Boleh ke Miss Yaqeen kata ‘Sial’, ‘Bodoh’?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Boleh ke Miss Yaqeen kata ‘Sial’, ‘Bodoh’?

Cerita 1

Alright, I want to check your tutorial 1 until 4.” Seperti biasa, saya akan menyemak satu demi satu kerja-kerja pelajar pada setiap minggu. Tiba-tiba telinga berasa panas. Menyirap dan merah.

Dengan senyuman, saya terus ke depan kelas. Senyum seperti biasa, tak lekang di bibir. Alhamdulillah, masih mampu menahan riak muka yang sebenarnya kalau dizahirkan, mungkin macam ‘monster‘. (bak kata Fiqrah…)

Tadi, mungkin dia tidak perasan saya di belakangnya, ada bunyi sumbang yang ditangkap oleh deria pendengaran saya.

Dengan nada perlahan, Z yang selalu loyar buruk dalam kelas berkata kepada rakan sebelahnya, “Aku tak bawak, sial…”

Dengan wajah berubah serius, “Agak-agaklah kan, kalaulah saya yang berkata begitu, “Alamak, saya tak bawaklah sial…” Boleh ke?”

Qairul pintas menjawab, “Mana boleh Miss. Miss tak boleh la cakap macam tu…” Dengan riak dan gaya sederhananya menjawab. Niatnya mungkin sebab saya pensyarah, maka saya tak bolehlah berkata sedemikian rupa.

Dia menyambung lagi. “Saya takpe.”

Nada saya longgarkan. Dengan memek muka yang selamba, saya gunakan bahasa Melayu sebagai pengantaraan sementara untuk berdiskusi dengan anak-anak muda ini. “Kenapa pula? Awak boleh, saya tak boleh? Awak boleh kata sial, saya tak boleh? Kenapa?”

“Sedap tak kalau dengar SAYA yang cakap SIAL tu? Saya boleh cakap SIAL...”

Semua diam. Sudah akur dengan ketegasan yang saya pamerkan.

Saya tambah tegas. “Saya pun boleh cakap BODOH kalau awak nak.”

Semua agak terkejut. Mungkin dengan perawakan yang sopan sebelum ini, boleh pula kata sedemikian rupa. Apatah lagi dengan penampilan yang bertudung labuh ini. Saya perasan, ada mata yang tunduk. Mungkin sedang menyampah agaknya.

As the conclusion, kalau awak tak suka dengar orang cakap SIAL, saya pun begitu juga.”

“Awak ada adik-adik bukan? Suka ke adik-adik awak cakap SIAL depan awak? Ada anak-anak nanti, suka dengar mereka cakap SIAL depan awak?”

Haaa... ingat tu...

Haaa... ingat tu...

Ada yang mengangguk-angguk, tanda sedar.

Saya akhirkan dengan satu ayat. Ayat yang berbaur cabaran (mungkin). “Okeylah, kalau awak cakap SIAL, saya akan cakap SIAL juga dalam kelas.”

Senyum. Agak-agak mereka nak cakap lagi tak perkataan tu?

Tutup cerita.

YaQeen Ahmad : Suatu tika dulu… Perjanjian antara adik-beradik Aqeen. “Ok, kalau siapa cakap bodoh, lempang je.” Hingga kini, perjanjian masih diteruskan…

Advertisements

6 Respons to “Boleh ke Miss Yaqeen kata ‘Sial’, ‘Bodoh’?”

  1. muhammadridwanto Says:

    Ya, memang tidak boleh….

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Ya betul tu. Kalau kita tak suka orang beuat begitu, kita jangan buat begitu… (^_^)

  3. TaRoTiTo Says:

    Kalo masuk klas yg sy ajar…. lagila mcm2 word kaw kaw kluar….hahhahaha …. so bleh x miss aqeen setelkan….

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Cikgu Fadly pasti boleh bereskan. Satu tips, wujudkan situasi menang-menang.

  5. TaRoTiTo Says:

    Bukan cikgula tp Pengetua…hahhaha em cmne nk wujudkan situasi menang2 tu….. cmne result student cikgu aqeen…. memberansangkan????

  6. YaQeen Ahmad Says:

    Alhamdulillah. Setakat, ianya lebih baik daripada semester lepas. Saya suka menjadi cikgu. (^^,)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: