Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Allah berfirman :
… adapun orang-orang beriman, maka surah ini menambah imannya, sedang mereka gembira. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surah itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir. (Surah At-Taubah : 124-125)
… boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu… (Surah Al-Baqarah : 216)
Dengan dua ayat, bait-bait daripada Allah s.w.t. di atas, maka bolehkanlah hati-hati ini menjadi sejuk dengan ujian yang ada.
Optimislah dengan segala cabaran yang hadir dalam bentuk fizikal ataupun emosi. Allah tidak mendatangkan sesuatu dugaan untuk melihat hamba-Nya berputus asa.
Kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi!
YaQeen Ahmad : Tidak gemar kontroversi.
Tinggalkan Jawapan