Sendiri versi YaQeen Ahmad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Senario 1

Sambil mengunyah Mai menoleh ke arah seorang gadis yang sedang asyik menonton rancangan di peti televisyen.

“Qeen, aku berkerja syif malam minggu depan.”

“Ya.”

“Kau o.k. ke?”

O.k.

Senario 2

Tiga sahabat serumah sedang menikmati makan malam di meja makan di rumah mereka. Khusyuk mengisi isi perut setelah penat pada siang hari membereskan segala macam urusan dunia.

Tiba-tiba Aini bersuara. “Qeen, Sabtu ni boleh tolong hantar ke stesyen komuter?”

Yaqeen berhenti mengunyah sekejap lalu menjawab, “Boleh. Sebelum aku mengajar tuisyen, aku hantar kau dan Ida dulu. Lebih kurang jam 8.30 pagi, kita gerak.”

O.k.

“Cuti berapa lama?”

Aini bertanya dengan nada ambil berat. “Seminggu. Kau o.k. tak? Nanti kau sendiri.”

Dengan nafas perlahan, Aqeen tidakpun menjawab soalan Aini. “Patutlah Mai tanya aku, o.k. ke tak hari tu.”

Dia menyambung lagi, “InsyaAllah o.k. Kan kita ada pengawal keselamatan. InsyaAllah o.k.

Aqeen mengatakan o.k. berulang kali menyedapkan hati. Dia bakal bersendirian di rumah selama seminggu. Dalam kepalanya sudah terbayang kesunyian yang bakal melanda. o.k. ke tak o.k?

Senario 3

Sedang sudah bersendirian, dia teringatkan satu entri di blog adiknya bertajuk ‘Sendiri’. Dia kini sendiri juga. Tetapi tampaknya agak o.k. Beza dengan adiknya, dia sihat walafiat ketika sendiri, Alhamdulillah. Bertemankan buku-buku rujukan Matematik SPM, Matrikulasi dan Diploma yang bersepah di ruang tamu, dia berhajat untuk menghabiskan projek rancangannya.

Sendirian

Tanggapan :

Bila sendiri akan rasa bosan, terbayang wajah-wajah ngeri hantu yang entah datang dari mana, bersangka buruk dengan diri yang akan tidur sahaja, malas, dan tiada idea hendak buat apa.

Sebenarnya :

Bila sendiri boleh dengar lagu-lagu nasyid sambil menghayati liriknya, wajah hantu bertukar jadi wajah pengawal keselamatan yang sudah wujud di pondok pengawal (rasa selamat) dan jiran tetangga yang ada (rumah dekat-dekat), tidaklah tidur sahaja sebab asakan masa (perancangan mengajar belum siap, kuliah bermula pada minggu depan), jadi rajin sebab tidak ada pengharapan, dan idea boleh dicambahkan untuk mengisi waktu.

Kesimpulan :

Bersangka baiklah dengan diri sendiri. Jika dulu kita tidak boleh, sampai masa jadilah seorang yang kreatif sehingga anda boleh melepaskan diri daripada fobia-fobia dan trauma-trauma yang menyusahkan.

YaQeen Ahmad : Sendiri ingat mati, ingat Allah. Moga-moga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: