Haramkah Tarian Poco-poco?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pendapat Peribadi Saya

Seringkali saya dengar atau alami sendiri, mana-mana siri latihan kursus menyelitkan aktiviti riadah dengan tarian poco-poco. Namun, saya akan sedaya upaya mengelak untuk turut serta kerana menari di khalayak terbuka, bukan cara saya.

Kurang manis bagi muslimat menari dengan melenggangkan tubuh badannya untuk tontonan umum. Walaupun niat asalnya hanya sekadar berriadah. Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan aturcara yang menyelitkan tarian poco-poco sebagai satu aktiviti. Elakkanlah sesuatu aktiviti yang langsung tidak melibatkan kita dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Apatah lagi bentuk hiburan yang melalaikan. Na’udzubillah…

Petikan emel ini saya terima daripada seorang ukhti yang memanjangkan isi emel tersebut.

Kebenarannya belum cukup jelas, namun boleh membuatkan para pembaca terfikir juga. Saya serahkan kepada pembaca budiman semua untuk menilai sejauh mana kekuatan mesej yang disampaikan oleh emel berantai ini. Wallahua’lam.

Haramkah Tarian Poco-poco?

Mula (petikan asal)

PETIKAN DARI EMEL YANG DITERIMA…MENGUCAP PANJANG SELEPAS MEMBACA….YA ALLAH MOHON DI AMPUNKAN DOSA UMAT MU INI…
Ntah betul ke tidak wallahualam. …
Dipanjangkan. …..

Salam…pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco.
Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

“Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”

Masya Allah…penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini ‘terungkailah’ persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.
Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini. WALLAHUALAM

Tamat

YaQeen Ahmad : Suka Tarian Zapin


Dikirim dalam Eksplorasi. 26 Comments »

26 Respons to “Haramkah Tarian Poco-poco?”

  1. Adli Says:

    Salam Aqeen..

    Astagfirullah… Jika benarlah, ia mmg patut diharamamkan.. Majlis Fatwa perlu ambil langkah yg proaktif.. Tapi itulah sikap orang kita, terlalu mudah terikut2 dgn budaya yg entah dari mana dtg tanpa memeriksa asal usulnya terlebih dahulu..
    Tarian Zapin tak apa…hehe…

  2. leli_syifa Says:

    salam…..

    saya sangat terkejut apabila membaca mengenai berita ini……tidak sangka rupa2nya tarian poco-poco ini menyerupai bentuk salib…saya menyeru agar rakan2 di luar sana menghentikan dari menyertai mana2 acara riadah yang melibatkan tarian ini….sekian …wassalam…..

  3. wardah Says:

    memang den xsuka dgn tarian ini.mungkin kita boleh buat dengan cra yang betul bg mereka yang minat sgt..
    saya juga penah mengikuti tarian ini di pertandingan futsal perempuan..sebelum pertandingan, ada tarian ini..saya sekadar ikut tarian tanpa melenggukkan badan…tapi bg mereka yang mahir, mereka melentok2kan badannye..mungkin ini yang salah, bg saya lah..
    memang tarian dia dalam kerangka ‘+’ iaitu bsamaan tanda salib..
    astaghfirullah…

    mohon kebenaran untuk masuk ke dalam blog saya..

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Diizinkan kepada sesiapa ingin menyalin artikel ini. (^_^) Semoga ada manfaat untuk bersama..

  5. Adli Says:

    Alamak, saya dh salin tanpa kebenaran… Minta maaf Aqeen, lupa nk minta izin…

  6. daniel taufik Says:

    dah copy semua nya sekali..

  7. YaQeen Ahmad Says:

    Silakan2…

  8. irhafiz Says:

    Tuan-tuan,

    Mengapa perlu didalami sebegitu terperinci sekali mengenai hal tarian poco-poco ini? Mengapa perlu risau ia syirik atau tidak?

    Apa yang selama ini saya faham, mengkaji adalah bertujuan untuk memahami apa yang diragui. Maka kiranya ia berbentuk tarian yang memang melalaikan, perlukah dikaji lagi halal haramnya?

    Bukankah tarian bukan poco-poco pun, yang banyak dikonsert misalnya, juga adalah haram?

    Namun, bukanlah ia suatu tanda yang saya memandang kajian terhadap tarian ini adalah suatu yang sia-sia, tetapi sedikit terkilan apabila perkara-perkara yang jelas haram masih perlukan kajian lagi untuk membuktikan ia adalah haram.

  9. YaQeen Ahmad Says:

    Ia adalah langkah bagi orang yang mahu berfikir En. Hafiz… Bukalah peluang yang ada. Hidayah orang tak semua datang pada waktu yang sama. (^_^)

  10. wardah Says:

    sebab kdg2 org fikir itu antara org perempuan, xpe..jadi bila ade kajian ini, jelaslah, tarian poco2 ini walaupun sesama perempuan, adelah xdiharuskan…
    mcm konsert, ia klu antar perempaun, dan mengikut syariat, mash boleh..
    itulah sebenarnye

  11. YaQeen Ahmad Says:

    Ya, saya sangat setuju. Nisa’ BP pun pernah buat fashion show. Tapi di kalangan muslimat sahaja. Seronok2! Hehe

  12. Haramkah Tarian Poco-poco? « Laman Nurani Says:

    […] Klik untuk sambungan seterusnya: haramkah-tarian-poco-poco […]

  13. YaQeen Ahmad Says:

    Laman Nurani : Selamat datang diucapkan dan selamat membaca. Terima kasih kerana memanjang entri dalam blog ini.

  14. ijat90 Says:

    tima kaseh yaqeen kerna bg mklumt yg baik tok umat islam sejagat.klu xde org sperti yaqeen nie,rosak la akhlak umat islam skg terutama anak melayu kte.harap ada berita psl owg kristian nk mrosakn umat islam yaqeen blh hebahkn pd smua.tq

  15. kenny Says:

    Salam Sejahtera:

    Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit pendapat iklas saya mengenai isu-isu yang agak hangat yg mana ia telah dikirimkan oleh seorang penulis tentang pengharaman tarian poco-poco dan ia telah hebor hampit semua web-site yang ada kaitan dengan poco-poco,maka saya pun telah memasukki hampir smua web-site tersebut dan telah memberi pandapat saya disana.
    Sama juga hari ini saya terjumpa web-site yaqeenahmad dan berikut adalah kenyataan saya.

    Pada mulanya,anda,saya dan pada pembaca yang lain adalah seorang manusia,selagi kita disifatkan sebagai manusia maka tak terlepaslah kita sama ada langsung atau tidak langsung,sedar atau tidak sedar,sengaja atau tidak sengaja,bila-bila masa sahaja boleh melakukan sesuatu perkara.

    01-Kita pastikah apa yang si penulis tulis itu benar ? Dari mana dia dapat info yang kata tarian poco-poco itu asalnya daripada Filipina atau mana-mana negara ,kalau daripada negara apa sekalipun apa salahnya kalau ia bagus dan berfaedah,kita mengikutnya ?

    02-Si penulis juga ada sebut bahawa,tarian poco-poco digunakan semasa penganut ugama kritian buat penyembahan kepada Tuhan mereka,kononnya ia bentuk Salib,adakah ini benar,adakah ini munasabah ? adakah ini betul-betul terjadi ? adakah penyembahan penganut kritian di Filipina berlaian dengan penganut kritian di negara kita ? Yang saya tahu penganut kristian di negara kita tak pernah langsung pun buat peyembahan Tuhan dengan tarian poco-poco pun.

    03-Kalau dikatakan cara menari putarannya sama seperti bentuk Salib adalah Haram,maka tahukah anda bahawa banyak tarian-tarian biasa yang diamalkan oleh kaum masyarakat dinegara kita tak kira bangsa atau ugama apa ada seketika akan memutar seakan -akan bentuk Salib,adakah itu juga Haram ?

    04-Untuk pengetahuan,menari dengan memusing 4 penjuru adalah perkara biasa dalam apa tarianpun,kenapa pula traian poco-poco pula sahaja dikatakan Haram ?

    05-Dan untuk pengetahuan kawan-kawan,lagu-lagu yang digunakan untuk tarian poco-poco yang kebanyakan orang guna adalah jagu ciptaan daripada Indonesia dan dinyangi kan oleh Yopie Latol yg mana ia adalah kisah cinta seorang lekaki dan perempuan langusung tak ada apa-apa makna berbentuk pemujaan mana-mana Tuhan atau agama.

    06-Dan langkah untuk tarian [poco-poco pun adalah langkah-langkah atau step senamrobik yang biasa digunakan oleh NFC.Bukan langkah Black Metal,Breakdance atau Goyang Kepala.

    07-Dan kebanyakan peserta tarian poco-poco pun memakai pakaian Track Suit iatu Baju T,seluar sukan panjang dan kasut sukan untuk buat senaman.

    08-Dan kenapa kita ada kenyatan daripada Jabatan Agama Islam atau JAKIM yangmengatakan tarian poco-poco itu Haram ? kenapa hanya seorang indivisual sahaja kata macam itu,kita semua dah kalam kabut ?

    09-Apa-apa pun mesti ada bukti yang kukuh barulah kita percayakan ?\

    MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM,
    DOSA BESAR HUKUMANNYA.

    MENGHARAMKAN PERKARA YANG HALAK,
    LAGI BESAR HUKUMANNYA.

    Sekian terima kasih.

    Saya bukan pandai-pandai tetapi cuma nak membetulkan keadaan,kerana kes ini akan jadi masalah kalau pihak yang tertentu tak ambil tindakan,saya terima saja kalau ada bukti yang kukuh dalam apa-apa perkara pun ,tapi kalau tak ada bukiti dan bukti itru datangnya daripada individula sahaja bukan daripaha pihak-pihak tertentu ynag bertanggung jawab,saya tak terima.

    bye.bye

  16. YaQeen Ahmad Says:

    Pertamanya Kenny, terima kasih sebab mengulas. Ia benar-benar mencetuskan satu idea yang boleh kita diskusikan. Walaubagaimanapun, saya ingin merujuk kepada beberapa pihak dan mengkaji dengan lebih detail tentang poco-poco ni.

    Saya letakkan tempoh 2 minggu untuk jadikan ia satu assignment sendiri. Moga Allah permudahkan saya.

    Satu persoalan yang boleh diselidik adalah, adakah poco-poco ada kaitan dengan ritual agama kristian atau tidak?

    Bentuk-bentuk tarian tradisional, adakah terbabit dengan ritual keagamaan atau seni semata-mata.

    Walaubagaimanapun Kenny, yang jelas dan isu yang saya telah ketengahkan di atas adalah, saya TIDAK BERSETUJU jika poco-poco ditarikan atau disenamkan oleh kaum wanita muslimah di khalayak ramai. Belum DARURAT pun untuk bersenam dengan melenggokkan badan dan ditonton oleh orang yang bukan muhrim.

    Kita ada ‘channel’ lain untuk bersenam beramai-ramai, contohnya senamrobik. Pakaian? Of course dari material yang bersesuaian.

    Wallahua’lam.

  17. mrjien Says:

    salam..btl ke ape yg sy baca nie..
    bagi sy nilai kembali sy rasa malu dan keliru

  18. Didy ella Says:

    saya menyokong pendapat apa yang di komen oleh kenny… x da bukti knapa perlu takut…. kalau step “+” x blh di ikut bermakna silat tu perlu di haram kan coz silat ada step mcm “+” tu…. so give an idea for that. knapa x haram kan semua yang berbentuk salib contoh sign board ke…. apa2 lah yg berbentuk salib…..

  19. Didy ella Says:

    satu lagi kalau kita ingat Allah swt benda tu x jadi masalh lah kawan2….. bagaimana pun kita x dapat nak mengelak dr kebenaran….. satu lagi aqeen, tya kwn awak btul2 sblm nak komen cari bukti tu btul2….. baru blh komen…. kalau komen kosong tu nama nya beri malu jer………….

  20. Didy ella Says:

    kalau mcm tu rumah, kereta t junction tukar jer lah bulat semua… jgn bagi t juction…. huruf “t” tu jgn di guna lagi coz dia berbentuk salip…. hahaha………..

  21. eppu Says:

    salam..
    just nk tumpang lalu disini untuk memberi pendapat..
    andai kata ada yg salah sy mntk maaf sebab sy manusia yg bukan maksum.. ermm..

    sebenarnya saya adalah salah seorang yang mempelajari tarian poco2 ini.. malah saya telah mempelajari sehingga step ke-7 tarian ini..

    sy juga pernah menerima email yg serupa dengan email di atas.. memang sejujurnya saya rasa bersalah kerana tidak mengetahui akan sejarah sebenar tarian poco2 ini..

    namun setelah dikaji, tiada sebarang sumber yang menyatakan bahawa tarian poco2 berasal daripada filipina.. dan juga ditarikan di dalam upacara agama kristian.. hampir semua artikel yg sahih menyatakan poco2 berasal daripada indonesia…

    mengenai pergerakan poco2 yang dinyatakan bermula daripada kiri.. sejujurnya saya x pernah nmpk dan buat mn2 tarian poco2 yg bermula daripada kiri.. semua tarian poco2 yang sy join bermula daripada kanan.. kaki kanan dan bergerak ke kanan.. hmpr berpuluh tarian poco2 yang sy join tiada yg bermula drpd kiri..

    kemudian berbentuk salib.. pada pendapat sy.. ia bukanlah berbentuk salib sebenarnya.. tp sekadar tarian yg berpenjuru empat.. atau senang ckp segiempat tepat.. jika ia berbentuk salib.. tarian ini akan lebih memanjang ke belakang berbanding 3 penjuru yg lain.. tp sebenarnya ia adalah sama shj..

    namun begitu ada juga senaman yg benar2 berbentuk salib. tetapi tiada dlm poco2.( sampai yg saya tahu.. level-7).. senaman yang ada bentuk salib.. mntk maaf klu ada yg terasa .. adalah seni bela diri taekwondo (yg sy tau GTF.. WTF or ITF sy x tahu sebab x pernah join).. gerakan dlm taekwondo yg sy pelajari selama 2 tahun.. memang benar2 berbentuk salib.. (x percaya cuba join dn tgk sendri..)

    sy hanya menyatakan sesuatu yg sy rasai dn lakukannya sendri tanpa hanya mendengar dari sumber2 yg belum tentu benar.. pada yg x percaya.. buatlah kajian… dan nyatakan pendapat kamu samaada sy tipu atau sebaliknya..
    seperti yg sy katakan.. andai ada yg marah akan statement sy ini.. sy mntk maaf.. mgkn sy salah…

    yang benar2 haram tu cam konsert campur laki pompuan rapat2 tu.. gig. dangdut.. inilah yg benar2 haram.. sudah terang lagi bersuluh.. yg poco2 ni.. mgkn juga haram atau mgkn tidak.. sy bukan org yg layak untuk membuat keputusan… so.. korang kaji n fikir sendri.. klu haram.. haram lah.. klu harus.. harus lah… klu makhruh.. makhruh la.. tp yg penting dia xkan jadi halal sekiranya melibatkan kaum hawa.. hehe….

    salam…

  22. Kennypscc Says:

    Salam sejahtera:

    Sudah agak lama saya tidak membaca tentang mana-mana artikel mengenai isu-isu TARIAN POCO-POCO ADALAH HARAM,kerna kesibukan kerja dan lain-lain.Saya sangat setuju dengan kenyatan eppu,kalau nak kata cara menari poco-poco itu adalah seperti SALIB,maka banyak perkara yang bukan menari poco-poco pun macam Salib juga,jangan kata diluar rumah,dalam rumah kita sendiri pun ada.Kita adalah manusia yang ada pemikiran,fikirlah yang logik.

    sekian terima kasih.

  23. Insan Hina Says:

    saudara skalian…

    melakukan sesuatu perkara itu mestilah berlandaskan islam. hiburan (nyanyian/tarian) itu sendiri pun haram hukum nya jika tidak menutup aurat(samada lelaki maupun wanita), haram jika memuja wanita,haram jika melalaikan, malah banyak lagi yg boleh sudara pikirkan sendiri.

    tarian poco-poco ini (di malaysia) hanya dilakukan bukan niat untuk memuja /mengikuti kristian.sekalipun langkahnya bentuk salib. dengan niat utk menjaga kesehatan, dan sambil itu menjaga batas2 agama…mengapa ianya tidak bisa dilakukan?

    sama juga dengan perlakuan menadah tangan (berdoa)..bukan islam pun ada menadah dan menyebut ameen..jadi, berdosakah kita menadah tangan dan menyebut ameen yang sama seperti mereka?…..

    pikirkan saudara/i

    wallahu aklam.

  24. ain Says:

    setakat yang sy tahu.. bkn sekadar tarian saja.. tp byk lagi dalam msyrakat kita yang diasimilasi dari budaya luar.. pemakaian jubah konvo, tradisi ketenteraan, dan mcm2 lagi.. terpulang pada kita untuk menilai..

  25. kimieyko miko Says:

    salam….

    Pada pendapat saya, apa2 pun prkra yg kita lakukan di dunia ini, semunya dr Nawaitu kita sendiri…
    klu tarian poco2 itu, niat utk bsenam..rasanya x slh..
    tp, klu sbaliknya…bole jd sgt salah…
    bgitu jugak dgn prkr2 yg lain….
    yg penting Niat kita utk mlakukan ssuatu prkra itu hruslah betul dan utk kebaikan sesama kita…..
    wallahualam…

  26. putri fatimahazzahra Says:

    Assalamualaikum..
    Kalau undian perlu di buat.. saya akn memilih.. haramkan wanita muslim membuat tarian poco-poco di tempat yg ada lelaki bukan mahram.
    Sy pernh dipaksa buat tarian nie secara berkumpuln di hdpn ramai penonton (lelaki n perempuan) sebagai sukan riadah. saya sg kesal ats apa yg brlaku. sy rasa hilang maruah sy sbagai wanita muslim yg kaya sifat malu.. huhuhu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: