PPSMI dimansuhkan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Suatu ketika dulu…

Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin (Presiden Persatuan Linguistik, UKM) pernah membentangkan kajian dan statistik yang berkenaan tentang kenapa PPSMI harus dimansuhkan pada Seminar Hala Tuju PPSMI satu waktu dulu.

Beliau yang berasal dari Pontian memberi penerangan yang sangat menyentuhkan hati saya. Separuh dari ceramahnya, saya sudah melinangkan air mata.

Lantaklah jika ada yang mengata saya terlalu sensitif. Ya, memang sensitif apabila ada pihak suka mengkontang-kantingkan nasib anak-anak sebangsa saya. Apatah lagi khususnya terkenangkan adik-adik sepupu saya yang berada di kampung dan felda-felda.

Beliau membezakan pembelajaran murid-murid di persekitaran anak-anak orang ‘kaya’ dengan yang berada di luar bandar.

Suatu ketika dulu, sayalah budak kampung itu. Belajar Sains dan Matematik dengan penuh ketaksuban dan ketaatan kerana saya mampu faham belajar dengan bahasa yang di rumah juga saya gunakannya.

Maka, mak saya yang bukannya belajar tinggi masih mampu menerangkan konsep pecahan di rumah kerana bahasa itu saya guna sama di sekolah. The terms was not clashed! Di rumah pecahan, di sekolah pun pecahan. Bukannya, di rumah pecahan, di sekolah jadi fraction.

Mungkin tiada masalah bagi keluarga-keluarga yang duduk di bandar. Adik saya sendiri yang usianya 10 tahun tidak banyak kerenah dalam pelajaran. Lagi-lagi English is her favourite subject. Tetapi bagaimana yang lain, saya mahukan mereka mendapat pengajian yang selari. Sekurang-kurangnya di dalam pelajaran.

Berita gembira

Khabaran dalam siaran berita semalam membuatkan hati saya bungah. Seraya teringatkan adik-adik sepupu saya. “PPSMI bakal dimansuhkan.” Weeehhu!

Ia dicadangkan dimansuhkan pada 2012. Kenapa? Saya bukan berada di pihak yang menyelidik. Tetapi saya sangat mengharapkan ada kajian dilakukan juga. Yalah, ada yang sudah mula belajar istilah dalam Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, nanti tergeliat pula lidah nak menyebut dalam bahasa Melayu. Nanti, bikar pun mereka tersebut, ‘beecar’… dalam slanga ‘orang Putih’.

Perlahan-perlahan dan seriuslah saya harapkan kepada kerajaan untuk menanganinya.

Berita kedua gembira

Pekerja swasta bakal ada pencen? Hanya baru khabar angin… (^_^)

YaQeen Ahmad : Ada rasa lega.

Dikirim dalam Ceritawara. 1 Comment »

Satu Respons to “PPSMI dimansuhkan”

  1. amanda Says:

    btul la, dy stuju sbb tujuan kita ajar diorng subjek math n sains tu untuk dia blaja cmna nkkira n brfikir, klau diorng tak faham cmna nk blaja. nnt diorng lebih kpd menghafal drpd faham. =(


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: