Nurani Penghijrahan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bisikan Nurani

Indahnya Wanita Solehah

Indahnya Wanita Solehah

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Buatmu Nurani…
Lagu ini saya tujukan khas buat sahabat akrab baru saya. Dia menceritakan hari ini hatinya begitu terusik. Syukur, hidayah itu datang tika dia sedang dalam keadaan berpuasa, dalam keadaan sederhana dan lagi kuatnya tekadnya seusai dia berjemaah dengan saya tadi pada waktu solat Zohor. Dia ingin berhijrah tatkala orang sibuk-sibuk dengan urusan dunia.
Dia semacam kuat untuk memperbaharui dirinya. Hatinya melafazkan kepada saya bahawa dia tidak kisah apa yang bakal dikatakan orang. Tekad dia kuat semata-mata mahu mengejar Allah s.w.t.
Dia bercerita kepada saya, “Dalam hidup ini, apa nak dikejar lagi? Saya mahu ke syurga.” Sebak hati saya mendengarnya. Saya setia di sisinya. Menggenggam kura-kura tangannya lembut.
Dia menyambung lagi, “Kita ini, tujuan diturunkan ke muka dunia adalah untuk ke syurga atau neraka. Tiada satupun masalah yang paling besar kecuali mati. Masalah kita mati. Sudah cukupkan amalan kita ketika mahu mati?”
Saya terdiam. Rasa macam mahu menangis. Sebak.
Dia menyambung semula. “Pada umur ini, saya rasa sudah bersedia. Kenapa saya mahu bersusah-susah memikirkan sesuatu yang tidak perlu. Allah cukup untuk saya. Allah mencukupkan saya. Saya yang selalu melupakan Dia, selalu tidak mensyukuri apa yang ada. Besarnya hadiah Allah pada saya. Saya tidak perasan.”
Saya bersuara, “Apa hadiahnya?”
Dia menelan nafas dalam. Masih dalam keadaan bertelekung, lengkap menutup aurat. “Kesedaran, Aqeen.” Saya macam pernah dengar ayat yang sama.
Saya terdiam. Tidak terlalu terkejut malah mengaguminya.
Dia wanita yang sederhana, peramah dan manis. Kadang-kadang nampak berani.
Adakala dia bercerita dengan saya, dia begitu gusar tatkala ada mata yang mengerlingnya. Risau akalnya untuk menundukkan pandangan itu.
Saya hanya mampu diam. “Sebab itukah dia mahu berubah?” Cepat-cepat saya tepis sangkaan itu.
Lama saya menganalisis hajatnya itu. Adakah benar akan istiqamah atau sementara. Hijrah ini mungkin hikmah dari kegusarannya. Allah meniupkan bayu hidayah untuk menjentik keimanannya.
Saya sudah pernah dengar ura-uranya ini. Namun saat ini nampak ia tekad sekali. Mungkin dia mahu hatinya betul-betul bersih, barulah dia melangkah menguatkan keputusannya lagi.
Saya kuatkan genggaman tangan. Lebih kuat dari tadi. “Berubahlah kerana Allah, bukan manusia.”
Dia mengangguk dan tersenyum. Senyum yang berat. Saya tahu dia mahu menangis seperti saya. Sebak lagi.
Kedua belah tangan saya melepaskan kura-kura tangannya tadi. Tangan saya sejuk. Tangan dia pun sejuk. Dia tunduk dan menarik nafas dalam lagi.
Saya mula menanggalkan kain telekung dan perkemaskan pakaian saya.
“Jangan risau, saya doakan. Kita pergi hujung minggu ni ya.”
Saya tidak pasti saya bisa memperkenalkannya kepada kalian. Kalau nak kisahkan cerita dia, dia tidak kisah katanya. Dengan senyum dia membenarkan petikan cerita hidupnya ini diceritawarakan asalkan namanya tiada tercatat.
Wallahua’lam.
YaQeen Ahmad : Saya akan menemani dia hujung minggu ini untuk sama-sama membantu dia dalam penghijrahan ini.
Advertisements

Satu Respons to “Nurani Penghijrahan”

  1. cahaya pembukaan Says:

    lagu kenangan buat saya dolu2…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: