Mawar Berduri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Biarlah Aku Mawar Berduri…

Kelmarin saya menerima ‘sepucuk’ emel daripada Mohd Najib, seorang adik yang terbaca petikan cerita Mawar Berduri yang pernah saya post suatu ketika lalu.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau. Seolah-olah ada suntikan semangat kepada saya di atas permintaannya untuk saya menyambung kembali sambungan petikan-petikan cerita Mawar Berduri yang saya telah saya dan rakan-rakan pembaca karang tempoh lalu.

Saya tukar sedikit tajuknya, Biarlah Aku Mawar Berduri. InsyaAllah permintaannya akan diberi perhatian yang sewajarnya. Ditelan dek kesibukan dunia, ia mestilah tidak boleh dijadikan alasan bagi orang yang berusaha.

Tiada janji apa-apa, saya cuma membalas, “InsyaAllah, boleh diusahakan.”

YaQeen Ahmad : Tidak suka berjanji. Kalau termungkiri, pasti sakit.

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Mawar Berduri”

  1. irhafiz Says:

    Usah war-war serinya mawar jika ia berduri. Mengapa ditabur-tabur wanginya mawar kalau mahu menjaga kesuciannya. Pasti tidak salah lebah-lebah mukhlisin hinggap menatapi peri wanginya aroma yang dihidangkan oleh mawar yang diceritakan berduri itu.

    Pasti tidak seorang kelihatan gadis-gadis mentah dan manja, yang gelojoh memasuki alam remaja mereka. Bagi mereka, semua itu merupakan kebebasan dan suatu hak.

    Manakan dipejam mata-mata liar muda remaja yang dihadapannya ada patung-patung bergelar gadis dan beliawanis dengan lughah dan seri yang mencolok mata. Sukar… memang sukar. Kecuali mereka yang kukuh imannya.

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Tajam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: