Nak cepat-cepat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Nak cepat-cepat

Bunyi muzik deringan menandakan peti masuk disinggahi mesej.

Daripada Prof. Dr. Mat Rofa Ismail ;

“Lawak filem Merong Mahawangsa. Wakil Rom Iskandar Zulkarnain cakap Bahasa Inggeris. Masa tu negara Inggeris pun belum wujud. Satu penyelewengan sejarah. Ada komen?”

Saya gugup. Tidak tahu nak balas apa. Tengokpun belum filem itu. Aduhai…

Di paparan skrin masih banyak belum bertanda done!. Bila menjelang petang, hati memang melonjak tidak sabar pulang ke rumah, dengan harapan tenaga yang berbaki dapat digunakan pada waktu malam untuk menelaah.Tapi… selalunya… isk!

Saya mahu cepat-cepat habiskan kerja di pejabat. Masa bekerja di pejabat pula sudah tidak seperti dulu. Sebelum berpindah ke Bandar Seri Putra, bolehlah saya mengadap skrin hingga larut malam. Tetapi, sejak berpindah 10km jauh dari pejabat ini, saya terpaksa pulang awal kerana rasa cuak meredah gelap di jalan sunyi Bangi Lama.

Mesej daripada Ikram menarik senyum saya. “Boss, update la blog boss.” InsyaAllah, ada kudrat, saya titipkan bahan-bahan yang menarik untuk semua. Kongsi-kongsi biar berkat.

Majlis Bacaan Yasin

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir di majlis bacaan yasin dan mini usrah di rumah sewa saya di Bandar Seri Putra.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah hati mereka penuh ketakutan, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Allah, keimanan mereka bertambah kerananya dan mereka menyerahkan diri kepada Tuhannya. Mereka mengerjakan sembahyang dan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang yang sebenarnya beriman.” (Al-Anfal:2-3).

Majlis dijalankan dengan sangat sederhana dan kecil-kecilan sahaja. Namun kehadiran rakan-rakan yang datang dari Seksyen 1 dan  Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dan KUIS memeriahkan lagi majlis kami. Terima kasih.

Jemputan khas : Kak Sofi sedang menyampaikan usrah.

Jemputan khas : Kak Sofi sedang menyampaikan tazkirah.

Dari kiri : Mai, Kak Zuli, dan Ana yang khusyuk mendengar usrah daripada Kak Sofi.

Dari kiri : Mai, Kak Zuli, dan Ana yang khusyuk mendengar.

Antara poin yang sempat saya cerap hasil daripada tazkirah ringkas Kak Sofi adalah :

i) Kita hamba-Nya

ii) Bercukuplah dengan yang cukup

iii) Melakukan segala perkara kerana Allah.

(Nak buat itu ini ? = Allah suka atau tidak suka?)

K. Azie, Timbalan Pengerusi Nisa' Serdang.

K. Azie, Timbalan Pengerusi Nisa' Serdang.

Adik-adik KUIS.

Adik-adik KUIS.

Seronok sesekala berkumpul.

Seronok sesekala berkumpul.

Jemput makan.

Jemput makan.

Berkenal-kenalan.

Berkenal-kenalan.

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya kamu akan menemui saudara-saudara kamu, maka perbaikilah keadaan kenderaan kamu dan perkemaskan pakaian kamu supaya menjadi contoh kepada manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada keadaan yang buruk dan comot,” (Riwayat Abu Daud).

Jemput datang lagi. Terima kasih sudi datang.

Jemput datang lagi. Terima kasih sudi datang.

Moga ukhwah yang terbina sentiasa dirahmati Allah.

Moga ukhwah yang terbina sentiasa dirahmati Allah.

YaQeen Ahmad : Alhamdulillah, selesai satu-satu.

4 Respons to “Nak cepat-cepat”

  1. Wani AR Says:

    hehehe….alhamdulillah, ni la pertama kali u belanja i makan. terima kasih!

    p/s: the funniest but interesting thing is when kak zuli and kak kinah’s friend said dat i can be a deejay. huhu….
    ( saya yakin yaqeen tak dengar bahagian ni…hehe)

  2. YaQeen Ahmad Says:

    (^_^) sama-sama!

    Deejay?! Layak2… not a funny thing yar.. it’s a great thing. I wish I can hear you when you are really at the ‘konti’ (bahasa Inggeris konti=? I dunno la) haha

  3. simple-shida Says:

    salam.. huhu.. jeleessnye..
    xkire.. kena belanje kak.. x aci btuii..
    nnti kite p bagan lalang..mkn ikan bakaq..ehehee..

    nk tuntut hak utk PERut ni..
    ini TAK adil..ehehe.. ( nada tegas dgn senyum simpul )

  4. YaQeen Ahmad Says:

    huhu.. kak, bagaimana saya boleh tertinggal orang penting nih. Maaf kak atas kelemahan ini.
    InsyaAllah ada rezeki, kita boleh makan-makan sama-sama eh. Bukan saya yang belanja tu. Kawan-kawan saya serumah.
    Ok, gathering let me informed, key. I try not to miss to see you all guys!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: