Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Fatihah…

Sekian lamanya tidak tercatat apa-apa di ruangan Ceritawara. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri di atas pemergiannya ke dunia yang hakiki.

Saya turut berasa sedih kerana perginya ‘dia’ bagaikan hilangnya sebentar satu mutiara yang berkilau di persada dakwah. Senang benar mata ini bergenang air mata tatkala teringatkan pemergian orang-orang yang baik. Mendengarkan lagunya ‘Pergi Tak Kembali’ seolah-olah ia dinyanyikan live oleh Allahyarham ustaz menggambarkan pemergiannya.

Kenangan

Kenangan

Sudah jauh Allahyarham ustaz berdakwah, marilah kita yang tinggal ini sama-sama menyusung, menyambung, meneruskan, dan menggiatkan segala kegiatan dakwah ‘amar makruf nahi mungkar’ kepada sahabat-sahabat kita yang ‘keciciran’ melalui segala medium yang ada.

Teringat pesan saya kelmarin, acapkali saya ulang kepada pelajar-pelajar yang bergiat dalam dakwah di MFI, “Sekarang ini, lakukan dakwah dalam pelbagai cara. Macam serampang dua mata. Sentiasalah berbuat baik dan jangan cepat marah kalau nampak kepesongan orang. Atasi dengan kekreatifan yang ada.”

Di kesempatan ini, saya sebagai manusia biasa yang sangat cetek ilmu agamanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja RUHIS kerana sudi mempelawa saya sebagai salah seorang daripada mereka.

Rakan Halaqah Siswa UniKL MFI

Rakan Halaqah Siswa UniKL MFI

Justeru, Anggaplah kehilangan suatu kelahiran. Kehilangan melahirkan hati-hati yang terus tekad ingin berjuang. Kehilangan melahirkan hati-hati yang mengambil contoh segala peranan yang pernah dimainkan.

Wallahua’lam.

YaQeen Ahmad : Suka kerja serampang dua mata.

YM Shoutout

“At last, I took emergency leave after striving almost for two months working…”

YaQeen Ahmad : I am still doing my job.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: