Konflik yang Realiti

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Konflik yang Realiti

Semua orang pun ada masalah. Siapa yang tiada masalah angkat tangan?!

Namun, sejauh mana kita mengendalikan dan seterusnya menyelesaikan masalah, itulah yang sewajarnya ditimbangkan dan bukan dipanjang-panjangkan tanpa susun atur yang tidak ada hala tujuannya.

Masalah semakin rumit bila ia bertukar menjadi konflik. Konflik yang tidak ditangani dengan bijak mungkin sekali boleh memakan diri.

Murung

Saya jadi sedikit murung pada minggu ini. Selepas jumpa dengan penyelia akademik, jadi lagi murung pula walaupun tawarannya sangat lumayan. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan.

Beliau berkehendakkan kajian sarjana saya kelak boleh untuk diteruskan ke peringkat doktorat. Maknanya, saya kena berusaha keras 3 kali ganda dari sekarang. Walhal, sekarang 1 kali ganda pun macam tak sampai…

Dating

Untuk mengelakkan saya terus bermuram durja dengan target yang diletakkan kepada batang hidung ini, saya plan untuk bertemu dengan antara rakan-rakan Nisa’ yang terdekat. Saya langsung membuat janji temu. Jawapan mereka, “Bestnya! Boleh2.” Entah-entah mereka senasib dengan saya…Stress… stress… hehe

Minta pendapat kepada orang yang tepat

Kadangkala, rakan baik sendiri bukanlah orang yang tepat untuk anda rujuk pada waktu ini. Saya sendiri harus pastikan di manakah kedudukan konflik saya ini dan kepada siapakah harus saya minta pandangan.

Mungkin kawan yang biasa-biasa juga boleh mendatangkan pandangan yang bernas kepada saya. Lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan yang searena di tempat kerja, punyai minat yang sama, punyai jadual harian yang agak sama, dan masalah yang hampir sama.

Lantas saya menghubungi beberapa orang rakan yang saya percaya boleh memberikan sedikit input terutamanya kepada yang sedang bekerja sambil belajar.

Jawapan

Saya dah nampak sedikit cahaya pada konflik saya ni. Antara kerja dan belajar, saya perlu rebut keduanya pada waktu ini. CUMA! Saya harus terhadkan aktiviti sampingan yang lain, barulah saya boleh memberikan fokus kepada perkara yang sepatutnya saya perlu aulakan.

Saya hubungi mak, “Mak cadangkan kau kena kerja, kalau tak, macam mana kau nak belajar.” Baiklah, saya akan ikut cakap mak… Walaupun ada masa betul-betul rasa tak larat…

Memikirkan tak larat, saya sepatutnya rasa malu dengan diri sendiri. Sedangkan kerja bukan berperang di medan, saya sudah hampir kalah.

Kesimpulan…

Itulah resam dunia… Kita memang boleh hendakkan semua, tapi kita tak semestinya dapat semua itu. Kadang-kadang, hendak satu kena korban satu.

Akhirnya, formula ini yang saya temui dan ia akan efektif sehingga hujung tahun depan, InsyaAllah.

Fokus = Bekerja + Kerja Kursus + Tesis – beberapa peranan

YaQeen Ahmad : Yeay! Terima kasih kepada yang mendoakan!

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 7 Comments »

7 Respons to “Konflik yang Realiti”

  1. ikram Says:

    boss….buat ler leklok…

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Fokus dah sikit lari… Sedih… sedih… Ana perlukan kesabaran yang tinggi…

  3. padelito Says:

    aqeen!!
    samat ari raye
    maap zaher n batin

  4. Hamim Bin Nasoha Says:

    Salam sesuci lebaran,

    Ada satu situasi yang pernah saya lalui yang mengajar saya bertindak dan berfikir secara aktif.

    Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, saya bertemu dengan Pengerusi PTS iaitu Puan Ainon. Antara soalan awal yang dilontarkan oleh beliau adalah, “Bila buku mahu siap?”

    Saya jawab, “Susah hendak siapkan sebuah buku. Paling susah peringkat touch up.”

    Mendengar jawapan saya, beliau terus menegur, “Jangan guna perkataan susah, gunakan frasa aktif. Contohnya, saya sedang mengusahakannya, beberapa bahagian sudah siap. Peringkat seterusnya adalah touch up. Itu akan kedengaran lebih baik.”

    Kesimpulannya, bertindak dan berfikir secara aktif akan memudahkan komunikasi antara dua pihak. Jika saya asyik menyatakan masalah, pihak penerbit (PTS) akan terbeban dengan masalah saya. Hasilnya produktiviti kedua-dua pihak tidak meningkat.

    Isi saya yang berikutnya mungkin tiada kena mengena dengan tulisan Cik Yaqeen, tetapi ia tetap menyentuh perkataan yang bernama “masalah’.

    Saya banyak terbaca blog yang gemar melambakkan/menyesakkan/menyusahkan pembaca dengan masalah penulis. Pembaca dipaksa-paksa sama beremosi dan bermasalah seperti mereka.

    Saya maklum, blog adalah ruang peribadi dan kita bebas menulis apa sahaja. Tetapi blog yang asyik “emosi” akan mengurangkan pengaruhnya terhadap pembaca, apatah lagi mereka yang mendambakan isi yang ilmiah.

    Akhir kalam, saya sampaikan satu pesanan yang diperolehi semasa mengikuti bengkel penulisan PTS. “Emosi penulis tidak penting, emosi pembaca lebih penting dan perlu dijaga.”

    Wallahulam.

  5. YaQeen Ahmad Says:

    Salam sesuci Lebaran juga.

    Terima kasih saudara. Input yang sangat baik dan saya akan ambil poin-poin yang penting tersebut sebagai iktibar.

    Untuk makluman saudara, kebetulan, blog saya bukanlah blog rasmi. Maka saya cuma sesuaikan pengisiannya mengikut hal ehwal semasa diri sendiri dan sekitarnya. Saya mengalu-alukan kedatangan pembaca dan tidaklah menempelak kalau-kalau ada yang tidak suka.

    Idea saya ketika merencanakan blog ini.

    Kita mempelajari hal-hal kehidupan melalui 2 cara :

    i) Teori
    Contoh : melalui pembacaan
    Kes : Kita membaca cara ingin menguli tepung. Baca, faham dan hadam.
    Kejadian : Tepung belumpun siap lagi

    ii) Amali
    Contoh : berusaha menyediakan bahan-bahan untuk meguli
    Kes : Menguli tepung dengan air yang terlalu sejuk (cara yang tidak tepat)
    Kejadian : Tepung jadi bantat tetapi kita belajar dari kesilapan.

    Hal sebeginilah yang saya ingin kongsikan. Teori + amali sedikit sebanyak. Dan bukannya teori semata.

    Dalam pemerhatian saya, kita sebenarnya kekurangan juga bahan bacaan yang berbentuk pengalaman. Adakah orang tidak gemar? Tetapi boleh juga jadi gemar bukan kalau-kalau sesetengahnya mirip-mirip dengan cerita kita dan ingin tahu bagaimana cara nak selesaikannya.

    Pernah juga saya terfikir, banyak sajian bacaan berbentuk ilmiah, tetapi yang bagaimanakah dapat membantu saya untuk menyelesaikan masalah harian. Menerusi pengalaman orang… tetapi dengan bagaimana kalau tidak diceritakan?

    Ada ketika kami (rakan Nisa’) diskusikan hal demikian dengan kesimpulan bahawa, banyak perkara tentang hidup, kita tidak mempelajarinya secara formal di sekolah atau institusi-institusi peringkat tinggi.

    Hal-hal pengalaman untuk dikongsikan, terasa cacat pula untuk diintelekkan, takut tidak sampai hujahnya. Kebetulannya juga, bila hal pengalaman memang amat berhubungkait dengan soal emosi.

    Ini juga proses pembelajaran. Untuk blog ini, ada di antaranya (atau dengan banyaknya) saya mengkuliahkan cerita ekslusif emosi dan rohani dengan mengkategorikannya sebagai CERITAWARA. Untuk kategori-kategori yang lainnya, sudah tentu saudara dapat membezakan antaranya.

    Alhamdulillah, dalam perancangan masa depan, memang ada cadangan untuk saya bina satu blog yang formal, dan isinya sesuai dilabel sebagai bahan intelek atau ilmiah (insyaAllah). Barangkali belum ada izin-Nya, saya harus tangguh hingga masa yang sesuai supaya saya adil membahagi masa kepada mereka (blog-blog).

    Terima kasih sekali lagi kepada saudara yang prihatin. Selamat membaca. (^^,*)

    Nota :

    – Ungkapan klasik al-Ghazzali, “lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal”. 1 Fakta, mereka saling memerlukan.

    – Dari tulisan John Gray, ” lelaki itu LELAKI9 logik dan 1 emosi manakala perempuan 9 emosi dan 1 logik.” 1 Fakta, mereka saling memerlukan.

    Oleh yang demikian, sekiranya kita selalu membesar-besarkan mereka yang tinggi rasionalnya, jangan pula kita perkecilkan soal emosi. Peranannya SAMA BESAR.

    Untuk tambahan pengisian, suka saya cadangkan sahabat-sahabat semua membaca di sini. Maaf kerana yang dicadangkan, intipatinya berkisar sedikit tentang hal rumahtangga. Walaubagaimanapun, semoga sahabat-sahabat menceduk poin yang diperlukan. Wallahua’lam.

  6. Respon « Menyulam Suara Minda Says:

    […] Pena Kaedah Pengajaran Al-Quran Masa KiniKonflik yang RealitiDoa […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: