikut budaya Melayu yang luas, termasuk cara hidup, nilai, kepercayaan, ideologi, agama dan sebagainya.

Justeru, terdapat banyak khazanah ilmu Melayu yang perlu diterokai dan dipersembahkan kepada khalayak.

YaQeen Ahmad : Bercita-cita ingin jadi rujukan Etnomatematik di Malaysia, InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: