Tazkirah Jumaat : Cara Bersangka Baik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Cara Bersangka Baik

Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih daik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam
hatimu) :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

YaQeen Ahmad : Bila tersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Astaghfirullah…

Advertisements
Dikirim dalam Suci Nurani. 2 Comments »

2 Respons to “Tazkirah Jumaat : Cara Bersangka Baik”

  1. parkchick Says:

    kalau kita nampak 99 keburukan org lain,pandanglah satu kebaikan yg ada pada dia.
    Kalau kita nampak 99 kebaikan pada diri kita,pandanglah satu keburukan yg ada pada diri kita.

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih, parkchick.
    Secara kontranya ia boleh jadi begini juga (sekadar menambah) :

    Kalau kita nampak 99 kebaikan orang lain, pandanglah dia dengan pandangan hamba Allah kepada hamba Allah juga. Sentiasa ada kelemahan.

    Kalau kita nampak 99 keburukan pada diri kita, pandanglah diri sendiri dengan pandangan hamba Allah kepada hamba Allah juga. Allah menjadikan setiap manusia ada kelebihannya.

    Wallahua’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: