Hantaran Al-Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Di salin terus dari petikan emel oleh sahabat saya, Sara.

(Saya ubah suai susunan kata mengikut teknik surah Yusuff sebagai latihan menulis.)

Hantaran Al-Quran

Muliakan Al-Quran

Muliakan Al-Quran

Pekik Jamilah kepada Nabil, “Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran.”

Nabil membalas, “Yang ini pun cantik juga. Warnanya ungu keemasan. Mana satu kita nak beli ni?”

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu senaskah Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

Jamilah mengeluh, “Tapi, yang ni lagi menarik, ada terjemahan arab sekali.”

Nabil menjawab, “Awak bukan fasih pun bahasa Arab.” Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

Tiba-tiba seorang pakcik berusia dalam lingkungan 40-an menegur,“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat.” Beliau yang berbaju putih berjalur ke bawah menampakkan lagi seri wajahnya.

Nabil tersengih dan kemudian menjawab, “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid.” Jamilah ikut tersenyum tidak jauh dari situ.

Sambil tersenyum, pakcik tadi bertanya, “Oh. Baguslah. Adik selalu baca waktu bila?”

Nabil menjawab dengan teragak-agak. “Aa.. aa.. Lama dah saya tak baca, pakcik.“ Ketika itu, Jamilah sudahpun di sebelah rak yang lain.

Kemudian, pakcik itu menegurnya dengan berhemah. “Kalau begitu, tak perlulah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik.”

Tiba-tiba Jamilah muncul dan dengan selambanya menjawab. “Alah, pakcik ni, kacau daun pula urusan orang muda. Kami beli ni, untuk nak baca la.”

Pakcik itu kemudiannya menyahut lagi. Rupanya yang seperti ahli-ahli masjid terpanggil untuk mencadangkan sesuatu. “Oh, baguslah. Kalau begitu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi.”

Jamilah tersenyum dan menjawab sambil mengangkat senaskah Al-Quran berwarna ungu keemasan dan saiznya lebih kecil. “Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih yang ini. Cantik.”

Sebelum pakcik itu berlalu dan meninggalkan pasangan tersebut, dia berpesan lagi, “Jangan lupa baca ya.”

Jamilah mengomel. “Sibuk saja pakcik tu.”

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin terpukul dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudahpun bersolek. Hari nan indah, terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua.” Ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya di hadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

Ustaz Saad menegur, “Inikah pengantin hari ini?”

Nabil menggigil, “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.” Cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

Nabil cuba mengagahkan diri. “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

Ustaz Saad berkata sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah Nabi. “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d.”

Surah Ar-Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

Nabil membaca sambil berlagu, “Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!”

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Ustaz Saad berkata, “Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim.” Tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.”

“Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.”

Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! SMS dari ustaz Sa’ad tiba. “Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.” Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong.” (An-Nahl ayat 105)

“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

Tamat

YaQeen Ahmad : Asal nama Nur Ainul Yaqeen dari surah At-Takathur.

Advertisements

8 Respons to “Hantaran Al-Quran”

  1. sobatmuslim Says:

    Ramadhan saat yang sangat tepat untuk kita meningkatkan lagi kedekatan kita pada Al-Qur’an.
    Kalau bisa khatam sekali, atau 2x lebih bagus lagi. Dan nanti setelah Ramadhan juga harus tetap dipertahankan.

    Selain baca juga harus meresapi makna setiap kata dlam Al-Qur’an, baca terjemahan atau tafsirnya. Syaamil ada Al-Qur’an dengan terjemahan perkata, sangat memudahkan untuk membaca Al-Qur’an sekaligus mengetahui arti setiap katanya, juga sangat membantu kalau mau belajar bahasa Arab. Coba lihat di http://www.sobatmuslim.com

  2. 'uyun Says:

    kamu nak tak hantaran al-quran. harganya rm130
    siap dengan makna bagi setiap satu2 ayat,
    asbabul nuzul pun ada. memang best betul lah…

    kalau nak, saya belikan dulu, cuma kamu tak payah bayar.. serius, kamu mesti suka untuk hantaran. boleh kamu dan dia berkongsi quran sama2 sambil belajar bahasa arab melalui makna setiap perkataan. serius, sangat berbaloi!

  3. 'uyun Says:

    pembetulan : siap dengan makna bagi setiap satu2 ayat,

    ** siap dengan makna bagi setiap satu perkataan. bukan ayat. ayat pun ada terjemahan. tapi bawah ayat, memang ada makna bagi satu2 ayat. fahamkah?

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Kalau saya beli, pastinya bukan untuk dihantarkan. Untuk dikongsi lebih baik.

    Saya sangat khuatir untuk menjaga AMANAH Allah yang satu ini. Takut2 kalau dibelek2 orang tanpa ada wuduknya, takut2 ia diletakkan di tempat yang bukan saya rasa mulia….

    Jadi akan tiada hantaran Al-Quran daripada saya. Cuma kalau saya terima, saya sukala.. hehe

    Ni cerita pasal hantaran2 ni, apa kes beb (panggilan saya kepada ‘Uyun)?

  5. YaQeen Ahmad Says:

    Salam Sobatmuslim, terima kasih di atas makluman. Semoga ada manfaat yang boleh diceduk daripada artikel ini. Selamat membaca di blog saya.

  6. AINI Says:

    Assalamualaikum,

    saya copy ya, untuk diri dan beberapa lagi.

    .. dah lama tak jenguk, saya masih menunggu lagi cerita yusuf dan zulaikha….

  7. YaQeen Ahmad Says:

    Alhamdulillah Aini. Sungguh germbira mendegar khabar bahagia itu. Moga anda dimudahkan urusan.

    Oh ya… Belum ada kesempatan menekuni cerita itu. Sudah pasti sayapun ingin mengulasnya.

    Tetapi, beberapa ketika sebelum saya tidak teruskan pembacaan, saya baca tafsir Al-Quran dalam surah Yusuf.

    Tujuannya adalah untuk mencari jawapan bagi soalan saudari. Tapi lain yang saya cari, lain yang saya dapat.

    Saya menemui beberapa ayat dalam tafsir itu dalam bentuk mantik. Ia adalah tajuk besar kajian sarjana saya.

    Semoga ketemu lagi. Kalau Aini dah ada jawapannya, apa kata kongsi di sini.

  8. AINI Says:

    insyAllah, jika ada kesempatan saya cuba kongsikan kerana saya pun sedang mencari full story yusuf dan zulaikha..

    sehingga ke hari ini, hanya bahagian (yang kurang enak) itu yang diceritakan turun temurun.

    setakat ni, ada terdengar dari mulut orang kononnya zulaikha dijadikan muda kembali oleh Allah…. lagipun, terdapat juga doa yang dicetak di kad2 kahwin mengandungi nama yusuf dan zulaikha…. apa maknanya semua ni? Wallahu’alam..

    nantilah, kalau ada lagi, saya kongsi.. bab mengulas saya serahkan pada Yaqeen..

    bagus, dah sambung sampai peringkat sarjana..tahniah dari AINI!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: