Tahniah di atas kelahiran.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kehadiran Orang Baru

Diucapkan tahniah kepada Puan Halijah dan suami. Mereka telah dikurniakan  seorang cahayamata puteri, anak sulung mereka pada lewat petang semalam.

Didoakan semoga kehidupan mereka bertambah ceria dan bahagia dengan kehadiran Si Cilik.

Setibanya di Bilik Sentosa, Tingkat Dua, Hospital Az-Zahrah, saya telah terserempak dengan beberapa rakan Nisa’ Serdang yang lain.

2.64 kg. Hanya menang 0.02kg daripada berat saya dahulu semasa dilahirkan. Berambut lebat, berbibir nipis, berkulit cerah dan mulus… Comel!

Semoga Halijah dan anak terus sihat. (^^,*)

Dimudahkan Urusan

“Ya Allah, mudahkanlah urusanku.”

JGG baru sahaja keluar dari ‘kliniknya’. Batuk dan selsemanya sudah hilang, demam dah pun kebah. Tapi belumpun JGG cukup sembuh, dia luka lagi, tergeser tadi.

Menggigil puan, kelu, cuak dan bimbang. Puan bersalah. Tapi JGG tak mengeluhpun. Dalam hati JGG, puan tak tahu… maafkan puan JGG…

Puan terus telefon mak…

“Ya Allah, peliharalah JGG ku… Mudahkanlah kami dalam menerima tarbiyah-MU… Sabarkanlah hati kami menerima dugaan-Mu… Tetapkanlah langkah kami di jalan-Mu…”

Menangis puan. Serba salah kepada kawan JGG yang kita tak kenal tu. Dia pasti sakit juga sebab lukanya pun teruk juga.

Puan masuk ke dalam bangunan, mencari aircond dan ketenangan.

Bila puan keluar semula selepas 15 minit, kelibatnya hilang. Tak sempatpun nak minta maaf.

Moga hari esok lebih baik daripada hari ini…

YaQeen Ahmad : Tak sabar nak tahu nama anak Halijah.

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Satu Respons to “Tahniah di atas kelahiran.”

  1. TaRoTiTo Says:

    Fakta Nasional Geografi :

    1) enjin keretapi shj lbh bsr drpd JGG
    2) tyr keretapi lbh krs drpd tyr JGG dan disahkan tidak akn pancit smpi bila oleh Goodyear
    3) keretapi tidak memerlukan stereng seperti JGG untuk memandu
    4) JGG hanya mempunyai 5 speed gear dan 1 gear reverse manakala keretapi mempunyai 8 speed gear forward dan 8 speed gear reverse
    5) JGG hanya mempunyai 1 warna shj iaitu hijau manakala keretapi mempunyai lbh dr 5 warna dan diyakini lbh ceria dan memenuhi konsep 1Malaysia
    6) Keretapi tidak memerlukan road tax manakala JGG perlu renew road taxnye stiap thn

    Kesimpulannya :

    Jelas terbukti bahawa keretapi lbh byk kelebihan drpd JGG cik aqeen…. jadi kenapa mesti beli JGG… Maka dgn itu marilah membeli keretapi berdasarkan kelebihan2 yg dinyatakan di atas…hahahhaha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: