Kurang Masa dan Kahwin

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Kurang masa?

Tadi pagi, buat kedua kalinya saya menjejaki majlis ilmiah secara formal di UPM. Seronoknya mendengarkan taklimat dalam bahasa yang senang diterjemahkan ke kepala ini. Ada tujuh pembentang kertas kerja, saya hanya sempat mendengar empat daripadanya.

PM Dr. Mat Rofa bertanya, “Apa yang dapat?”

Saya hanya menjawab, “Banyak dapat.”

Tetapi, yang benarnya, saya tidak tahu apa makna Pasangsangkalan yang dilisankan Dr. Alinor tadi (huahuahua). Ini adalah satu istilah yang saya baru belajar. Ada perkataan, tetapi saya tidak tahu mana usulnya. Alamak, bahasa sendiri pun (bahasa Jawa) tidak fasih… Jika ada sesiapa yang boleh bantu, sudi-sudikanlah untuk memberi info kepada saya.

Kemudian, setelah setengah hari di sana, bertemankan diri yang kurang sihat, saya berderum dengan kereta ke UniKLMFI pula. Saya gagahkan diri ke kelas pada jam 4.30 petang. Memang kesukaan untuk memaksa diri. Teori tenaga “Pasti boleh bermomentum lebih sedikit dari biasa.” masih subur diaplikasi.

Saya tekadkan dalam hati untuk bahagikan masa dengan sebaiknya. Cukup tidak membazirkan ia. Kerana yang tepatnya, saya tidak tahu berapa masa sahaja yang saya ada. Siang hari seperti tidak cukup untuk bereskan setiap perkara. Masa begitu pantas meninggalkan saya. Terkial-kial. Kejam sekali tanpa memikirkan insan kerdil ini sudah capai target kerjanya atau tidak.

Tarik nafas…

Saya harus akui buat sekian kalinya, “Masa sebenarnya cukup. Tidak kurang tidak lebih. Ia cukup untuk saya.”

Sekian kali juga, saya harus hargai diri dan akui, “Aku sudah buat yang semampunya…”

Kahwin

Kenapa tiba-tiba perkataan ini muncul di benak saya?

YaQeen Ahmad : Falsafah menjadikan manusia akan lebih matang dari masa ke semasa. Wallahua’lam.

Dikirim dalam Ceritawara. 8 Comments »

8 Respons to “Kurang Masa dan Kahwin”

  1. Ija Says:

    Masa Allah kurniakan kpd kiat 24 jam
    8 jam bekerja, 8 jam berehat & 8 jam lg ibadah,

    kahwin sunnah rasul yang sangat disukai oleh baginda kerana menghidupkan sunnahnya dan jika ada rezeki, zuriat itu meramaikan umat baginda…=)

    ija : lama x pi al-hamra’…:(

  2. 'uyun Says:

    we hv to admit that we’r getting older and older…our age doubling.. think of it..

    satu masa dulu, aku selalu fikir tentang ni. Tapi sekarang dah tak bape nak fikir. kadang2 terlupa ‘marriage’? what’s the end and what’s next?

    Allah tahu y terbaik bahawa aku sebenarnya belum bersedia. Ke?

  3. YaQeen Ahmad Says:

    Aku blur… “kenapa tak kahwin lagi?” sekarang aku ngaku… jawapannya, “aku takut kahwin laaa.” isk2..

    Kenapa tiba-tiba aku rasa macam dah dewasa… mesti demo gelakkan kawe..

  4. 'uyun Says:

    dan sebenarnya aku dah tak bape ad mood nak cakap pasal ni lagi.. kihkihkih..

  5. YaQeen Ahmad Says:

    Takpe ‘uyun. Perempuan ini kena sabar… macam mak…
    Atuk pernah pesan kan, kita ni jadi perempuan ni jangan tanya macam-macam… hehe… jadi, semua orang kena bersabar… (^_^) Doa je yang terbaik. Jadikan mak role model yang terbaik.

    Sesungguhnya Allah lebih mengetahui… bersangka baik je pada setiap hal.

    Kenapa aku boleh berkata-kata macho begini?

  6. 'uyun Says:

    hahah. sebab ko tu dah paras selamat2 kot.. berani juge kate yang macho2..haha

    oklah, all the best. semoga allah memudahkan urusan kalian. ameen,

  7. cahaya pembukaan Says:

    hehe…lama xjenguk k blog kawanku ini..
    lama juga xketemu…

    masa??terlalu mencemburui kita..bila nak tunggu masa yang lapang,mmg xde..tapi insyaAllah, klu kita merancang, masanye akan iba..

    erm,setuju dgn uyun..mugkin sebenarnya, Allah kata kita belum sesuai untuk kawen lagi..tunggu dgn sabar..Allah xkan kecewakan hambaNYa, bila hambaNya sentiasa igt padaNYa

    kesimpulannye, jgn tanya pd orglain, bila nak kawen?sebab mereka ade alasan sepertimana kita ade alasan…

  8. qalam dakwat Says:

    surah al-Nahl (16):1

    1. telah hampir datangnya janji Yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah ia dari perbuatan syirik Yang mereka lakukan.

    ~~~Jangan bimbang masanya pasti tiba untuk menumpahkan rasa cinta pada yang haq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: