Niat dan Perbuatan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ingin jadi yang terkenal

Ada syair berbunyi :

Barangsiapa yang tidak ingin dirinya dikenal

beerti dia telah menghidupkan jiwa

dan membahagiakannya.

Dia tidak melewati harinya

dalam keadaan lapar dan gelisah.

Sesungguhnya angin

ketika bertiup dengan kencangnya

yang dihentam hanyalah bahagian pucuk pohon sahaja.

Di antara perkara-perkara yang mampu menghitamkan jiwa, menggangu ketenteraman hati, dan menyebabkan diri dirundung gelisah adalah dengan adanya hasrat untuk menjadi terkenal dan mendapat simpati daripada orang.

Allah telah berfirman :

… (kebahagian negeri akhirat itu Kami berikan kepada) orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan (maksiat) di muka bumi… (Al-Qashash : 83)

Apakah hubungan di antara niat dan perbuatan?

Jika kita sudah mengasingkan niat untuk berbuat sesuatu perkara bukan kerana untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan semata-mata hanya kerana Allah, maka terpesonglah seluruh isi maksud perbuatan tersebut.

Sebagai contoh :

Situasi 1

Niat : Riya’ (habluminallah-hubungan manusia dengan Allah)

Perbuatan : Memberi makan kepada anak-anak yatim (habluminannas-hubungan manusia dengan manusia)

Situasi 2

Niat : Untuk berkongsi rezeki Allah kepada sesama saudara (habluminallah-hubungan manusia dengan Allah)

Perbuatan : Memberi makan kepada anak-anak yatim (habluminannas-hubungan manusia dengan manusia)

Pengasingan niat dan perbuatan secara tidak langsung mampu memberikan kesan kepada khasiat ibadah kita.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

Barangsiapa beramal kerana riya’ (ingin amalnya dilihat manusia), Allah pun akan memperlihatkan amalnya kepada manusia (dan hanya itulah balasannya). Barangsiapa beramal kerana sum’ah (ingin amalnya didengar manusia) Allah pun akan mendengarkan amalnya kepada manusia (dan hanya itulah balasannya.) (Al-Hadith)

Wallahua’lam.

YaQeen Ahmad :  Saling menjagalah habluminannas dan habluminallah. (^_^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: